Jangan lupa membersihkan penghawa dingin anda untuk udara yang lebih segar dan bersih sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (MCO)!

Malaysia sudah melepasi minggu ketiga (sila pinda ketika diedarkan kepada media) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan baru-baru ini dalam mengawal penularan wabak Covid-19.

Demi menjaga keselamatan keluarga, setiap rakyat mesti mematuhi arahan #dudukdiamdiamdirumah dan hanya keluar sekiranya perlu untuk membeli barangan keperluan harian atau bekerja selain mengekalkan jarak sosial. Anda juga harus memastikan tangan sentiasa dicuci bersih tidak kira sama ada di rumah atau di luar.




Pada masa sama, keadaan persekitaran juga perlu dijaga bersih, segar serta bebas daripada bakteria. Salah satu cara ialah dengan membersihkan penghawa dingin dan ia boleh dilakukan sendiri dengan mudah tanpa bantuan juruteknik iaitu menerusi produk 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner.




Ia adalah ejen pembersih berasaskan air yang mampu menanggalkan kesan kotoran, minyak, fungus, kulat dan pelbagai kotoran lain pada sirip penyejuk dalam penghawa dingin. Ia juga berupaya membasmi 99.9% bakteria dan kuman bagi memastikan penghawa dingin anda berada dalam tahap maksima dan berfungsi dengan baik.

Bagaimana cara melakukannya? Hanya 5 langkah iaitu :

1)  Tutup suis penghawa dingin dan tanggalkan suis unit berkenaan

2) Keluarkan penapis dan cuci kotoran yang terkumpul

3) Semburkan 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner ke arah sirip penjeyuk dari kiri ke kanan bermula dari atas.

4) Biarkannya selama dua minit bagi bahan itu menembusi ruang sirip penyejuk

5) Pasang kembali penapis ke dalam penghawa dingin dan pasang semula suis untuk sekurang-kurangnya selama 15 minit untuk mengeluarkan semua habuk yang masih tertinggal, bersama dengan air kondesi dan melalui paip saliran. 




Tugas anda pun selesai! Ia langsung tidak perlu dibilas. Anda akan menikmati udara yang lebih  segar dan bebas bakteria dari penyaman udara.

Jadi, ambil peluang masa yang ada untuk melakukan kerja pembersihan. Apa yang pasti, arahan #dudukdiamdiamdirumah bukanlah satu perkara yang membosankan dan membuang masa.

Dapatkan produk 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner di Lazada atau Shopee hari ini.  Jika anda memerlukan maklumat lanjut, tips dan bagaimana cara terbaik untuk menggunakan produk WD-40® dan cadangan produk untuk masalah tertentu, sila layari www.wd40.asia/my.

*Membunuh  99.99 peratus Staphylococcus aureus, Escherichia coli dan Candida albicans.

Post a Comment

4 Comments

  1. WD-40 memang menjadi barang wajib kena ada di rumah... LeYa satu keluarga memang menggunakannya

    ReplyDelete
  2. Macam menarik je kan...nak buat sendiri x pandai..ekon dah tak berpaa sejuk

    ReplyDelete
  3. dari dulu wd40 ni memang ada kat umah aida.
    tak pernah amik tahu pe kegunaannya :)
    asben memang guna.
    now only tahu serba serbi kegunaannya.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com