Resipi Popia Bergedel Yang Sedap dan Rangup | Salam 7 Ramadhan semua. Sekejap saja dah masuk hari ke 7 umat Islam berpuasa dalam PKP, kan? Eh hari ni berbuka apa semua? Mesti sedap sedap menu kan.
Hari ni rajin nak buat popia bergedel pula. Popia? Hahlah.. Selalu kulit popia kita buat popia goreng, popia basah, samosa, popia nestum dan macam macam lagilah. Kali ni kita buat popua bergedel pula. Semuanya gara gara adik Mimi share gambar popia bergedel yang dia buat baru baru ni. Nampak sedap pula tu yang nak buat juga. Apa kata cuba buat popia bergedel yang sedap dan rangup ni.
Popia Bergedel Cara Mimi
Bahan bahan
Kulit popia
4 biji ubi kentang
5 keping burger ayam (nak guna isi ayam/daging cincang lagi bagus)
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang bsar dicincang halus
4 biji bawang merah dihiris
Daun bawang dihiris halus
Sedikit Maggi Cukup Rasa
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit air
Cara membuatnya
1. Potong ubi kentang kepada 8 bahagian. Goreng sehingga garing dan empuk. Dah masak biarkan sejuk seketika dab boleh lenyek kentang tersebut. Ketepikan.
2. Goreng bawang merah hingga garing. Ketepikan.
3. Tumiskan bawang putih dna bawang besar yang di cincang halus.
4. Potong dadu burger ayam dan masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Masukkan Maggi cukup rasa. Gaul dan hancur hancur kan isi burger supaya kecil dan hancur. Dah masak dan angkat.
5. Dalam satu bekas lain masukkan kentang yang dilenyek, daun bawang, bawang merah yang digoreng, adunan isi burger dan sedikit Maggi Cukup Rasa. Gaul rata hingga semua bahan sebati. Ketepikan.
![]() |
Sumber gambar : Youtube Cik Dadida |
6. Kulit popia di basahkan dengan sedikit air di bahagian tengah dan lipat sebahagian kulit popia menutupi bahagian yang disapu dengan air. Kepal kepalkan isi bergedel dan letak di bahagian yang dilipat tadi. Kemudian bahagian lagi satu tutup isi bergedel dan boleh digulung. Buat hingga habis.
![]() |
Hasil menggulung popia bergedel |
7. Pecahkan telur dan pukul dengan sudu. Kemudian masukkan tepung jagung dan sedikit Maggi Cukup Rasa. Gaul hingga sebati. Celup popia ke dalam telur.
8. Goreng popia sehingga masak. Siap!
Popia Bergedel ni lagi bertambah sedap makan cicah dengan sambal kicap tu. Pergh memang terangkat. Isinya yang sedap, padat cicah pulak dengan sambal kicap memang padu rasanya.
Bila buat dapatlah 19 biji popia bergedel sedap ni. Separuh goreng buat untuk berbuka separuh lagi simpan.
Resipi asal ada serbuk lada putih dan daun sup tapi stok serbuk lada putih dan daun sup tak ada, jadi kita guna saja apa yang ada. Dah nama pun cara sendiri kan. Janji jadi dan sedap.
30 Comments
wah..boleh try ni. mesti sedap kan..tq sharing
ReplyDeleteAda idea ni nak makan apa untuk berbuka. Hehe. Hari tu pernah buat juga popia bergedil ni. Habis tak sempat pun nak makan.
ReplyDeletewahh first time tngok popia begedil ni, ingatkan tauhu bergedil ja.. Boleh cuba nanti..
ReplyDeletekali pertama jumpa resepi mcm ni. teruja nak buat esok utk moreh.
ReplyDeletesedapnya popia begedil mimie....trus rasa lapar hehe...biasa mkn popiah goreng, popiah sira or popiah basah je tp bln ramadhan ni tk mkn lg mn2 jenis popiah
ReplyDeleteWahhh. Mesti sedap ni..
ReplyDeleteJemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.
https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1
Menariknya lain dari lain, biasa tauhu begedil, ni popia begedil...boleh cuba ni...
ReplyDeletesedap nampaknya mimi. akak suka sangat popia nak plak crunchy kan. pastu cicah sambal atau sirakan sambal, hmm boleh ngap 5 sekali hadap haha
ReplyDeleteOk. Bahan2 ada kat rumah - nak try buat sikit la untuk berbuka kang. Tq for the recipe
ReplyDeletePopia ni sis suka yang basah atau goreng. Kalau inti dia best memang sedap la rasa popia ni tapi inti dia kadang2 tak tahan lama.
ReplyDeleteKreatif, zira tak pernah makan lagi popia bergedel. Boleh try nanti
ReplyDeleteHuish memg lain daripada yang lain ni.. Selalu bergedel bulat, ni dengan kulit popia.. Boleh cuba ni.. Nampak sedap.. Dengn rangup kulit popia lagi kan
ReplyDeleteboleh try ni...selalu sally buat bergedil baki dia letak dalam puff je..hehehe
ReplyDeletetadi dah beli kulit popia, lupa beli kentang nak cuba buat nilah nanti nampak sedap tu hah.. terliur dibuatnya
ReplyDeleteItu lah yang best kalau buat sendiri kuih macam ni tak adalah inti oksigen macam yang viral kat luar sana tu hehehehe tengok inti tu penuh dan terkeluar memang padat sedapnya nak rasa nak cuba senang nak buat tu...
ReplyDeleteAssalamualaikum, waa.. menarik nmpak... nasib tengok gambar ni malam hari. hehe... SS mmg suka bergedil...
ReplyDeleteNak kena cuba ni. Alahai terliurnya tengok bila dicicah dengan sos tu. memang tak tahan rasa macam nak cari popia sekarang haha.
ReplyDeletewah seddap tu. boleh cubalah cara ni. hari tu ada beli juga kulit popia
ReplyDeleteFamily akak memang suka popia. Tak kisah popia versi apa. Nampak sedap la pula popia ni. Nak nak di pagi hari ni. Nak kena cuba buat juga ni.
ReplyDeleteWahhhh nak trylah. Banyak boleh buat dengan kulit popia ni kan.heheheh
ReplyDeletesedapnya... semalam buat karipap, banyak inti lebih, hari ini boleh buat guna kulit popia pulak.
ReplyDeleteOoo pakai kulit popia je ek.. Senang la bole cuba ada extra kulit popia nih kt umah
ReplyDeleteNampak sedap dan menarik nanti bolehlah cuba buat utk keluarga
ReplyDeleteMenarik popia bergedil ni. Boleh buat ni mimi. Tq share resipi.
ReplyDeleteantara menu yang saya nak buat minggu ni..harapnya berjaya..hehe..nampak mudah membuatnya:)
ReplyDeleteMak aiii, rajin dak Mimi ni, walau ada anak kecik.. Dapur ttp no 1
ReplyDeleteLama tak kena popia goreng, selalu bulan puasa sis beli kat pasar ramadan je, nanti boleh le buat ikut resepi ni pulak
ReplyDeleteWah sedap nya nie... Skill photography jgk best! Hehe
ReplyDeleteOh yumsss, tak pernah cuba popia bergedil lagi, nanti sis nak buat.
ReplyDeleteyummy2...terliurnya tngok..boleh lah try petg ni wt juadah berbuka..sy gune resepinya ya..😋
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com