Resipi Kek Minyak Marble Kukus Yang Mudah dan Sedap

Resipi Kek Minyak Marble Kukus Yang Mudah dan Sedap | Semalam sibuk anak dara Mimi yang seorang tu, Auni nak tolong buat kek. Bila dah ada anak kecil ni timing mesti kucar kacir. Nak masak lagi, nak buat kek lagi, nak bagi baby susu lagi. Terlejar kejar oi.

Nanti suami balik kerja nak makan lagi. Anak dara sibuk nak kek. Hah penyudahnya Mimi decide projek buat kek biar Auni handle. Mimi masak. Bahan bahan pun dia tolong sediakan dan ada juga Mimi bantu sikit sediakan bahan. Nak buat kek semua dia. Sambil sediakan bahan bahan nak masak untuk makan malam, Mimi bagi arahan pada Auni.



Nak tahu resipi kek minyak marble kukus yang mudah dan sedap ni? Baca selanjutnya.

Kek Minyak Marble Kukus


1 cawan minyak (Mimi campurkan minyak jagung dan minyak masak)
5 biji telur gred B
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor (kalau suka manis jadikan sukatan 1 cawan)
1 sudu besar ovalette
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar serbuk koko

Cara menyediakan

1. Masukkan minyak, telur, susu pekat, gula kastor dan ovalette ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang dengan mixer.
2. Bila adunan dah kembang dan warna sedikit keputihan masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit.
3. Adunan dah sebati, bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian adunan campurkan dengan serbuk koko dan gaul sebati.



4. Sapukan sedikit marjerin ke seluruh loyang kek. Kalau nak lapik kertas minyak pun boleh. Kalau tak nak pun tak apa. 
5. Masukkan adunan ke dalam loyang. Secara berselang seli sehingga adunan habis.
6. Kukus kek selama satu jam atau sehingga kek masak. 

Untuk percubaan Auni buat kek, hasilnya kira memuaskan. Walaupun ada lubang lubang pada kek tapi okaylah kan. Mimi lupa nak pesan pada Auni ketuk ketuk loyang kek bagi adunan tu penuh. Tapi tak apalah kan. Janji kek minyak marble kukus ni jadi.



Auni pun baru darjah 3 tak adalah Mimi expect kek dia tu sempurna sangatkan. Budak umur 9 tahun buat kek, faham faham sajalah. Baru pertama kali pula tu, kejadian kek tu dah dikira sempurna kan. Lepas ni boleh ajar dia buat kek lain yang mudah disediakan pula. 

Post a Comment

19 Comments

  1. Wah, pandai Auni buat kek! Kira perfect dah ni 😊

    ReplyDelete
  2. waaaa pandainya kak Auni buat kek. Jeles auntie tau. mesti sedap ni kan. cantik nampak gebu

    ReplyDelete
  3. Dah pandai buat keke wpun umur 9 tahun. Nanti boleh ajar buat menu lain yg simple.mcm.ni lagi.
    Seronok bila ank tolong kte masak kan. 😊

    ReplyDelete
  4. Kek marble ni ya allah sukanya cuma sis tak suka kalau warna coklat. Kalau perisa lain sis ok pulak.

    ReplyDelete
  5. baru je buat semalam tapi tak letak ovalet sebab takdak. jadi keknya tak gebus lah. boleh la buat makan sorang2 je haha

    ReplyDelete
  6. Nampak gebu dan sedap nie..bolelah cuba resepi mimi nie..tq for sharing

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap sgt cake Ini. Thank you for sharing your recipe.

    ReplyDelete
  8. Macam-macam resipi. Sangat menduga keimanan. Rambang mata nak pilih yang mana satu dulu.

    ReplyDelete
  9. Nampal sedap dan mudah. Tq atas resepi nanti bolehla cuba sendiri

    ReplyDelete
  10. Wahhh cantiknya kek dia hehehe jelous kita buat kek tak pernah nak jadi wakakak nak kena mencuba resipi mudah dan cepat ni hehehe ok lah boleh buat nanti...

    ReplyDelete
  11. menjadi tu, nampak sedap sangat kek ni. nanti saya try ya resepi ni. thanks share

    ReplyDelete
  12. Pandainya Auni ikut arahan buat kek nih, cantik kejadiannya... lembut dan gebu
    bukan biasa-biasa yang mengajar Auni buat he he he.. hr tu Bonde buat cake marble ni juga tapi versi bakar..

    ReplyDelete
  13. Wowww nampak moistnya,..mesti sedap ni sebab kukus, Sis suka versi kukus dari bakar..boleh cuba ni nanti..

    ReplyDelete
  14. Alahai comel...
    Ok la tu. Acik Aida pun x pandai sgt buat kek, Auni.
    Cantik sgt dah tu. Kalau dpt bagi acik Aida 1 slice lagi best :)

    ReplyDelete
  15. Hmm.. Sedapnya tgk kek marble klu kukus lg sedap rajin buat kek, kak masa anak2 kecik rajin tp skrg dah mls dah..

    ReplyDelete
  16. Bestnya cantik je kek sis buat.. Kawasan za ni nak cari ovalette pun payah.. Haha semua rajin sgt baking kot..

    ReplyDelete
  17. I am so going to ask my mom to do this too! Recently she wanted to bake cakes~

    ReplyDelete
  18. Nampak senang ni...nak cari ovallet la..barang lain semua ada

    ReplyDelete
  19. Mmg mabeles.la kek.marble mimie Ni nampak sedap Dan gebu

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com