Resipi Ikan Siakap Tiga Rasa Chef Hanieliza

Resipi Ikan Siakap Tiga Rasa Chef Hanieliza

Resipi Ikan Siakap Tiga Rasa Chef Hanieliza | Bila duduk terperap lama di rumah sebab PKP, sampai tak boleh nak fikir masak menu apa. Nasib baik di rumah ada buku buku resipi yang Mimi beli. Apa lagi selak buku resipi cari idea lah kan.

Buku resipi yang Mimi rujuk mestilah koleksi resipi Chef Hanieliza. Selak punya selak, Mimi dapat idea nak masak apa. Kebetulan di rumah ada semua bahan. Apa lagi, terus decide nak masak Ikan Siakap Tiga Rasa. Jom baca selanjutnya resipi Ikan Siakap Tiga Rasa.


Resipi Ikan Siakap Tiga Rasa Chef Hanieliza


Bahan bahan

Seekor ikan siakap
Tepung jagung
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Gula
Air

Hiasan :
Lada merah dihiris serong
Lada hijau di hiris serong
Tomato belah 4
Daun Bawang
Sedikit daun ketumbar (optional)





Cara menyediakan

1. Salut ikan dengan tepung jagung dan goreng hingga garing dan ketepikan. 
2. Tumis bahan yang dihiris hingga naik bau. 
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, gula dan air. 
4. Gaul sebati. Agak agak rasa kuah dah okay semua bolehlah curahkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi. 
5. Akhir sekali, taburkan lada merah, lada hijau, daun bawang, tomato dan daun ketumbar. Daun ketumbar tu kalau tak ada pun boleh je. Resipi asal tak ada pun tapi Mimi letak sikit je. Derhaka sikit. Dah siap!


Hah ikan tenggelam dek hiasan. Kah! 


Hidangkan dengan nasi putih dan telur dadar memang sedap. Makan bertambah! Sebenarnya memasak ni ikut kreativiti masing masing. Kalau nak pedas letaklah cili padi. Macam Mimi memang buat kuah tak pedas sebab Aina dan Adhwa tak tahan  pedas. Auni dan Mimi saja tahan. 

Jadi, nak mudah kerja buat saja kuah tak pedas semua boleh makan. Selain daripada resipi ikan tiga rasa, banyak juga resipi yang Chef Henieliza kongsikan tau. Ada 500 jenis hidangan. Buku buku resipi Chef Henieliza ni boleh je korang cari di kedai buku Popular, MPH dan banyak lagi. Mimi ada 3 buku koleksi resipi Chef Henieliza ni. 

Untuk newbie yang baru nak belajar masak, korang memang disyorkan sangat sangat beli buku resipi Chef Henieliza sebab resipi yang ada semuanya mudah disediakan dan difahami. 


19 Comments

  1. Resepi Chef Hanielieza tak pernah mengecewakan, Sis ada buku resepi dia pelbagai tu, dan banyak gak dah mencubanya...menu ni kalau buka puasa sok mesti ada masaknya heheheh sedapkan, makan pepanas...

    ReplyDelete
  2. menu siakap tiga rasa mmg fav juga..musim PKP ni blum buat lg...tgu bln ramadhan la masak nanti

    ReplyDelete
  3. Sis ada buku Chef Hanielieza ni...1 hari 1 resipi. Boleh rujuk situ sebab banyak menu yang disediakan.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya alahai.. bolehlah nanti masaknbuat buka puasa

    ReplyDelete
  5. wahh resepi chef hebat ni. boleh la try nanti thanks share resepi

    ReplyDelete
  6. Nyumnyum. Sedapnyaa tengok. Haritu baru bjat.. Hehehe. Tapi sayur takde banyak sangat. Ada tiga sos tu dh kira okla.. Hehhe

    ReplyDelete
  7. sisyat suka sangat dngan siakap. masak apa saja, telan semua..hehe
    tp paling suka siakap stim la.. :-)

    ReplyDelete
  8. aduh, mimi. ngencesss!
    aida ada 2 buku resepi k liza. beli direct dgn dia.
    resepi kak liza is easy to follow and gerenti jadik punyer lah kan.
    dah nak puasa ni, mimi, lom top up pun freezer dgn brg basah tau.

    ReplyDelete
  9. Ok dik. Nie dah ada resipi nie - jangan bagi alasan dah tak reti nak masak ek.

    Itu skrip Rawlins bagi kat adik hehe

    ReplyDelete
  10. Akak! Comelnya hasilnya. Colorful betul. A'ah laa.. mudah je resepi nie.

    ReplyDelete
  11. Bella memang ada ya buku resepi Chef Hanieliza ni. Mula belajar masak tgk buku ni. Sedapnya siakap 3 rasa ni. Later i buat.

    ReplyDelete
  12. pergi beli brang dekat econsave perasan ada ikan siakap murah dan sedang je sizenya

    beli 3 ekor

    esok boleh masak ikut resepi awak sharekan ni

    ReplyDelete
  13. Wah sedapnya. Saya kalau makan siakap macam ni selalunya makan dkt kedai siam, tapi time2 ni tak bukaklah pulak. Nak buat sendiri tak reti hehe

    ReplyDelete
  14. kami suka beli siakap juga. nanti boleh try resepi sis ni. thanks share

    ReplyDelete
  15. Wahhhh menarik sungguh tengok ikan tiga rasa pepagi ni. Ya Allah nampak sungguh menyelerakan. Huda memang suka ikan siakap 3 rasa, makan dengan telur dadar pun sedap tu, nasi boleh bertambah.

    ReplyDelete
  16. Nampak meriah dan warna nya mengoda sekali... Hari tu Cik Fatin dah masak Ikan Siakap Stim, bolehlah lepas nih masak Siakap 3 Rasa macam nih.. cuti PKP ni, biar dia belajar masak kat dapur tu.. ilmu jugakan

    ReplyDelete
  17. Haaa bolehla ikut resepi ni nanti dlm bulan puasa nanti. Pening nak masak apa. Terima kasih kongsi resepi ya

    ReplyDelete
  18. Meriahnya lauk sampingan nya. Za mmg suka sgt siakap 3 rasa yg goreng. Lpasni boleh la cuba resipi kak mimi pula

    ReplyDelete
  19. fulamak akak. resepi camni memang fav saya. ada banyak sayur tu lg saya suka. ikan goreng garing-garing.. adoi menduga lapar dah ni. sabar-sabar tengah puasa

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie