Review Filem Evaru

Review Filem Evaru

Review Filem Evaru | Musim PKP ni bukan saja Mimi masak macam macam. Mimi juga luangkan masa tonton filem Tamil. Filem Tamil ni walaupun fikir tidak logik sebab seorang boleh bantai 10 orang tumbang terus, tak ku hirau. Yang penting jalan ceritanya mantap wei. Bonus kalau hero dan heroin filem tu handsome dan cantik. 

Semalam Mimi berkesempatan tonton satu lagi filem Tamil bertajuk Evaru. Ada terbaca beberapa review mengatakan filem ni best.

Nak tahu best ke tidak jom baca lanjut review filem Evaru ni dan pendapat peribadi mengenai filem ini.


Review Filem Evaru


Tajuk : Evaru
Maksud : Siapa
Bahasa : Telugu
Tahun pengeluaran : 2019
Pengarah : Venkat Ramji
Pelakon : Adivi Sesh, dan Regina Cassandra
Pengarah Musik : Sricharan Pakala
Genre : Crime triller

Filem ini mengisahkan tentang Sameera (Regina Casandra) telah menembak dan membunuh seorang polis, iaitu DSP Ashok Krishna (Naveen Chandra). Kejadian itu berlaku kerana Sameera telah dinodai oleh DSP Ashok dan kerana atas dasar ingin mempertahankan diri, Sameera telah menembaknya.

Isu ini menjadi sangat sensasi kerana Sameera merupakan isteri kepada seorang usahawan yang kaya dan dikenali. Bagi membela polis yang dibunuh (yang dianggap tidak bersalah), kerajaan telah melantik seorang peguam yang terkenal dengan kejayaannya di dalam setiap kes yang dikendalikan. 

Kes ini telah disiasat oleh seorang pegawai polis bernama Vikram (Adivi Sesh) tetapi Vikram merupakan seorang polis yang korup di mana setiap tugas yang dilakukan perlu dibayar dengan sejumlah wang yang banyak. Dia yang telah mengambil suapan dari Sameera, pergi berjumpa dengannya untuk membantu siasatan.

Maka, bermulalah siasatan, di mana ungkapan demi ungkapan, kebenaran terhadap pembunuhan ini mula diketahui. Bukan itu sahaja, terdapat satu lagi kes yang berlaku  setahun yang lepas iaitu kes orang hilang turut ada kaitan dengan kes ini.

Semakin lama siasatan, semakin banyak kebenaran terbongkar. Jadi, adakah benar Sameera yang membunuh atau ada dalang disebalik kejadian ini? Atau motif dia membunuh hanya untuk membela diri? Atau adakah Sameera diperangkap atau terperangkap? 

Pendapat Mimi mengenai filem Evaru


Untuk filem Evaru ni Mimi rate 9/10. Sebab apa 9/10 jangan ditanya. Hahaha.. Suka hati dak Mimi lah nak rate berapa pun. Kah! Ala selalunya Mimi rate kurang tu mesti ada beberapa babak yang tak kurang sikit. Tapi masih boleh dimaafkan. Itu saja. 

Pada permulaan filem Evaru ni, memang Mimi agak emosi sedikit kerana melibatkan kes rogol di kalangan wanita memang tinggi di negara mereka. Memang agak emosi kerana Sameera perlu melalui beberapa prosedur untuk mengesahkan yang beliau dirogol dengan keadaan emosi beliau yang nampak trauma. Kemudian, beliau begitu bersemangat untuk membela diri dan kaum wanita lain daripada menjadi mangsa kerakusan nafsu serakah! Masa ni memang berkobar kobar rasanya sebab seorang wanita yang dirogol cuba bangkit untuk membela diri dan kaum wanita yang lain. 

Tapi semuanya jadi pusingan 360 darjah apabila Vikram seorang pegawai polis datang untuk membantu Sameera menyelesaikan kes ini. Semakin lama siasatan dilakukan, semakin banyak plot twist berlaku. 

Korang kalau tengok filem ni kena beri tumpuan 100% tanpa ada sebarang gangguan. Nanti korang tak faham sebab plot twist gempak sangat. Mula mula macam ni kemudian jadi lain pula. Tapi paling best, di akhir filem ini akan ada plot twist yang akan buat korang tercengang. 

Perlu di ingatkan, filem ini kurang sesuai ditonton dengan anak anak bawah umur ya. Pelakon wanitanya memang berpakaian agak daring. Kemudian ada beberapa babak yang 18sx memang tidak sesuai ditonton anak anak. Tapi babak 18sx tu tak lah keterlaluan pun tapi tetap juga tak sesuai untuk ditonton bersama anak anak bawah umur. Sebab babak yang sama itu akan diulang berkali kali. Kalau nak tengok filem ni, tengok sorang sorang sudah. Hahaha.. 

Korang yang suka filem yang berunsurkan thriller dan penyiasatan sesuai sangat tonton filem Evaru ni. Plot twist terbaik dan padat. 

21 Comments

  1. Jalan cerita best ni. Boleh masuk dlm list nanti

    ReplyDelete
  2. Lama tak tengok filem tamil. Walau x logik, tp tetap layan kan.

    ReplyDelete
  3. Sis pun tersampuk gak tengok Tamil, sampai anak pun cakap, Mak dah kenapa tengok Tamil hahahaha...tapi yang ni tak tengok lagi..nanti nak tengok laaa, macam best je..

    ReplyDelete
  4. Cite tamil ni walaupun tak togik tapi best. Kadang2 cite dia lagi best berbanding cite yg ada kat malaysia. Dah lama tak layan cite tamil. Dulu dok layan cite sivaji the bos

    ReplyDelete
  5. filem tamil ni husband suka tengok. nanti aten bgtau dia pasal cerita ni. thank you share

    ReplyDelete
  6. Nanti boleh la tonton dengan suami. Nampak genre filem ni berat juga sebab polis kan?. Tq sebab suggest filem ni.

    ReplyDelete
  7. mommy dok cari link dekat fb tak jumpa-jumpa. memang nak tengok sesangat ni

    ReplyDelete
  8. saya memang peminat telugu. kena cari ni. tapi selalu tengok kat youtube je. limited cite yang ada subtitle

    ReplyDelete
  9. Wow!!!!!! Sounds like an interesting film. Since you rate it 9/10 I need to check it out too.

    ReplyDelete
  10. musim PKP ni ramai yg share movie...byk list movie nk tgk ni hehe tp movie tamil tk pernah lg tgk

    ReplyDelete
  11. FilemTamil selalunya memang bagus cuma kdg malas nak tgk sebab tak kenal heronya dan heroinnya tak macam filem Hindi. Bahasanya lak kasar tp kdg kala tertgk gak... nanti klu ada filem ni nak tgk la sbb u rekomen bagus.

    ReplyDelete
  12. Genre thriller merupakan genre yg saya sangat suka. Nampak gaya nak kena cari jugak filem ni. Nak tonton, dah lama jugak tak tonton filem tamil.

    ReplyDelete
  13. Tu dia, semua cerita ada..ehhee..nad ni duk layan cerita omputih, je..kihkih..Hindustan la..

    ReplyDelete
  14. ada terbaca juga review citer ni, mostly kata best juga la. nanti kita tgk

    ReplyDelete
  15. Betul2 saya setuju! Kdg Filem Tamil ni memang menarik untuk ditonton. Jalan cerita dia lebih out of box, bagi saya! :)

    ReplyDelete
  16. Macam menarik filem ni. Nanti nak tengok. Sebab saya suka juga filem camni. Hehehehe

    ReplyDelete
  17. Macam best je ni. Boleh lah masuk dalam movie list tarik selimut depan TV lepas ni hehe

    ReplyDelete
  18. Cerita hindustan makin lama. Makin best ditonton... nanti nak cari and tontonla

    ReplyDelete
  19. menarik, mimi.
    india, samada tamil or hindi now, diorang dah pandai beralih dari kisah cinta ekk.
    plot yg ohsem. then, mostly involved kisah polis, mahkamah, kes rogol, kes culik.
    perkara ni mesti dikupas. sebab ia benar2 terjadik kan. tapi tula , negera kita kurang ke arah movie genre berat gini. involving pihak2 berkuasa.

    ReplyDelete
  20. Kadang i pun layan movie hindustan, their movie memang drama sangat macam u cakap la satu bantai 10 and tak penat penat terus bantai lagi lagi. Walaupun tak realistik tapi terhubur juga.

    ReplyDelete
  21. Baca sinopsis je pun dah mendebarkan tapi akak x berapa layan cite tamil.dh skrg..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie