Resipi Popia Bergedel Yang Sedap dan Rangup

Resipi Popia Bergedel Yang Sedap dan Rangup | Salam 7 Ramadhan semua. Sekejap saja dah masuk hari ke 7 umat Islam berpuasa dalam PKP, kan? Eh hari ni berbuka apa semua? Mesti sedap sedap menu kan.

Hari ni rajin nak buat popia bergedel pula.  Popia? Hahlah.. Selalu kulit popia kita buat popia goreng, popia basah, samosa, popia nestum dan macam macam lagilah. Kali ni kita buat popua bergedel pula. Semuanya gara gara adik Mimi share gambar popia bergedel yang dia buat baru baru ni. Nampak sedap pula tu yang nak buat juga. Apa kata cuba buat popia bergedel yang sedap dan rangup ni.



Popia Bergedel Cara Mimi


Bahan bahan

Kulit popia
4 biji ubi kentang 
5 keping burger ayam (nak guna isi ayam/daging cincang lagi bagus)
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang bsar dicincang halus
4 biji bawang merah dihiris
Daun bawang dihiris halus
Sedikit Maggi Cukup Rasa
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit air

Cara membuatnya

1. Potong ubi kentang kepada 8 bahagian. Goreng sehingga garing dan empuk. Dah masak biarkan sejuk seketika dab boleh lenyek kentang tersebut. Ketepikan. 
2. Goreng bawang merah hingga garing. Ketepikan. 
3. Tumiskan bawang putih dna bawang besar yang di cincang halus. 
4. Potong dadu burger ayam dan masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Masukkan Maggi cukup rasa. Gaul dan hancur hancur kan isi burger supaya kecil dan hancur. Dah masak dan angkat. 
5. Dalam satu bekas lain masukkan kentang yang dilenyek, daun bawang, bawang merah yang digoreng, adunan isi burger dan sedikit Maggi Cukup Rasa. Gaul rata hingga semua bahan sebati. Ketepikan.

Sumber gambar : Youtube Cik Dadida


6. Kulit popia di basahkan dengan sedikit air di bahagian tengah dan lipat sebahagian kulit popia menutupi bahagian yang disapu dengan air. Kepal kepalkan isi bergedel dan letak di bahagian yang dilipat tadi. Kemudian bahagian lagi satu tutup isi bergedel dan boleh digulung. Buat hingga habis.

Hasil menggulung popia bergedel


7. Pecahkan telur dan pukul dengan sudu. Kemudian masukkan tepung jagung dan sedikit Maggi Cukup Rasa. Gaul hingga sebati. Celup popia ke dalam telur. 
8. Goreng popia sehingga masak. Siap! 

Popia Bergedel ni lagi bertambah sedap makan cicah dengan sambal kicap tu. Pergh memang terangkat. Isinya yang sedap, padat cicah pulak dengan sambal kicap memang padu rasanya.





Bila buat dapatlah 19 biji popia bergedel sedap ni. Separuh goreng buat untuk berbuka separuh lagi simpan. 

Resipi asal ada serbuk lada putih dan daun sup tapi stok serbuk lada putih dan daun sup tak ada, jadi kita guna saja apa yang ada. Dah nama pun cara sendiri kan. Janji jadi dan sedap. 

Post a Comment

30 Comments

  1. wah..boleh try ni. mesti sedap kan..tq sharing

    ReplyDelete
  2. Ada idea ni nak makan apa untuk berbuka. Hehe. Hari tu pernah buat juga popia bergedil ni. Habis tak sempat pun nak makan.

    ReplyDelete
  3. wahh first time tngok popia begedil ni, ingatkan tauhu bergedil ja.. Boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  4. kali pertama jumpa resepi mcm ni. teruja nak buat esok utk moreh.

    ReplyDelete
  5. sedapnya popia begedil mimie....trus rasa lapar hehe...biasa mkn popiah goreng, popiah sira or popiah basah je tp bln ramadhan ni tk mkn lg mn2 jenis popiah

    ReplyDelete
  6. Wahhh. Mesti sedap ni..

    Jemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  7. Menariknya lain dari lain, biasa tauhu begedil, ni popia begedil...boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  8. sedap nampaknya mimi. akak suka sangat popia nak plak crunchy kan. pastu cicah sambal atau sirakan sambal, hmm boleh ngap 5 sekali hadap haha

    ReplyDelete
  9. Ok. Bahan2 ada kat rumah - nak try buat sikit la untuk berbuka kang. Tq for the recipe

    ReplyDelete
  10. Popia ni sis suka yang basah atau goreng. Kalau inti dia best memang sedap la rasa popia ni tapi inti dia kadang2 tak tahan lama.

    ReplyDelete
  11. Kreatif, zira tak pernah makan lagi popia bergedel. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  12. Huish memg lain daripada yang lain ni.. Selalu bergedel bulat, ni dengan kulit popia.. Boleh cuba ni.. Nampak sedap.. Dengn rangup kulit popia lagi kan

    ReplyDelete
  13. boleh try ni...selalu sally buat bergedil baki dia letak dalam puff je..hehehe

    ReplyDelete
  14. tadi dah beli kulit popia, lupa beli kentang nak cuba buat nilah nanti nampak sedap tu hah.. terliur dibuatnya

    ReplyDelete
  15. Itu lah yang best kalau buat sendiri kuih macam ni tak adalah inti oksigen macam yang viral kat luar sana tu hehehehe tengok inti tu penuh dan terkeluar memang padat sedapnya nak rasa nak cuba senang nak buat tu...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, waa.. menarik nmpak... nasib tengok gambar ni malam hari. hehe... SS mmg suka bergedil...

    ReplyDelete
  17. Nak kena cuba ni. Alahai terliurnya tengok bila dicicah dengan sos tu. memang tak tahan rasa macam nak cari popia sekarang haha.

    ReplyDelete
  18. wah seddap tu. boleh cubalah cara ni. hari tu ada beli juga kulit popia

    ReplyDelete
  19. Family akak memang suka popia. Tak kisah popia versi apa. Nampak sedap la pula popia ni. Nak nak di pagi hari ni. Nak kena cuba buat juga ni.

    ReplyDelete
  20. Wahhhh nak trylah. Banyak boleh buat dengan kulit popia ni kan.heheheh

    ReplyDelete
  21. sedapnya... semalam buat karipap, banyak inti lebih, hari ini boleh buat guna kulit popia pulak.

    ReplyDelete
  22. Ooo pakai kulit popia je ek.. Senang la bole cuba ada extra kulit popia nih kt umah

    ReplyDelete
  23. Nampak sedap dan menarik nanti bolehlah cuba buat utk keluarga

    ReplyDelete
  24. Menarik popia bergedil ni. Boleh buat ni mimi. Tq share resipi.

    ReplyDelete
  25. antara menu yang saya nak buat minggu ni..harapnya berjaya..hehe..nampak mudah membuatnya:)

    ReplyDelete
  26. Mak aiii, rajin dak Mimi ni, walau ada anak kecik.. Dapur ttp no 1

    ReplyDelete
  27. Lama tak kena popia goreng, selalu bulan puasa sis beli kat pasar ramadan je, nanti boleh le buat ikut resepi ni pulak

    ReplyDelete
  28. Wah sedap nya nie... Skill photography jgk best! Hehe

    ReplyDelete
  29. Oh yumsss, tak pernah cuba popia bergedil lagi, nanti sis nak buat.

    ReplyDelete
  30. yummy2...terliurnya tngok..boleh lah try petg ni wt juadah berbuka..sy gune resepinya ya..😋

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com