Kemalangan di Highway Seremban Angkara Pemandu Mabuk, Ini Langkah Perlu di Ambil Jika Kereta Dilanggar dari Belakang

Kemalangan di Highway Angkara Pemandu Mabuk, Ini Langkah Perlu di Ambil Jika Kereta Dilanggar dari Belakang | Malang tidak berbau, pepatah yang memang kita biasa dengar. Selalunya pepatah ini akan dikaitkan dengan suatu kejadian atau kemalangan yang tidak ingini. Walaupun kita sehabis baik berhati hati di atas jalan raya tetapi musibah tetap berlaku. Bukan kerana kita puncanya tetapi orang lain.

Begitulah yang suami Mimi hadapi petang semalam. Di kala sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa, Mimi lihat ada notifikasi missed call daripada suami. Bila call dia semula, dia beritahu dia terlibat dengan kemalangan. Bertubi tubi tembakan soalan Mimi tanya dia. Alhamdulillah suami selamat cuma dada dia sakit terhentak pada stereng. Bahagian belakang kereta agak teruk.



Kemalangan di Highway Seremban Angkara Pemandu Mabuk


Suami yang baru balik dari Senawang (baru lepas hantar bos ke rumah selepas habis kerja) lalu highway untuk pulang ke rumah. Cuaca ketika  itu hujan dan jalan agak licin, suami drive di lane 3 dengan kadar kelajuan 60-70km/j (suami Mimi memang drive perlahan, isteri dia saja yang drive laju kah!). Tiba di highway berhampiran dengan NSK Seremban, kereta dilanggar dari belakang dengan kuat.

Menurut suami dia cuba tekan brek perlahan lahan tetapi brek tidak berfungsi. Ketika itu, kereta dah berpusing pusing. Nasib baik suami tak panik, dia kawal stereng dan langgar divider tepi jalan dengan bahagian belakang kereta untuk hentikan kereta. Bahagian hadapan kereta okay cuma yang teruk bahagian belakang. Sport rim yang baru guna tidak sampai setahun patah. Bayangkanlah kuat tak kuat kena hentam.

Bahagian kereta yang dilanggar. Sport rim dan tayar patah dan pecah


Suami keluar dari kereta dan dia jumpa dengan pemandu yang langgar kereta kami. Pemandu mabuk tersebut meletakkan kesalahan pada suami. Dia menuduh suami memandu kereta ke kanan ke kiri dan menghimpit keretanya. Suami dah geram masa tu sebab yang salah pemandu tersebut tapi dia pula disalahkan?

Macam mana suami tahu dia mabuk? Sebab bila dia bercakap, bau arak sangat kuat dan depan mata suami sendiri, pemandu tersebut cepat cepat buang plastik yang mengandungi tin arak ke dalam longkang. Cakap tak mabuk tapi buang tin arak depan mata orang (nampak tak tahap kecerdikan pemandu tersebut kat mana?)



Pemandu tu sempat juga ambil gambar suami kerana dia tidak berpuas hati suami marah dia dan cakap dia mabuk. Dah terang lagi bersuluh tapi masih tidak mahu mengaku. Syukur Allah permudahkan semua urusan suami. Ada saksi nampak pemandu mabuk itu yang bersalah kerana memandu dalam keadaan yang merbahaya.

Selepas Kemalangan Apa Yang Patut Dilakukan?

Selepas kemalangan berlaku, suami uruskan dengan lori toink untuk angkut kereta. Saksi dan suami pergi ke balai. Begitu juga dengan pemandu mabuk turut sama pergi ke balai.

Sampai di balai trafik perlu buat laporan berkaitan kemalangan. Laporan dari pemandu kereta yang dilanggar, pemandu yang melanggar dan juga saksi (jika ada). Penting ya laporan polis untuk buka kes. Menurut suami, pemandu mabuk tersebut diarahkan buat ujian alkohol dan keputusannya 100% beliau di bawah pengaruh alkohol. But, guess what? That guy still didn't want to admit his mistake.

Tak apalah tak nak mengaku kan, biar polis jalankan tugas mereka. Dah jelas dan nyata masih putar belit tidak mahu mengaku. Selepas laporan dibuat, suami dipanggil masuk ke bilik pegawai penyiasat kes (IO) untuk tindakan seterusnya iaitu beri statement kejadian sebenar yang berlaku. Setelah selesai semua, boleh balik dan pastikan terima satu salinan laporan polis untuk tujuan claim insurans ke atas insurans kereta pemandu mabuk tersebut.

Oh ya, difahamkan pemandu mabuk tersebut menerima beberapa saman atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, melanggar belakang kereta dan juga disaman RM1000 atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

Jangan Panik, Ini Langkah yang Perlu Di Ambil Jika Kereta Dilanggar dari Belakang


Bila kereta dilanggar dari belakang, apa langkah yang perlu kita ambil? Ikuti langkah langkah berikut  yang telah dikongsikan oleh seorang peguam sekiranya berlaku kejadian tersebut. 

1. Jika ada orang melanggar kereta dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta di tepi jalan kawasan yang lapang dan selamat untuk mengelakkan berlaku kesesakan lalulintas.

3. Selepas pemandu yang melanggar kereta anda memberhentikan kenderaan, ambil telefon bimbit berkamera dan keluar dari kereta.

4. Ambil nombor plat kenderaan dan cukai jalan kenderaan yang melanggar kereta.

5. Apabila pemandu yang melanggar kereta anda keluar dari kenderaannya, sapa ia dengan baik walaupun dalam hati penuh dengan maki hamun (mesti ada kan kan, kah!) dan muka ketat tak mampu nak senyum.

6. Tanya dengan baik kepada pemandu tersebut, kenapa melanggar kereta anda. Sekiranya pemandu tersebut tidak mengaku kesalahannya dan menuding jari pada anda, jangan marah dan bergaduh. Tenangkan diri sehabis baik. 

7. Jika boleh, minta pemandu tersebut kad pengenalan dan lesen memandu. Ambil gambar kad pengenalan dan lesen memandu.

8. Sekiranya pemandu tersebut tidak mengaku akan kesalahannya, jangan paksa dirinya untuk mengaku atau memaksa membayar sejumlah wang atas kerosakan kereta anda. Terangkan kepadanya dari segi undang undang, sekiranya kenderaan lain melanggar kenderaan lain dari belakang, kecuaian berlaku adalah disebabkan kenderaan yang melanggar.

9. Sekiranya pemandu tersebut mengaku kesalahannya, minta dia tanggung kos pembaikan kereta anda (jangan sesekali minta wang). Bawa dia pergi ke bengkel kereta yang biasa anda berurusan untuk menilai kos kerosakan kereta anda.

10. Jangan lupa ambil nombor telefon dan business card (jika ada) pemandu tersebut untuk memudahkan anda menghubunginya.

11. Sekiranya pemandu tersebut berkeras tidak mahu mengaku kesalahannya dan enggan menanggung kos pembaikan kereta anda, jangan marah dan bergaduh atau melakukan kesalahan lain yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah. Biarkan saja dia pergi kerana anda telah ada segala maklumatnya.

12. Pergi ke balai polis berhampiran dan buat laporan kemalangan yang berlaku.

13. Bawa laporan polis tadi ke JPj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kereta yang melanggar kereta anda tadi.

14. Pergi ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta mereka uruskan 3rd party claim untuk membaiki kerosakan kereta anda.

Sumber : Klik Sini

Suami memang ambil langkah langkah seperti di atas. Dia memang akan pastikan kerosakan kereta dibaiki menggunakan 3rd party claim insurans kereta pemandu mabuk yang melanggar kereta kami. 

Dahlah minggu depan ada check up Amani, bila berlaku kejadian begini patah kaki pula sebab itu saja satu satunya kereta yang kami ada dan sebiji motor. Memang plan nak ambil kereta lain tapi bukan masa sekarang ni. Tapi bila dah jadi macam ni memang kena cari cepat jugalah. 

Mimi dah pasrah dan redha. Benda nak jadi nak buat macam mana. Adalah hikmahnya berlaku semua kejadian ni kan walaupun pada mulanya dapat berita kemalangan tersebut Mimi membebel marahkan pemandu mabuk tu di rumah. Siap suruh suami belasah pemandu tu lagi. Hahaha.. Jahat tak Mimi mengajar suami bukan bukan. Nasib baiklah suami Mimi seorang yang sabar dan fikir panjang. 

Dia sendiri cakap ikutkan hati dia nak tumbuk pemandu mabuk tersebut kerana menyusahkan dan tidak mengaku kesalahan. Tapi dia cuba bertenang dan fikir panjang apa implikasi yang berlaku jika dia bertindak sedemikian. Doa kan semoga urusan suami dipermudahkan ya. 

Kawan kawan yang bekerja dan memandu, berhati hatilah di atas jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat! 

Post a Comment

3 Comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan. Terima kasih di atas perkongsian tips.

    Jemput join segmen ni k. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  2. Allah baru lagi kejadian ni ye mimi. Alhamdulillah suami xde pape. Teruk betul pemandu tu dh la mabuk taknak ngaku pula. TQ sharing.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com