Kempen Amal Pantri Makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand

Kempen Amal Pantri Makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand | Hai semua! Hari ni Mimi agak sibuk di dapur menyediakan satu menu kuih untuk Persatuan Kebajikan Anak-anak Harapan Negeri Sembilan sempena Kempen Amal Pantri Makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand yang diadakan di semua negeri.


Rasa seronok dan teruja apabila Mimi dipilih untuk terlibat sama dalam Kempen Amal Pantri Makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand. Yalah dapat Mimi sumbangkan masa, tenaga dan juga makanan untuk kempen amal ini. Sekurang kurangnya terisi masa lapang buat sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain di samping berkongsi rezeki dan tambah pahala. Mesti korang nak tahu menu kuih yang Mimi masak untuk kempen amal ini kan? Jom baca artikel ini sampai habis.

Kuih Tepung Pelita untuk Kempen Amal Pantri Makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand


Untuk kempen amal ini Mimi berbesar hati untuk masak dan menyediakan kuih tepung pelita untuk anak anak istimewa di Persatuan Kebajikan Anak-anak Harapan Negeri Sembilan.



Nak masak tepung pelita ni ambil masa lebih kurang 30 minit. Nasib baik ada anak Mimi yang tolong sama masak tepung pelita. Lagi cepat nak siapkan. Nak resipi kuih tepung pelita? Mimi sertakan resipi di bawah. 

Resipi Kuih Tepung Pelita




Anggaran hidangan : 10-13 bekas kecil
Masa penyediaan : 30 minit - 1 jam

Bahan bahan :

Lapisan bawah
2 cawan gula
2 cawan tepung beras
8 cawan air
1 sudu besar pewarna hijau

Lapisan atas
500 ml santan Ayam Brand
5 sudu besar tepung beras
2 sudu kecil garam
6 cawan air

Cara buat :
1. Untuk lapisan bawah, masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau semua bahan sebati menggunakan api sederhana. Kacau berterusan sehingga adunan pekat dan likat.

2. Untuk lapisan atas, masukkan semua bahan dalam periuk atau kuali non stick. Kacau semua bahan sebati menggunakan api sederhana. Sama seperti lapisan atas, kacau berterusan sehingga adunan pekat.


3. Bila adunan lapisan bawah sejuk sikit, masukkan ke dalam bekas. Kemudian tuang pula lapisan atas. Buat sehingga adunan habis. Siap! 

Selesai sediakan kuih semua, Mimi bersiap siap pula untuk ke rumah kebajikan. Lebih kurang pukul 4.45 petang Mimi bertolak dari rumah. Perjalanan dari rumah ke sana hanya ambil masa 30 minit sahaja.


Setiba di rumah Persatuan Kebajikan Anak-anak Harapan Negeri Sembilan, Mimi disambut mesra oleh Dato' Azizan. Syukur semua urusan dipermudahkan. Selesai menyerahkan juadah kuih tepung pelita, Mimi bertolak balik. 

Inisiatif Pantri Makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ di 13 Buah Rumah Kebajikan Seluruh Negara

Untuk pengetahuan korang, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan sebanyak 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempatyang memerlukan. 

Salah satu rumah kebajikan yang terlibat dengan inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ ialah Persatuan Kebajikan Anak-anak Harapan Negeri Sembilan. Diharapkan insiatif sebegini dapat diteruskan bagi membantu masyarakat yang memerlukan ketika pandemik Covid-19 melanda negara. Semoga usaha murni Ayam Brand™ ini menjadi contoh kepada kita semua untuk sama sama beramal dan membantu mereka yang memerlukan bantuan. 

Terima kasih Ayam Brand™ kerana memberi Mimi peluang keemasan untuk sama sama mengembleng tenaga dan masa bagi menjayakan Kempen Amal Pantri Makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand ini. Rasa seronok dan teruja sangat kerana Mimi memang suka terlibat dengan kempen amal. Harap di lain masa, Mimi berpeluang lagi untuk turut sama dalam kempen amal seperti ini. 

#ayambrandmy #AyamBersamaMu #AyamWithYou #kitajagakita

Post a Comment

17 Comments

  1. Wah...mimi mahut cabaran...akak x dan nak buat..tahniah mimi

    ReplyDelete
  2. good idea buat tepung pelita boh dalam bekas je, nak makan pun senang. and kempen ni such a good initiative

    ReplyDelete
  3. Wah bagusnya buat macam tu. Kalau guna santan kotak ayam brand ni rasa dia still macam fresh kan

    ReplyDelete
  4. Satu initiatif yg bagus untuk memperkenalkn ayam brand sambil beramal.

    ReplyDelete
  5. Wow... tepung pelita. Ada resipi pulak ni. Nanti Sis nak cubalah. Lama dah tak makan kuih ni.

    ReplyDelete
  6. sedapnya kuih yang dia buat tu..tapi ayam brand mmg aktif dalam program csr dia...mmg contoh terbaik

    ReplyDelete
  7. Bagusnya Ayam Brand buat kempen macam ni. Tahniah Mimi..tahniah Ayam Brand.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah satu usaha yang sangat bagus. Inisiatif Ayam Brand ni pon sangat bagus untuk kebaikan mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  9. Baguskan inisiatif ayam brand ni.. Dia buat mcm kat US tapi sana buku.. Kita bg makanan lagi bagus.. Hihi good job ayambrand.. Tak salah pilih jenama ni dari dulu lagi

    ReplyDelete
  10. Bagus kak bila ada kempen sebegini.. Moga akan diteruskan di masa akan datang

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..moga murah rezeki Mimi seisi keluarga . Aaamiin

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki mimi sekeluarga.. Rajin mimi buat.. Lepas ni support ayam brand juga

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Tahniah mimi atas usaha yg murni dan tahniah AB kerana prihatin dengan golongan yg memerlukan.

    ReplyDelete
  14. My house memang ada standby santan ayam brand, nak masak anytime jer boleh buka

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah bagus cara usaha murni yg ayambrand buat.. Dan akk sambut program cmni... Good job kak!

    ReplyDelete
  16. Tahniah Ayam Brand dan Mimi diatas sumbangan yang dibuat, pasti mereka gembira dapat makan tepung pelita yang sedap..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com