Kek Frozen Sempena Hari Lahir Auni

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam 05 April genap umur Auni 5 tahun. Sekejap saja masa berlalu..Terasa macam baru je lahirkan dia...huhuhu...

Sempena birthday dia, Auni request nak kek Frozen. Ermmm.... nak tempah mau cecah RM60++..Nak buat memang malas..Nak nak dalam keadaan macam kungfu panda..

Tapi hati seorang ummi mana lah sanggup nak kecewakan permintaan seorang anak. Sanggup drive jauh semata mata nak beli bahan bahan untuk buat kek dan cari edible image Frozen semata mata nak tunaikan permintaan dan impian anak.

Cabaran nak buat sebiji kek bagi seorang amatur macam Mimi memang mencabar. Nak nak dah lama cuci tangan daripada baking membaking sejak berbadan dua. Rasa kekok sangat nak mendeko. Setakat nak membaking in shaa Allah masih dikekalkan cuma bab mendeko jadi agak kekok. Nak nak bila apa yang kita nak tak menjadi. Rasa give up dan frust jangan cakap. Tapi demi permintaan seorang anak cuba kuatkan semangat berdoa minta dipermudahkan urusan mendeko walaupun dalam keadaan letih. Sejak anak anak dah sekolah dan sejak berbadan dua memang dah latih mata nih tidur tepat pukul 9 malam. Kalau tidur lewat faham faham saja lah.

Tapi demi anak malam sebelum hari lahir Auni, sanggup bersengkang mata bermandi peluh siapkan kek dia. Mata penat jangan cakap. Badan letih Allah saja tahu. Nak nak bila apa kita plan tak menjadi..Lain kita buat lain jadinya. Bukan tak rujuk resipi dah siap rujuk..Tak yakin check semula screenshot dalam phone. Bahan sama cara dah sama tapi hasil tak sama..Mahu tak frust..Tapi bila menghadapi kesukaran tuh duduk diam diam tarik nafas dan berdoa, dapat idea nak tutup kelemahan yang ada. Alhamdulillah akhirnya siap juga kek birthday Auni bertemakan Frozen.

Esoknya bila dia tengok kek birthday, muka punyalah teruja. Siap peluk cakap terima kasih ummi buat kek adik. Masa tuh memang tersenyum dan terharu sebab penat lelah kita dibalas dengan pelukan dan ucapan terima kasih. Untuk kawan kawan Auni pun Mimi tak bagi goodies bag tapi buatkan apam susu yang diletakkan dalam bekas plastik yang dibeli di kedai kek..Buat kelainan..Asyik jajan saja budak budak sekarang ni. So, terfikir buat lain dari yang lain. Pagi pagi dah bangun siapkan apam susu dan masak sekali untuk encik suami yang tengah bercuti. 

Alhamdulillah siap semua walaupun terlambat hantar anak anak ke sekolah.

Syukur sangat semua dah selesai. Rupa kek pun setakat ni alhamdulillah puas hati dan rasanya ni kek terbaik yang pernah Mimi buat. In shaa Allah akan perbaiki dari semasa ke semasa. Banyak belajar dekat youtube...

Buat Auni a.k.a adik SELAMAT HARI LAHIR KE 5 TAHUN. SEMOGA ADIK MENJADI ANAK YANG SOLEHAH DAN TAAT PADA UMMI DAN ABI,DIMURAHKAN REZEKI,DILIMPAHI RAHMAT DAN DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK. KASIH SAYANG UMMI DAN ABI TAK BERBELAH BAGI PADA ADIK. KASIH SAYANG UMMI DAN ABI PADA ADIK SAMA RATA DAN ADIL SEPERTI KAKAK...UMMI MARAH BUKAN UMMI BENCI TAPI NAK ADIK JADI MANUSIA. ABI MARAH BUKAN SEBAB TAK SAYANG TAPI KERANA SAYANG ABI MARAH DAN TEGUR SUPAYA ADIK TAK ULANGI KESILAPAN YANG SAMA.
UMMI, ABI DAN KAKAK SAYANG ADIK SANGAT SANGAT...♡♡♡♡♡♡

Post a Comment

6 Comments

  1. seronok auni dapat kek frozen yee

    ReplyDelete
  2. happy besday auni..
    aamiin

    cantik, puas hati kan hasil air tgn sndiri utk anak. walaupon kita rasa mcm kurang sana sini.

    pa pe pon
    alhamdulillah
    tahniah buat ummi berjaya siapakan kek utk adik. seronokkkan, bila dpt puaskan hati anak anak..
    sy pon last year kemain buat kek utk rania. walaupon thn prtama, rania x ninta. naluri hati keinginan tetap nk buat utk anak tu ade.
    smga dpt diteruskan utk thn akan dtg buat kek utk anak anak dgn air tgn sendiri. aamiin

    ReplyDelete
  3. sedih plak baca... mesti hilang penat bila anak teruja n peluk ucap terima kasih..

    ..tgk kek akk buat bg inspirasi nk buat utk anak sendiri nnti bila dia besar2 auni nnti.. walaupun nurul xpandai baking (penah try tp xpenah jd huhuhu) xpela..kumpul ilmu dr sekarang hehehe

    ReplyDelete
  4. Auni seronok..ummi pun seronok juga malah sama-sama berganda seronoknya.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. happy birthday auni cayang :)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com