Pembayaran Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) Fasa Pertama Secara Berperingkat

Pembayaran Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) Fasa Pertama Secara Berperingkat | Mesti ada yang tak sabar nak tunggu Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN). Yalah ada sesetengah rakyat yang Mimi baca kisah hidup mereka hampir "kering" kerana ketiadaan wang untuk membeli barang keperluan. Bila dah #stayathome ketika PKP ni memang diakui belanja barang dapur meningkat sedikit.
Berita baik buat semua. Pembayaran Bantuan PRIHATIN Nasional (BPN) Fasa Pertama Secara Berperingkat mulai 06 April 2020. Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah buat hebahan mengenai pembayaran Bantuan Prihatin Nasional.

Bagi Fasa Pertama BPN Pakej PRIHATIN, 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan. Pembayaran fasa pertama ini yang berjumlah RM5.63 billion akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020 (Isnin). 
Pecahan penerima bantuan adalah seperti gambar di bawah :



Jadual pembayaran BPN yang diberikan kepada mereka yang layak adalah seperti jadual berikut : 

Tempoh permohonan baharu dan rayuan BPN dibuka dari 1-30 April 2020.
Bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar benar layak, proses semakan atas permohonan baharu dan rayuan akan dibuat dan bagi mereka yang diluluskan bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020.


Semua rakyat Malaysia diingatkan supaya berhati hati agar tidak mudah terpengaruh dengan kelicikan dan penipuan scammer yang semakin berani mengambil kesempatan ke atas penerima BPN ini.

Buat mereka yang telah diluluskan BPN jangan lupa semak akaun masing masing mulai 6 April ini ya. Tahniah buat mereka yang telah diluluskan BPN. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Nad baru isi tadi siang borang permohonan. Sebelum ni tak pernah dapat bsh, alhamdulillah lepas. dan permohonan diterima..tunggu jela nanti

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Allah mudahkan kerja Kita yang memerlukan.. melalui government.. Semoga cepat hapus wabak covid 19 ni... Amin ya Rabb

    ReplyDelete
  3. Akak dah check hari tu.x sangka layak...kena tunggu la selepas 8hb nanti

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com