Resipi Sotong Masak Tiga Rasa Cara Mimi

Resipi Sotong Masak Tiga Rasa Cara Mimi

Resipi Sotong Masak Tiga Rasa Cara Mimi | Bila memasak ni kita kena jadi kreatif kan. Kalau tak cukup 1 atau 2 bahan bukan alasan tak nak masak. Boleh pejam mata lagi kalau tak cukup 1,2 bahan kalau lebih Mimi pun tak nak masak sebab feel tu tak ada. Hahaha...

Time PKP ni memang habis semua platform Mimi explore nak cuba resipi baru punya pasal sambil otak duk ligat fikir bahan yang diperlukan ada ke tak kat dapur. Kalau tak ada 1,2 bahan tu kira on jelah. Fikir punya fikir semalam Mimi decide nak masak sotong tiga rasa tapi resipi ni Mimi derhaka sikit tak ikut sangat resipi asal. Tapi tetap sedap tau.



Jom baca selanjutnya cara nak masak sotong tiga rasa ni. 

Sotong Masak Tiga Rasa Cara Mimi


Bahan bahan

Sotong (bersihkan dan potong kepada bebeapa bahagian. Kalau ada telur jangan buang, boleh masak sekali)
1 biji ubi kentang (potong 12 - saiz besar)
Serbuk kunyit
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili padi
3 biji lada merah
2 batang serai
Sedikit kicap lemak manis
1/2 cawan Air Asam Jawa
Garam dan gula secukupnya

Hiasan 
1 biji lada merah dihiris serong
7 biji cili padi
Daun bawang dihiris sederhana

Cara menyediakan

1. Gaul ubi kentang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak. Ketepikan. 
2. Bawang merah, bawang putih, lada merah dan cili padi dikisar. (resipi asal ada belacan dan semua bahan ditumbuk) - dak Mimi derhaka part ni lah
3. Tumis bahan yang dikisar dan masukkan juga serai yang diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan sotong dan telur sotong (jika sotong ada sekali pakej telur, tak ada tak perlu)



5. Gaul rata. Kemudian masukkan air asam jawa, kicap, garam dan gula.
6. Jangan lupa masukkan ubi kentang yangvtelah digoreng tadi.
7. Akhir sekali masukkan bahan hiasan lada merah, cili padi dan daun bawang. Gaul sehingga sebati, rasa kuah dah cukup semua perasa boleh tutup api. Dah siap untuk dihidang.

Sedap juga masak sotong tiga rasa ni. Suami siap puji sedap, kembang semangkuk jari jemari ni..hahaha..Hah kira cukup tiga rasa tu, masam, manis dan pedas! 

Resipi ni sebenarnya ada belacan tapi rumah tak ada stok belacan boleh saja. Lepas tu bahan bahan utama untuk ditumis tu kena tumbuk tapi Mimi nak cepat, kisar pun boleh janji masak. Dah nama pun kalau masak kena kreatif, pantas dan tuntas kan.


Resipi lain : Resipi Sambal Ayam Mak Mertua Mudah dan Sedap

Sebab tu Mimi letak tajuk Resipi Sotong Masak Tiga Rasa Cara Mimi sebab memang tak sama cara masak dengan bahan yang tak cukup. Selain tak ada belacan, air perahan limau dan kiub pati knorr dalam resipi asal pun tak ada juga. Kicap tu patut guna kicap manis sahaja tapi di rumah ada kicap lemak manis, Mimi belasah je. Janji jadi dan sedap. Dah nama pun Sotong Masak Tiga Rasa Cara Mimi hah gitu!

Jangan ada makcik Kiah Sotong datang kecam sudah. Sedangkan Dato' Rizalman pun dia kecam sampai Dato' lockdown dari memasak minggu lepas, ini kan pula dak Mimi yang picisan ni. Lagi legend Mimi masak guna kuali hitam legend! Sambil flip tudung, ada Mimi kisah. Janji suami puji sedap, cukup! Gitchuu!!

Jangan lupa cuba resipi sotong masak tiga rasa ni tau! Memang sedap meletopss! 

20 Comments

  1. Akak pun ada order sotong baru ni..nak masak la hari ni...tp nk masak style akak sendiri dan dan cipta new resepi..

    ReplyDelete
  2. rajinnyer mak msk sotong tiga rasa., ;p

    ReplyDelete
  3. tk pernah lg masak sotong tiga rasa..slalunya masak ikan 3 rasa...sedap tu..lapar plak

    ReplyDelete
  4. aduhai. sedap nyer mimi. love it!
    rumah aida sentiasa ada belacan, meskipun jarang guna.
    ada la skit, buat stok tetiba mak abah dtg, nak tumbuk sambal belacan :)
    telur sotong aida suka tau.
    aida sorang je makan. anak2 dan asben x makan.
    so tiap kali pilih sotong, sengaja pilih yg ada telur!

    ReplyDelete
  5. sotong ni lauk paling feveret tak kisahlah masak jenis apa sekali pun semua telannn

    ReplyDelete
  6. menarik gak ni. boleh di cuba. haritu saya baru masak sotong sweet sour

    ReplyDelete
  7. wa Mimi can cook! The Sotong Masak Tiga Rasa looks yummy. Thanks for sharing the recipe so that we can try at home

    ReplyDelete
  8. terima kasih share resepi. kalau saya, saya suka sotong celup tepung, tapi sebenarnya sejua menu yg gunakan sotong saya suka.

    ReplyDelete
  9. Sotong 3 rasa ni resipi ubahan siakap 3 rasa ke sis.. Hihi kena cuba gak ni.. Kita baru try siakap tadi

    ReplyDelete
  10. Sotong dh habis.. Esok baru nak p pasar.. Hehhee.. Lama tak makan sotong ni.. Sedp nya..sotong masak ape pun sedp

    ReplyDelete
  11. sotong pun boleh masak tiga rasa. mommy selalu masak sambal dan hitam je. boleh try nanti

    ReplyDelete
  12. Tak pernah lagi makan sotong 3 rasa, selalu ikan je. Boleh lah cuba nanti. Nampak cam sedap je

    ReplyDelete
  13. Wala wei... siakap 3 rasa dah, ni sotong 3 rasa pulak... tak pernah masak macam nih, boleh try masa buka pose nanti dap...dap!

    ReplyDelete
  14. alahaiii menariknya gambar sotong tiga rasa tu mesti sedapkan..Boleh la cuba nanti..nampak menarik :) Thanks for sharing :D

    ReplyDelete
  15. sehari dua ni byk org share pasal sotong. agaknya kena makan sotong jugak la ni

    ReplyDelete
  16. Masakan simple tapi tetap nampak menyelerakan. Esp makan dengan nasi panas

    ReplyDelete
  17. Perghh terliur nengok pepagi ni haa..boleh cuba ni nanti buat menu berbuka...

    ReplyDelete
  18. Wah sotong lagi adui.. besok sahur kalau rajin kita Cuba try buat menu macam ni.. telan air liuq tengok ni haha

    ReplyDelete
  19. Wahhhh.......... nice sotong! I love sotong! Thanks for sharing the recipe.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie