Resipi Sardin Masak Lemak Lada Hijau

Resipi Sardin Masak Lemak Lada Hijau | Bila duduk berkurung dalam rumah ni masuk bab memasak kena jadi kreatif. Apa saja bahan yang ada di dapur guna saja untuk masak asalkan jadi. Mimi teringin nak makan sardin masak lemak cili padi. Sebelum ni pernah buat memang sedap tapi stok cili padi dah habis pula. Kebetulan dalam peti sejuk ada lada hijau saja.

Otak mula jalankan fungsinya untuk memikir. Akhirnya Mimi buat juga sardin masak lemak tapi guna lada hijau. Jadilah sardin masak lemak lada hijau. Sedap tau. Jom tengok bahan apa diperlukan dan cara masak sardin masak lemak lada hijau. 


Sardin Masak Lemak Lada Hijau


Bahan bahan

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji lada hijau
1 inci halia
1 tin besar sardin (asingkan sardin dan kuah sos sardin dan cuci bersih)
1 biji ubi kentang dibelah 12
2 batang serai diketuk
Air
Sedikit serbuk kunyit
Santan
Garam

Cara menyediakannya

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan lada hijau.
2. Masukkan sardin, serai, serbuk kunyit, ubi kentang dan bahan yang dikisar ke dalam periuk. Masukkan air. 
3. Biarkan sehingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan santan dan garam. 
4. Kacau kuah sehingga santan sebati. Biarkan sehingga mendidih. Dah siap!



Senangkan. Memang sedaplah makan dengan nasi panas. Yang penting kuah pekat dan likat. Tu yang sedap. 

Cara masak ni bukanlah cara pure orang Negeri Sembilan masak lemak cili padi tu tau. Kalau yang tu langsung tak menggunakan bawang dan halia tau. Masak lemak ni macam macam versi. Versi Mimi masak ni ada bawang. Jangan keliru pula ya. 

Selamat mencuba! 

Post a Comment

19 Comments

  1. Waduhh sedapnya.. kebetulan akak duk.menung tgk sardin akak.ni terfikir nk masak apa

    ReplyDelete
  2. Adui . Sedapnya Kak . Kecur air liur Yana .

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing! Looks so yum! Cant I go to your house? Yummy!

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap. Sis tak pernah masak sardin masak lemak macam ni. Lepas ni boleh try style ni pulak.

    ReplyDelete
  5. sardin gini aida lom pernah try, mimi.
    asyik la ulang tayang sambal sardin. kegemaran anak2 le kata kan.
    sesekali buat lain dari yg lain, anak2 aida ni pakai ke tak ekk :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. Pertama kali dengar sardin masak cara begini selalu masak kari ada la... nak cuba laa...

    ReplyDelete
  7. First time junpa resepi camni. menarik jgak kan olah resepi camni. nampak sedap je

    ReplyDelete
  8. Lebih kurang macam masak lemak biasa sahaja kan? Biasa saya juga suka buat masak lemak sardin. Kadang masak kari pun sedap. Resipinya mudah nak disediakan.

    ReplyDelete
  9. Ya betul, masak lemak mcm2 cara, ikut cara kita dan kehendak kita mcm mana kita nak buat. Tengok resepi sardine ni terliur pulak sis dibuatnya. Nasib baik tgok memalam..hehehe

    ReplyDelete
  10. Wow sardin masak lemak hijau pula.. Nnt nak cuba la.. Selama ni duk makan sambal sardin je. Kena tukar menu ni

    ReplyDelete
  11. Macam-macam resepi sebenarnya sardin ni Boleh di olah. Hahaha. Untung sardin

    ReplyDelete
  12. Azwar masak lepak memang failed. Sardin masak lemak tak pernah cuba lagi, nampak macam sedap ini. Nak cuba buatla nanti.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah masak sardin macam ni. Tak pandai tp boleh la cuba juga buat nanti 😊

    ReplyDelete
  14. First time dengar sardin masak lemak hijau at it is so interesting. Nampak sedap, maybe boleh try untuk berbuka nanti hehe

    ReplyDelete
  15. Sardin ni macam macam menu boleh masak. Ni menu baru yg kami jumpa. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  16. Ok nanti nak buat resepi nih... husband memang suka sangat sardin... kalau boleh nak makan lauk sardin selalu, tapi kita jemu pulak boleh pelbagaikan menu..

    ReplyDelete
  17. Tak pernah lagi cuba sardin masak lemak, tapi nengok macam sedap, ramai juga dah cuba kan..nanti nak try gak laaa

    ReplyDelete
  18. Rachel HuiXin
    Sedapnya. Nanti I jgk nk try recipe nie

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com