24 Resipi Sotong Yang Mudah dan Menyelerakan untuk Juadah Berbuka

24 Resipi Sotong Yang Mudah dan Menyelerakan untuk Juadah Berbuka | Pejam  celi pejam celik hari ini dah masuk 17 Ramadhan dah. Sekejap sangat masa berlalu. Kita yang mak mak ni masih sibuk uruskan rumahtangga. Salah satunya memasak untuk juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga. Bila masak hari hari kadang kala buat kita buntu nak masak apa.

Samalah dengan tuan punya entri ni kadang kala buntu nak masak menu apa untuk berbuka. Bila minta pendapat suami jawapan dia, "Masak sajalah apa apa." Bertambah stress jadinya sebab kita dah tepu nak fikir menu dia boleh jawab macam tu. Penyudahnya duduk termenung depan peti sejuk buka tutup buka tutup pintu peti sejuk tu. Masa inilah bantu google atau kawan kawan sangat diperlukan. Kali ni, Mimi nak kongsikan himpunan 24 resipi sotong yang mudah dan menyelerakan untuk juadah berbuka nanti. Salah satu resipi yang ada Mimi dah pun masak, memang sedap. Jom kita lihat 24 resipi sotong untuk dimasak nanti. 

24 Resipi Sotong Yang Mudah dan Menyelerakan untuk Juadah Berbuka Pasti Sedap dan Jadi


SAMBAL SOTONG CAMPUR PETAI



Bahan bahan :
Bawang putih dikisar
Bawang merah dikisar
Cili kisar
Air Asam
Sotong goreng (half cooked)
Petai
Garam
Gula

Cara cara :
1. Tumis bawang sehingga kuning. Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan air asam sikit dan tumis lagi.
3. Akhir sekali masukkan petai dan sotong. Gaul dan rasakan dengan garam dan gula.


SOTONG BAKAR BERSAMBAL



Bahan bahan :
Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)
15 tangkai lada kering - perlu dikisar
5 biji cili merah
5 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 batang serai
2 sudu besar sos tiram
Air asam jawa - secukupnya
Garam dan gula 
Sedikit minyak masak

Cara cara :
1. Sotong perlu dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
2. Kemudian untuk membuat sambal, kisar semua bahan (lada kering, bawang merah, bawang besar, bawang putih, buah keras dan serai).
3. Selepas itu masukkan sos tiram dan air asam jawa.
4. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan minyak masak. Adun semua sehingga sebati untuk dijadikan sambal.
5. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masak lebih kurang 5-7 minit, untuk keringkan air buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Jangan terlalu lama sotong akan menjadi liat.


SOTONG MASAK 3 RASA + UBI KENTANG




Bahan bahan :
Sotong 1/2 kilo
2 biji ubi kentang (belah 4 dan digoreng terlebih dahulu)
3 biji cili merah ditumbuk
6 biji cili padi ditumbuk
3 ulas bawang kecil ditumbuk
Sedikit belacan ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
Sebatang serai diketuk
1 cawan air asam jawa
Sedikit kicap manis
1 ketul Pati Ayam Knorr
Sedikit garam dan gula

Hiasan
6 biji cili padi
1 biji cili merah
Sedikit daun bawang

Cara cara :
1. Tumiskan semua bahan yang ditumbuk sampai pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit kicap manis, pati ayam, garam dan gula.
3. Masak bagi pekat kemudian masukkan sotong. Masak sampai kering sedikit kuah kemudian masukkan ubi kentang yang digoreng tadi. Akhir sekali taburkan dengan bahan hiasan.
4. Siap boleh dihidang.

Kredit : Siti Fatimah


SOTONG PHAT PHET




Bahan A :
(Kisar/ Blend Kasar)
Cili api/cili merah - ikut kepedasan sendiri
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Lada hitam - letak sikit saja
*Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong

Bahan B :
Sotong
Asam keping
1 batang serai dititik
Sedikit garam dan gula
Daun limau purut

Bahan sayur ( tidak letak pun tak apa)
Kacang panjang
Carrot
Kobis bunga

Cara cara :
1. Panbaskan minyak dan tumis bahan kisar. masukkan serai dititik sehingga naiak bau dan pecah minyak.
2. Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air (jangan terlampau banyak)
3. Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut, garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan sayur kacang panjang, carrot dan kobis bunga. Kacau rata dan biarkan layu sedikit, kemudian angkat.


SOTONG MASAK LADA




Bahan bahan :
1/2 kg sotong
3 sdk serbuk lada hitam
1 sdk serbuk kunyit
4 sdb sos cili
4 ulas bawanga putih diketuk
Garam
Perasa (ikut suka)
Minyak untuk tumis
1 biji bawang besar dihiris nipis
6 biji cili padi

Cara cara :
1. Tumis bawang putih sampai garing. Kemudian masukkan sotong, serbuk kunyit dan lada hitam. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan sos cili, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi.
3. Akhir sekali amsukkan bawang yang dipotong nipis bersama cili padi. Tutup api dan siap.

Kredit : Norlela Abdul Lahak


SOTONG MASAK HITAM




Bahan bahan :
Bawang kecil
Bawang putih
Halia 
Lengkuas
Serai 
Kunyit
Belacan
Buah keras

(Bahan bahan ini semuanya dikisar)

Minyak untuk menumis
Cili kering direbus dan dikisar
Gula (gula tebu @ gula merah@gula melaka)
Air asam jawa
Garam
Dakwat hitam sotong

Cara cara :
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga garing. Masukkan cili kisar. Biar sampai garing.
2. Masukkan sotong, garam dan gula sevukup rasa. Masukkan air asam jawa.
3. Akhir sekali, picit dakwat hitam untuk warna hitamnya.


SOTONG SUMBAT TELUR




Bahan bahan :

Inti Sumbat :
3 biji telur ayam
Carrot dicincang
Isi ayam/udang - dicincang
Capsicum
Secubit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara cara :

1. Campurkan kesemua bahan dan goreng hancur ala ala scramble egg.

Sambal Sotong :
6 ekor sotong
4 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris)
3 sdb cili kisar
1 sdb rempah kari
1 biji bawang holland
2 sdb sos cili
Minyak untuk menumis
Pencungkil gigi/lidi
Sedikit air assam jawa
Garam dan gula secukupnya

Cara cara :
1. Sumbat sotong dengan telur yang dimasak hancur tadi. Tutup semula dengan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi.
2. Tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan biar hingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari dan sos cili
5. Boleh masukkan sotong yang telah disumbar dan biar seketika sampai mendidih.
6. Masukkan gula, garam adan air asam jawa sesedap rasa.
7. Masukkan bawang holland yang dipotong bulat. Siap dans edia untuk dihidang.

Kredit : Azie


SOTONG PERCIK





Bahan bahan :
Sotong 400g

Bahan A :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
6 tangkai cili kering
Halia
4 biji cili padi
Garam
1 batang serai

Bahan B :
Kicap manis
Garam
Daun Kari
Santan

Cara cara :
1. Blend bahan A dengan minyak. Jangan letak air langsung.
2. Tumis sehingga garing bahan di blend dan masukkan bahan B
3. Perap dengan sotong minimum 10 minit
4. Bakar sotong 3 minit. Nampak dah kembang terus angkat.

Kredit : Mastura Mukhtar


RENDANG SOTONG





Bahan bahan :
Sotong
Serai*
Cili padi*
Bawang merah*
Bawang putih*
Lengkuas*
Kunyit hidup*
Kerisik*
Daun limau purut*
Garam
Gula
Minyak

Kisar bahan bertanda *

Cara cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan dikisar bersama santan. Biarkan memekat. Kacau sebati.
2. Masukkan sotong dan biarkan seketika. MAsukkan daun limau purut yang dihiris kasar. Gaul lahgi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Tutup api.

Kredit : dipetik dari rasa.my


SOTONG ALA THAI





Bahan bahan :
1/2 kilo sotong yang besar
1 batang serai*
5 biji cili api merah*
1 biji bawang*
1 biji tomato*
2 biji limau nipis
Fish sos
Daun ketumbar (agak agak sahaja)

Cara cara :
1. Siang sotong sampai bersih, kemudian panaskan air hingga mendidih. Masukkan sotong kacau sekejap lebih kurang 4 minit jangan terlalu lama.
2. Dah masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar untuk memudahkan gaul nanti.
3. Bahan bahan yang bertanda * potong halus. Tomato dan bawang jangan halus sangat nanti tak sedap.
4. Masukkan ke semua bahan bahan yang dipotong halus tadi ke dalam sotong. Masukkan sedikit sos ikan, agak agak jangan terlalu banyak nanti masin. Masukkan garam dan gula gaul sebati.
5. Akhir sekali perah limau ikut kesukaan masing masing nak masam macam mana.
6. Daun ketumbar patah patahkan sahaja dan letak sedikit sahaja ke dalam sotong untuk hiasan.


KARI SOTONG





Bahan bahan :
12 ekor sotong (dibersihkan & badan sotong dikelar kelar)
2 biji ubi kentang (direbus embuk)
1 paket kecil rempah gulai (cap bunga ros)
1/2 paket kecil rempah masak (cap bunga ros)
3 sdb serbuk cili
1 biji bawang besar (ditumbuk lumat)
3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
2 inci halia (ditumbuk halus)
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 kg santan pekat
Sedikit air asam jawa
1 biji tomato
Garam, gula dan ajinomoto
Minyak untuk menumis

Cara cara :
1. Rebus kentang hingga empuk.
2. Rempah gulai, rempah masak dan serbuk cili dibancuh dengan sedikit air.
3. Tumis kayu masni, bunga lawang, buah pelaga hingga bau wangi. Masukkan rempah yang dibancuh tadi, bahan ditumbuk dan daun kari. Tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan air asam jawa, masak hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan santan, garam, gula dan ajinomoyo.
5. Masukkan ubi kentang, sotong dan tomato.

Kredit : Sunflower oct


GULAI LEMAK SOTONG BERSAMA TIMUN



Bahan bahan :
Sotong
1 keping asam gelugor/kandis
1 kotak santan kara
Sedikit air
Sedikit garam dan gula
1 batang timun dipotong serong
3@4 biji cili hijau kelantan dipotong
1 biji tomatao belah 4

Bahan kisar :
1 ulas bawang putih (tak letak pun tak apa)
4 ulas bawang merah
5 biji cili kering
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
Sejemput biji ketumbar

Cara cara :
1. Masak santan kara bersama sedikit air ke dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar dan kacah selalu supaya kuah tidka melimpah.
3. Masukkan asam gelugor. Boar kuah mendidi dan masukkan timun.
4. Biarkan seketika hingga timun separuh masak, baru masukkan sotong, tomato dan cili hijau. Kacau sebati.
5. Akhir sekali amsukkan garam dan gula. Kecilkan api dan renehkan gulai dalam anggaran 5 minit. Angkat dan hidangkan.

Kredit : Kak Jie Jie


SOTONG MASAK LEMAK PADANG




Bahan bahan :
1 kg sotong - cuci bersih dan potong
3 biji bawang besar - belah 4
2 biji tomato - blah 4
2 batang serai dititik
3 biji ubi kentang belah 4
3 camca minyak untuk menumis
500ml santan
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
5 tangkai cili merah

Cara cara :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar hingga hrum dan terbit minyak.
2. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong, santan dan air. Kacau biar sebati.
3. Kemudian renehkan dan kacau sesekali supaya santan tidak pecah minyak
4. Perasa dengan garam. Sedia dihidangkan.


SOTONG GORENG REMPAH




Bahan bahan :
3 ekor sotong besar
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
2 cm halia*
(Bahan bertanda * ditumbuk halus)
1 sdt garam masala
1 sdb serbuk kari ikan
2 sdb sos tiram
2 sdb minyak masak
2 biji cili dihiris serong
1 biji tomato belah 6
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara :
1. Bersihkan sotong dan perapkan dengan garam masala dan rempah kari ikan.
2. Panaskan minyak masak, goreng sotong sebentar kemudian masukkan bahan yang telah ditumnuk.
3. Goreng sampai naik bau wangi, kemudian masukkan sos tiram, cili dan tomato. Gaul sebati.
4. Tambah air jika terlalu kering, ikut kesukaan masing masing jika mahun sotong berkuah. Biarkan reneh seketika.
5. Perasakan garam dan gula ikut selera masing masing. Siap dihidangkan.

Kredit : Amyra Syakira


SOTONG MASAK KICAP




Bahan  bahan :
5-6 ekor sotong saiz sederhana (dibersih dan dipotong)
1 ulas bawang besar (saiz sederhana)
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 inci halia diracik halus
1 batang kulit kayu manis
3-5 butir buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 sdb kicap cair
3 sdb kicap pekat
3 sdb minyak
2 cawan air
Gara, secukupnya.

Cara cara :
1. Panaskan minyak. Tumis rempah 3 sekawan dan halis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. Bila dah berbau wangi, masukkan sotong.
3. Masukkan kicap cair dan kicap pekat. Gaul rata kemudian masukkan air.
4. Tunggu didih dan masukkan cili dan garam.
5. Gaul rata. Tutup api.

Kredit : No Or


PAPRIK SOTONG SEDAP




Bahan bahan :
3-4 ekor sotong 0 bersihkan dan potong
3 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dihirs kasar
2 batang serai dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi diketuk
i bji cili merah hiris menyerong
Bunga kobis
Kacang buncis
\Carrot
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan
Garam jika perlu
Sedikit minyak untus menumis

Cara cara :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biar mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur sayuran. rasa dan sekiranya perlu masukkan garam.
4. Tutup api dan sedia dihidangkan.


SOTONG KAM HEONG




Bahan bahan :
10 ekor udang sederhana kecil
2 sdb tepung jagung
2 uals bawang putih dicicang halus
1/2 labu abwang besar dicincang halus
2 sdb udang kering (rendam, tos,cincang)
2 batang serai dihiris
3-4 biji cili padi dihirs
2 sdb serbuk kari ikan
Sedikit air
1-2 sudu kicap
Sedikit minyak
Garam dan gula secukupnya

Cara cara :
1. Gaulkan sotong yang dipotong dengan tepung jagung. Biarkan seketika.
2. Goreng sotong tadi dengan sedikit minyak selama 1 minit. Angkat dan asingkan ke dalam mangkuk
3. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan udang kering, goreng sehingga garing.
5. Masukkan serai dan cili padi. Goreng seketika.
6. Masukkan serbuk kari, tambah sedikit air dan amsak hingga pecah minyak.
7. Masukkan sotong dan gaul sebati.
8. Tambahkan kicap, gila dan garam secukupnya. Gauil hingga sotong masak. Sedia dihidang.


SINGGANG SOTONG EXPRESS




Bahan bahan :
Sotong tak perlu potong
1 biji abwang merah - potong 4
3 ulas bawang putih diketuk
2 batang serai diketuk
3 keping asam gelugor
2 biji lada merah diketuk
Daun laun purut
Kobis bunga
Tomato

Cara cara :
1. Masukkan kesemua bahan kecuali tomato dan kobis bunga. Letak air 2 cawan. kemudian dah mendidih letak tomato dan kobis bunga.
2. Letak garam secukupnya. Dah siap.

Kredit : Ainul Nadzirah


SOTONG AIR ASAM




Bahan bahan:

Kukus :
1 kg sotong
2 batang serai
Akar daun ketumbar
1/2 biji tomato dipotong dadu
3 sdb sos ikan
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
1 sdk garam dan gula

Air asam :
4 ualas bawang putih
5-10 biji cili padi (ikut kepedasan masing masing)
Limau nipis
3 sdb gula siam (Thai Palm Sugar)
Garam (jika perlu)

Cara cara :
1. Panaskan pengukus. Bila air menggelegak, masukkan sotong dan bahan kukus.
2. Biarkan 8-10 minit, jangan terlalu lama untuk kekalkan rasa juicy.
3. Angkat dan toskan.
4. Untuk air assam, tumbuk bawang putih dan cili padi. tambahkan gula Thai dan garam jika perlu. Tambah air perahan limau. Gaul rata  sotong dan air asam. Siap!


SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI



Bahan bahan :
1 kg sotong
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 batang serai dititik
Garam secukupnya

Bahan ditumbuk lumat :
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia

Cara cara :
1. Bersihkan sotong dan dipotong kecil dan ketepikan.
2. Tumbuk semua bahan sampai lumat.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dalam periuk.
4. Masukkan santan, serai dan asam kepinhg.
5. Biarkan kuah mendidih dan masukkan sotong. Sekali sekala kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.
6. Masukkan garam sevukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh ditutup api.

Kredit : Nani Khuzaifah


SAMBAL SOTONG JJ




Bahan bahan :
1 kilo sotong( dipotong 2 atau 3 bahagian kemudian gunting keliling jangan sampai putus, cuci dan toskan)
Segenggam cili kering (direbus dan buang biji)
1 biji abwang besar*
4@5 biji bawang merah*
1 batang serai*
5 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
Sedikit gula abtu untk kilatkan sambal
i sdk pes asam jawa Adabi
1 cawan air
Garam dan gula secukupnya
Minyak

Cara cara : 
1. Blend bahan bertanda *. Kemudain panaskan minyak dan tumis bahan di blend hingga garing.
2. Masukkan gula batu, sotong, pes asam jawa dan air. Masak hingga sotong lembut.
3. Tambahkan garam dan gula secukupnya.
4. Tunggu hingga sambal jadi pekat. Sedia dihidangkan.

Kredit : Jalilah JJ


SOTONG CILI PADI PETAI




Bahan bahan :
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi campur sikit dengan yang merah
Serai 
Petai
Sotong

Cara cara :
1. Blend semua bahan kecuali serai, petai dan sotong.
2. Titikan serai. 
3. Tumis bahan di blend hingga garing.
4. Masukkan serai, sotong dan petai serta bahan perasa secukupnya.

Kredit : Zairah Nazri


SOTONG TELUR MASIN




Bahan bahan :
10 ekor sotong potong nipis
5 sdb tepung jagung
3 sdb lada sulah
1 biji telur
Sedikit garam

(Gaul semua dan goreng 3-4 minit)

Beberapa helai daun kari
3 batang cili padi
3 sdb butter (salted)
1 sdb gula
1 sdb serbuk pati ayam
2 biji telur masin ambil isi kuning sahaja

Cara cara :
1. Cairkan butter dan masukkan kuning telur masin. Masak sampai berbuih.
2. Masukkan cili padi, daun kari dans erbuk pati ayam. gaul rata semua.
3. Masukkan sotong goreng tadi dan gaul sampai rata/kering. Tutup api.
4. tabur gula dan gaul lagi seminit bait gula sebati dan rata.


KETUPAT SOTONG




Bahan bahan :
1 kilo sotong saiz sederhana besar
1/2 kilo santan pekat
3 ketul gula melaka
Pencungkil gigi
1 cawan beras pulut
10 helai daun pandan
Garam dan gula

Cara cara :
1.  Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulit, toskan.
2.  Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam.
3. Ambil sotong, gunakan sudu kecil masukkan beras pulu tadi sehingga separuh badannya (jangan isi penuh nanti isi pulut yang terhasil keras dan mentah)
4. Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi.
5. Cucukkan pencungkil gigi depan dan belakang kepala.
6. Di dalam periuk, lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi semuanya.
7. Susun atur sotong bair memenuhi ruang dan tindan perlahan di atasnya.
8. Masukkan santan pekat bersama sedikit garam dan gula melaka.
9. hidupkan api yang paling kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45 minit (hingga pulut dalam sotong masak). Santan akan pecah minyak.

Kredit : masakwithpassion

Berpinar biji mata tengok satu persatu resipi sotong yang sedap dan menyelerakan ini kan? Tak kisahlah nak masak untuk juadah berbuka atau hari biasa asalkan masakan kita sedap dan memikat selera suami dan anak anak. Walau bagaimanapun air tangan seorang isteri dan ibu tiada siapa yang boleh pertikaikan. Betul tak?
Semoga semua resipi yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!

Disclaimer : Semua resipi ini bukan hak penulis. Dikongsikan semula untuk memudahkan semua. Kredit kepada tuan punya resipi dan fb Resipi Kanda Dinda.

Post a Comment

14 Comments

  1. yang ada petai tu aduhaiiii. bertambah selera makan. ahha

    ReplyDelete
  2. hah mcm2 resepi sotong ni...smlm husband buat kerabu sotong..nanti bole la try resepi2 lain ni plak..tq share

    ReplyDelete
  3. Ya Allah telan air liur dah ni. Terima kasih share aneka resepi sotong ni nanti boleh ikut resepi ni satu persatu. Hehe

    ReplyDelete
  4. banyaknya resepi. bestttt. bokeh la masak sotong dalam peti tu. dari haritu ok pikir nak masak apa

    ReplyDelete
  5. Alahai sedapnya... terliur terus bila tengok gambar-gambar yang sungguh menyelerakan tu... betul cakap Mimi, bila dah hari-hari masak, boleh buntu dibuatnya memikirkan nak masak resipi apa... hehehehe... dalam banyak-banyak resipi sotong tu, yang paling saya minat ialah sotong paprik dengan sotong kam heong... nanti balik KL lagi 2 minggu insyaAllah nak buatlah... thanks for sharing ya...

    ReplyDelete
  6. Selalunya sotong tak goreng kunyit, mesti masak sambal. Tak tau pula pula banyak sebenarnya resepi sotong ni.

    ReplyDelete
  7. Uitt! Banyak juga resepi tuk masak sotong yea :) Biasa masak sambal sotong jer hehehe

    ReplyDelete
  8. alahai mana la nak dpt sotong time pkp ni smua pun sdp tgk nya haha

    ReplyDelete
  9. Perghh kemain banyak resepi sotong....tapi yang paling Sis suka, sotong asak hitam dan sotong masak sambal petai hehehehe...bagi 2 ni, lauk lain takde pun takpe..

    ReplyDelete
  10. Sedap2nya resipi sotong ni.. Nk cuba yg sotong air asam tu la..terliur tgk berjenis masakan sotong

    ReplyDelete
  11. aida minat sgt sotong, mimi.
    pepun masakan, aida suka masak dan makan.
    malangnya, asben x suka :(
    kalau masak sotong, kena masak lain lauk utk dia.
    dia tak brape suka seafood sebab got bau / rasa hanyir, kan.
    sotong petai tu mak aiii, menjemput sgt lah! :) ha ha ah ha...

    ReplyDelete
  12. I love the recipes and I will try this weekend. I love the Sambal Sotong.

    ReplyDelete
  13. Banyaknya resepi sotong. Selama ni masak sambal merah je reti. Boleh lah cuba resepi lain lepas ni. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  14. Banyak nya resipi sotong yang sedap2. yang sotong bakar bersambal tu menyelerakan betul.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com