Order Kek Bajet RM10 Viral dari MumMyra Bakery

Order Kek Bajet RM10 Viral dari MumMyra Bakery | Sebenarnya dah lama sangat teringin nak makan kek tau. Sejak mengandungkan Amani lagi teringin makan kek tapi terpaksa lupakan niat nak makan kek tu sebab ada GDM.

Tapi bila dah lama sikit habis pantang keinginan nak makan kek datang. Hah apa lagi. Kebetulan kelmarin masa skroll fb ternampak satu posting friendlist di fb pasal kek bajet RM10 yang dia jual. Katanya ada cod di area Lukut dan Springhill. Memandangkan dah dekat sangat area rumah, Mimi cuba nasiblah tanya ada tak buat cod area rumah Mimi.



Jadi, Mimi deal dengan owner dan runner kek tu. Deal punya deal alhamdulillah runner cakap boleh. Apa lagi order kek tak ingat dunia lah. 

Mimi order kek bajet RM10 viral perisa blueberry, mangga cheese lava dan 2 set blueberry cheese tart. Total semua RM40 saja. Untuk runner caj cod bg byhand. Duit kek Mimi bayar online. Senang.

Kek Bajet RM10 Blueberry

Mangga Cheese Lava

Blueberry Cheese Tart

Blueberry Cheese Tart

Pukul 4 lebih petang, runner sampai depan rumah. Ambil order dan Mimi bayar caj cod. Alhamdulillah dapat juga makan kek walaupun kek bajet RM10 saja. 

Mimi memang makan mangga cheese lava sorang lah. Anak anak pula makan kek bajet RM10 perisa blueberry. Cheese tart kitorang makan sama sama. Sebungkus makan sebungkus lagi simpan. 

Semua sedap tau sama ada kek mahupun cheese tart. Dari segi harga berbaloi sangat dengan harga RM10 tu setiap satu. Ingat lagi, dulu dulu masa Mimi susah, tak mampu nak makan kek walaupun teringin sangat. Yelah dulu kan harga kek mahal payah nak dapat kek dengan harga yang murah. 

Tapi sekarang ni nak makan kek bila bila masa saja pun boleh sejak ada peniaga yang jual kek murah viral ni. Secara tak langsung dapat juga bantu mereka yang kurang berkemampuan merasa makan kek dengan harga yang murah kan. Betul tak?

Selain daripada kek dan cheese tart, MumMyra Bakery ada juga jual bombolini, pavlova, durian crepe, brownies dan banyak lagi dengan harga yang murah dan berpatutan. Yang tinggal di sekitar Port Dickson dan berhampiran bolehlah dapatkan kek bajet RM10 viral ni dari MumMyra Bakery. Boleh berhubung dengan owner terus Myra Kek

Post a Comment

5 Comments

  1. Woww.. sedappnyaaaaaa... Terliur pulak.. boleh tahan murah gak ea.. bagus ada jual harga macamni kalau rasa sedap, berbaloi baloi lahh

    ReplyDelete
  2. murah tu harga untuk sebiji kek, sesekali memang teringin nak makan benda manis kan mimi. Dapat plak order skali dengan cheese tart sedapnya ;)

    ReplyDelete
  3. Blueberry Checess tard tu sedapnyela hai... fav tu, kalau dekat nak oder juga

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tgok mango kek tu...betul ke harga dia RM10...

    ReplyDelete
  5. ok la tu.
    reasonable price, mimi.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com