8 Resipi Kuih Tradisional Sukatan Cawan Yang Sedap dan Popular Untuk Dicuba

8 Resipi Kuih Tradisional Sukatan Cawan Yang Sedap dan Popular Untuk Dicuba

8 Resipi Kuih Tradisional Sukatan Cawan Yang Sedap dan Popular Untuk Dicuba | Walaupun sekarang ni muncul pelbagai jenis kuih viral namun kuih tradisonal tetap popular dan sedap serta menjadi pilihan utama untuk dijadikan juadah berbuka puasa atau sarapan pagi dan minum petang pada hari biasa.

Mimi sendiri akui kuih tradisional masih jadi pilihan untuk juadah kami sekeluarga. Ada antara kuih tradisonal yang menjadi kegemaran Mimi antaranya kuih koci, cucur badak, karipap, pulut inti dan pulut panggang. Kalau makan kuih yang disebutkan ni orang lalu pun tak hairan dah. Di sini Mimi kongsikan beberapa resipi kuih tradisonal yang sedap dan popular untuk dicuba. Mana tahu boleh beri idea untuk dicuba sebagai juadah berbuka hari ini.

8 Resipi Kuih Tradisional Sukatan Cawan Yang Sedap dan Popular Untuk Dicuba

KUIH LOPES

Sumber : Google


Bahan bahan
2 cawan beras pulut
1/2 sudu kecil air kapur
2 cawan santan cair
5 helai daun pandan
1/2 cawan air
Pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
Kelapa parut (yang telah digaul dengan garam)

Cara buat
Cuci bersih beraih beras pulut dan rendam dengan air kapur dan pewarna hijau.
Kisar daun pandan dengan air. Tapis dan amnil jusnya sahaja. Ketepikan.
Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang. Masukkan santan, garam dan air pandan. Gaul sebati.
Kukus hingga santan kering dan kacau rata supaya beras pulut masak sekata. Sejukkan.
Ambil daun pisang dan layurkan. Bungkus beras pulut ikut bentuk yang disukai.
Sususn dalam periuk pengukus dan kukus selama 15 minit.
Keluarkan dan gaul dengan kelapa. Siap.

Bahan bahan untuk air gula
3 ketul gula melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air
2 helai daun pandan ikat simpul

Cara buat
Masak semua bahan ke dalam kuali hingga larut. 
Tapis air gula dan siap untuk dinikmati bersama kuih lopes.

KUIH NONA MANIS

Sumber gambar : cookpad.com

Bahan bahan
Bahan A :
1/2 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 biji telur ayam

Bahan B :
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan santan pekat
1/4 tepung jagung
1/2 cawan air
 5 helai daun pandan
Pewarna hijau
Sedikit garam

Bahan C :
1 cawan santan pekat
1 sudu tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara buat
Bahan A :
Pukul telur hingga kembang. 
Satukan gula, tepung dan santan dalam bekas lain. Kacau sebati. 
Masukkan adunan tepung ke dalam telur dan kacau hingga sebati. Ketepikan. 

Bahan B :
Kisar daun pandan dengan air. Tapis dan ambil jusnya sahaja. 
Satukan semua bahan dan masukkan air daun pandan ke dalam kuali non stick/periuk. Kacau sebati hingga adunan halus dan nampak berkilat. 
Kemudian satukan bahan A dan bahan B. 

Bahan C :
Satukan semua bahan C dan masak hingga likat.
Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan ke dalam piping bag. 

Cara masak
Panaskan periuk pengukus. 
Tuangkan campuran adunan bahan A dan B ke dalam acuan lompang. 
Kemudian piping kan adunan bahan C ditengah acuan. 
Kukus selama 7-10 minit. Siap dan sedia untuk dihidang. 

KUIH BOM

Sumber gambar : rasa


Bahan bahan 
Bahan A :
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
Garam
Bijan

Bahan B (inti) :
1/2 cawan air
1 keping gula melaka racik halus
1/2 cawan gula
1/2 biji kelapa parut
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar tepung gandum
2 helai daun pandan ikat simpul

Cara buat
Bahan A :
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. 
Bancuh dengan air hingga menjadi doh. 

Bahan B :
Didihkan air dalam kuali. Masukkan kelapa parut, gula melaka, gula, garam dan daun pandan.
Apabila inti telah masak, toskan dan tabur tepung gandum untuk mengelakkan inti melekat. Sejukkan. 

Cara masak
Ambil doh dan isikan inti. Buat hulat bulat dan golekkan atas bijan. 
Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan tos. Siap! 

KUIH PULUT INTI

Sumber gambar : myresipi.com

Bahan bahan
Bahan A (inti) :
1/3 cawan gula merah
2 sudu besar gula
1 cawan air air
2 cawan kelapa parut
Garam

Bahan B :
100 g beras pulut 
100 ml air
50ml santan
Garam

Cara buat
Bahan A :
Masukkan gula merah, gula dan air ke dalam kuali. 
Masak hingga gula larut. Kemudian masukkan garam dan kelapa parut. Kacau sebati sehingga agak kering. Tutup api dan ketepikan. 

Bahan B :
Kukus beras pulut dengan santan dan air hingga masak. 
Angkat dan ketepikan. 

Cara sedia
Layurkan daun pisang. Kemudian ambil sedikit beras pulut dan letak ke atas daun pisang. 
Ambil inti dan letakkan ke atas pulut. Bungkus kuih dan siap! 

KUIH KOCI

Sumber gambar : Cookpad.com

Bahan bahan
Bahan A (inti) :
1 biji kelapa parut
1/2 cawan gula kabung
1 cawan gula
1/2 cawan air

Bahan B :
1 bungkus tepung pulut
2 mangkuk santan (1/2 mangkuk dimasak hingga pecah minyak) 
1/2 sudu teh garam
Daun pisang dilayurkan

Cara buat
Bahan A :
Gaul semua bahan dalam kuali dwngan api sederhana. 
Kacau hingga separa kering. Angkat dna ketepikan. 

Bahan B :
Gaul tepung pulut bersama 1 1/2 mangkuk santan dan garam sehingga menjadi doh lembut dan mudah dibentuk. 
Bentukkan adunan dan isi inti (bahan A). Tutup doh dan bulat bulatkan. Celup ke dalam 1/2 mangkuk santan yang telah dimasak tadi. Ulang hingga doh dan inti habis. 
Panaskan pengukus. Bungkus koci dengan daun pisang. Kukus selama 20-30 minit. 
Dah masak boleh angkat dan hidangkan. Siap! 

KUIH TEPUNG GOMAK

Sumber gambar : rasa


Bahan bahan
Bahan A (salutan) :
500 gram kacang hijau

Bahan B (inti) :
1 cawan gram gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung gandum
1 biji kelapa parut
1 helai daun pandan
Air
Garam

Bahan C :
500 gram tepung pulut
Garam
Air

Cara buat
Bahan A :
Basuh dan toskan kacang hijau
Goreng kacang hijau. Angkat dan sejukkan. 
Kisar kacang hijau hingga halus seperti tepung. Ayak dan ketepikan. 

Bahan B :
Masak air, gula melaka, gula, garam dan daun pandan hingga gula larut. Angkat dan tapis. 
Masukkan tepung dan kelapa ke dalam air gula. Masak dan gaul sebati sehingga inti masak. Angkat dan sejukkan. 
Bulat bulatkan inti dan ketepikan. 

Bahan C :
Bancuh tepung dengan air dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan kental. 
Ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan. 
Masukkan inti dan leperkan dengan kemas. 
Masak air hingga mendidih dan masukkan kuih. Masak hingga kuih timbul dan angkat. 
Gaul kuih ke dalam bahan salutan. Sedia dihidang. 

KUIH GETAS GETAS


Sumner gambar : rasa

Bahan bahan
Bahan A :
1/2 biji kelapa parut
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh garam

Bahan B (sira) :
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara buat
Satukan kelapa parut, tepung pulut dan tepung gandum ke dalam safu bekas. 
Masukkan garam dan gaul. Kemudian masukkan air sesikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan bentukkan doh. 
Goreng dengan api sederhana, angkat dan ketepikan. 
Masakkan bahan B di dalam kuali hingga betul betul pekat. 
Masukkan kuih yang telah digoreng. Kacau sehingga kering. Siap dan sedia utnuk dihidang. 

KUIH LOMPANG


Sumber gambar : Google


Bahan bahan
Bahan A :
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan air
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
Pewarna hijau/merah (ikut suka) 

Bahan B :
1/2 cawan gula 
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
2 helai daun pandan ikat simpul

Bahan C :
1 cawan kelapa parut
Garam secukupnya
1 helai daun pandan ikat simpul

Cara buat
Masak bahan B sehingga larut. 
Didihkan air kukusan. Gaul ssbati dan kukus bahan C seketika. 
Satukan semua bahan A. Gaul sebati. 
Masukkan bahan B yang disejukkan. Gaul dan tapiskan.
Sapu sedikit minyak masak pada acauan lompang. Tuangkan adunan. 
Kukus selama 10 minit. Angkat dan sejukkan. 
Keluarkan dari acuan dan taburkan dengan bahan C. Siap dan sedia dihidangkan. 

Kuih tradisional ni memang sesuai dimakan masa berbuka puasa nanti. Ataupun boleh juga buat pada hari lain (selain bulan puasa) sebagai sarapan pagi atau minum petang. Ada juga kuih tradisonal ini menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika kenduri contohnya kuih koci. Kebanyakan majlis kenduri mesti ada kuih koci ni kan? 

Tiba tiba tekak ni teringin pula nak makan kuih koci. Asyik sebut saja dari tadi. Nak buat pun bukan susah mana. Janji ada bahan bahan, jadi saja kan. Jangan lupa cuba resipi kuih tradisional ni tau. Selamat mencuba. 

11 Comments

  1. Sedap. Memang kuih tradisional ni masih dicari walaupun ada kuih moden.. Favourite LeYa tentunya Kuih Koci

    ReplyDelete
  2. Kuih tepung gomak & kuih getas-getas tak pernah rasa :)

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba nt.. Bab kuih ni, selalu malas nak buat sebab renyah. Tp. Sukatan cawan ni nmpk mudah

    ReplyDelete
  4. waa kebanyakan kuih2 favourite nih..

    ReplyDelete
  5. mudah ni guna sukatan cawan aje

    ReplyDelete
  6. sedapnya nona manis dengan lompang tu

    ReplyDelete
  7. so far kuih tepung gomak dgn kuih bom akak belum buat lagi tapi dah ada dalam senarai...ahh dh terasa keliatan kedua2 kuih tu dan rasa bijan kat kuih bom tu...

    ReplyDelete
  8. sedap belako tu terutama sekali dlm bln puasa ni.

    ReplyDelete
  9. heee yang sukat pakai cawan ni saya suka.. senang xyah timbang2..

    ReplyDelete
  10. Semua kuih kat atas nie kegemaran Kak Sue..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas

Lots of
Mimie