Kek Butter Hasil Air Tangan Anak yang Gebu Lembut Mudah Disediakan

Kek Butter Hasil Air Tangan Anak yang Gebu Lembut Mudah Disediakan | Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 29 Ramadan. Selain sibuk menyediakan biskut raya, kek juga turut disediakan. Saat kita semua masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ni, agak terhad kita cari kek untuk dijadikan juadah di pagi raya.

Hendak tak hendak kenalah buat kek sendiri di rumah. Buat kek merupakan salah satu aktiviti yang Mimi berikan pada anak anak dengan memantau mereka dari penyediaan bahan hingga membakar. Kali ni Mimi nak kongsi resepi kek butter kek hasil air tangan anak kedua Mimi, Auni yang berusia 9 tahun. Memang sedap kek butter yang dia buat. Gebu dan lembut.


Buat Sendiri Kek Butter Di Rumah Ketika Musim PKPB


Kek butter merupakan salah satu kek legend yang mudah disediakan di rumah. Anak anak sekolah rendah pun boleh menghasilkan kek gebu dan lembut hasil air tangan sendiri. Musim PKPB ni, buat sendiri kek butter di rumah merupakan salah satu aktiviti anak anak Mimi. Jom baca bahan bahan yang diperlukan untuk menyediakan kek butter yang gebu lembut dan mudah disediakan ini.

Bahan bahan :

250g tepung gandum diayak
250g mentega
250g gula kastor
5 biji telur
2 sdb susu pekat
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanila

Cara caranya :

1. Panaskan oven selama 20 minit terlebih dahulu dengan suhu 150°c.
2. Pukul telur hingga kembang sedikit dengan mixer. Ketepikan. 
3. Kemudian pukul mentega dan gula sehingga kembang dan adunan berwarna sedikit putih. Masukkan telur tadi. Pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum, susu pekat, esen vanila dan baking powder. Pukul lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Pastikan loyang dilapisi kertas dan digris dengan mentega terlebih dahulu. 
6. Bakar pada suhu 180°c selama 40 minit atau sehingga masak. 
7. Siap dan biarkan sejuk. Bolehlah dipotong dan sedia untuk dihidang. 



Perlu diingatkan suhu setiap oven berlainan ya. Untuk oven di rumah Mimi memang suhu itu yang sesuai untuk bakar kek. Untuk oven di rumah kawan kawan, pastikan adjust menggunakan suhu yang sesuai. Takut nanti kek tak masak atau hangus pula kalau ikut suhu oven Mimi. Kalau sama tak ada masalah. 

Kek Butter Kek Orang Lama yang Sedap, Gebu dan Lembut Sesuai Juga Dijadikan Juadah Minum Petang


Selepas berbuka semalam, kami anak beranak dah rasmikan kek butter yang Auni buat. Memang sedap, gebu dan lembut kek yang dihasilkan. Ini merupakan kali ketiga Auni buatkan kek dan merupakan kali kedua dia buat kek butter. Sekali ajar sahaja dia dah hafal resipi kek yang ingin dibuat. 

Yalah, kek mudah disediakan memang senang nak ingat resipi dan cara membuatnya. Selepas ini ada masa, Mimi nak ajar Auni buat kek oren kukus tanpa telur pula. Kek pun dah habis, nanti buat kek butter yang lain untuk Hari Raya pula. 

Kami anak beranak suka makan kek terutamanya kek legend macam ni. Yelah kek orang lama suka buat dulu dulu kan. Bila buat kek ni teringat masa kecil kecil dahulu, mama Mimi suka buat kek bagi anak anak makan. Kalau Hari Raya pula, kek butter ni memang senang sangat jumpa di mana mana rumah. Selain aneka biskut raya yang disediakan pasti ada kek butter atau kek marble diatas meja. 


Kek ini bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai juadah di Hari Raya malahan sesuai juga disediakan sebagai juadah minum petang di hari biasa. Nak sediakan kek butter tidaklah susah mana jadi memang sesuai disediakan bila bila masa sahaja. Asalkan semua bahan ada semuanya jadi. Selamat mencuba kek butter di rumah. 

Post a Comment

3 Comments

  1. pandainya anak sis buat. hihi boleh try resepi ni,

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mimiazirah. Alhamdullah. elok kejadian air tangan anak umur 9 tahun. melentur buluh biarlah dari rebungnya. moga2 ini menjadi titik permulaan utk menjadi anak yang rajin n berbakat. aamiinnn

    ReplyDelete
  3. bagusnyaaa 9 tahun da pandai manage kerja2 di dapur.. and bagus juga diberi peluang untuk cuba baking. alhamdulillah menjadi keknyaa dan sedap =)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com