Resipi Sambal Ayam Mak Mertua Mudah dan Sedap

Resipi Sambal Ayam Mak Mertua Mudah dan Sedap

Resipi Sambal Ayam Mak Mertua Mudah dan Sedap | Perasan tak sejak dua menjak ni, blog Mimi penuh dengan pelbagai resipi makanan. Bila dah duduk berkurung dalam rumah memang memasak sajalah kerjanya ye tak. Setiap kali masak snap gambar update resipi.

Rasa satu kepuasan pula bila lepas masak kita kongsi resipi dengan orang lain. Kali ni Mimi nak kongsi resipi sambal ayam tapi resipi ni versi mak mertua Mimi. Yang penting mudah dan sedap tau! Kalau versi family Mimi lain sikit. Senang cerita mana yang kena dengan tekak suami itu yang Mimi belajar.

Hah nak tahu resipi sambal ayam mak mertua Mimi tak? Jom baca lanjut resipi sambal ayam ni.


Resipi Sambal Ayam Mak Mertua


Bahan bahan

15 ketul ayam (dilumur dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng)
1 1/2 biji bawang besar ( 1/2 biji dihiris, 1 biji lagi dikisar) 
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sdt jintan manis
Cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
Sos cili
2 batang serai di ketuk
Gula dan garam secukupnya

Cara menyediakannya

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan jintan manis. 
2. Tumis bawang besar yang dihiris dan bahan dikisar hingga naik bau. 
3. Bila bahan tumisan dah naik bau dan masak, masukkan cili kisar dan serai. Kuantiti cili kisar bergantung pada citarasa masing masing nak letak banyak mana. Kemudian, biarkan sehingga cili garing dan pecah minyak.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa, gula dan garam. 
5. Akhir sekali masukkan cili sos dan gaul. Kalau nak sambal berkuah boleh tambah air. Terpulang. 
6. Bila sambal dah siap, boleh rasa. Cukup rasa semua boleh diangkat dan dihidang. Siap! 



Senang saja kan. Kalau sambal ayam versi keluarga Mimi, kami tak letak pun jintan manis, air asam jawa dan serai tu. Sedap juga. 

Sebenarnya nak masak ni tak perlu tunggu semua bahan ada pun boleh, mana ada guna saja asalkan jadi resipi tu kan. Tapi disebabkan Mimi masak memang ikut selera suami, Mimi memang akan ikut resipi mak mertua. Kalau bahan tu dah habis memang suruh suami pergi beli. 

Jangan lupa cuba resipi sambal ayam mak mertua Mimi ni tau. Memang sedap. Lagi sedap bila digabungkan makan dengan kuah kacang dan nasi impit. Memang makan tak pandang kiri kanan dah. 


23 Comments

  1. Waduhhh sedapnya mimie.. akak masak.sambal.ayam x penah letak serai. Boleh Cuba letak.nanti mesti wangi kan

    ReplyDelete
  2. lebih kurang sama resepi kita.
    just, resepi mak aida, aida folo, xde jintan manis, mimi.
    masak merah ni memang wajib during hari raya. pagi raya.
    makan dgn lodeh.
    makan gitu je dgn ketupat, lemang.
    wow! rinduuuuu nak raya dgn famili, mimi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh. aida da komen sini, mimie :)
      ni time blogwalking giveaway mamapipie la ni ari tu.

      Delete
  3. Amboi sdpnya

    http://www.opzzpinky.my/2020/04/segment-share-resepi-perintah-berkurung.html?m=1

    ReplyDelete
  4. sedapnya sambal.. boleh cuba nie..
    good luck ye.. sha singgah sini..

    ReplyDelete
  5. wah..sedapnya sambal ayam. makan pula dengan nasi panas2..kalau ada acar lagi urhm...

    ReplyDelete
  6. Sedapnye sambal ayam nie..nd suka masak letak jintan tue..rasa dia lain dari sambal ayam biasa yg kita buat.. Tiber nk buat menu tuk buka ari nie..hihii..

    ReplyDelete
  7. saya tak goreng ayam. saya main lepas je. taknak garing. semua suka makan yang lembik. yang lain lebih kurang dengan resepi saya

    ReplyDelete
  8. Lebih kurang macam resepi abah LH. Tapi tak campur jintan manis. Sos cili pun letak sebelum masukkan ayam.

    ReplyDelete
  9. seronok ada mak. Mertua yang bertukar2 resepi. mudah je nampak resepi tu boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  10. Nak cuba la cara ayam masak sambal mak mertua mimi ni... mudah nampak tapi guna cili bih ke kisar cili kering?

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap la resipi sambal ayam ni. Selakunya Sis masak sambal ayam tak letak jintan manis. Nanti Sis cuba resipi ni pula.

    ReplyDelete
  12. Firstime letak jontan manis tu.. Boleh cuba ni.. Sebab bahan lain mmg sama juga. Masak ni memng ada pelbagai cara. Asalkan sedap dan nampak rupa.. Hehe

    ReplyDelete
  13. Wah sedapnya. Sekarang ni memang ramai blogger yg kongsi tentang makanan. Bila blogwalking je mesti terliur dgn makanan.

    ReplyDelete
  14. wahhh nampak sedap..ouh guna serai ye..iena masak sambal tak guna serai tapi pernah jugak tengok orang masak guna serai.nanti boleh lah cuba :)

    ReplyDelete
  15. Kalau resepi ayam macam ni, best kalau masak time pagi raya ni, sebab bila makan dapat rasa satu lain dari yang lain...macam juga kari ayam, kalau Sis masak untuk raya, lain sikit bahannya hehehehe..

    ReplyDelete
  16. Sedapnya. Biasanya resepi orang lama-lama ni memang tak dapat disangkal lagi mudah dan sedap hahaha. Kena masuk dalam list ni. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  17. Resipi yang mudah dimasak dan sedap pasti menjadi carian di bulan puasa ni. Bolehlah kami cuba resipi ni nanti

    ReplyDelete
  18. Oh jadi ni resepi mak mertua la ye.. so nama resepi ni pun terus melekat nama mak mertua la ye. hehe.. terima kasih nampak menarik

    ReplyDelete
  19. Fuhh macam mana nak kurus2 ni kalau resipi share2 ni semua menarik selera je ni.. Huhu nk cuba

    ReplyDelete
  20. Ayam masak macam ni memang kegemaran saya. nak nak yang mak saya buat. kalau berhari makan yang tuje pun takpe. hahaa

    ReplyDelete
  21. Lauk paling disukai! Ayam masak sambal. Ayam masak merah. Memang kena selera setiap masa. Cuma nak masak hari2 takle la huhu.

    ReplyDelete
  22. Saya tak pernah lagi letak serai kalau masak sambal ayam. Btw saya singgah dari segmen yang sama.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie