Hari Ini Nur Amani Maisara Genap 2 Bulan

Hari Ini Nur Amani Maisara Genap2 Bulan | Hari ini sambung lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 haribulan ni angkara sikap degil segelintir rakyat Malaysia yang melanggar arahan yang dikeluarkan. Mulai hari ini sesiapa yang didapati melanggar PKP akan ditangkap dan dikenakan hukuman yang sewajarnya tanpa mengira umur dan pangkat. Jadi, sama samalah kita ikut arahan untuk #dudukdirumah untu memutuskan rantaian Covid-19 ni.

Okay kita lupakan pasal Covid-19. Mimi nak kongsi perihal anak bongsu yang hari ini genap 2 bulan. Alhamdulillah pejam celik pejam celik sudah 2 bulan usia anak bongsu Mimi dan suami. Serba sedikit mengenai anak bongsu Mimi dan suami, nama diberi Nur Amani Maisara binti Mohd Fadeli dan dilahirkan pada 1 Februari 2020 jam 6.44 petang secara caesarean. Ketika itu, Mimi lahirkan dia pada usia kandungan 37 minggu 2 hari kerana GDM on Insulin. Boleh baca sini macam mana Mimi  GDM on Insulin https://www.mimiazirah.com/2019/12/gara-gara-bacaan-bsp-3-kali-merah-kena.html


Masa mengandungkan Amani lah macam macam yang Mimi kena lalui tau. Masa tu pasrah je. Biasa dah keluar masuk hospital sebab GDM dan ada Mild Anemia. Tapi masa tu memang dah pasrah sebab biasalah bila dah mengandung pada usia 35 tahun ke atas ni memang tahap kesihatan tu terganggu sedikit. Kandungan sebelum ni Mimi memang tak ada masalah kesihatan pun tapi mungkin ni ujian mengandungkan Amani.

Mesti ada yang tertanya tanya kenapa Mimi cakap Amani ni anak bongsu. Sebenarnya semasa menjalani proses kelahiran secara caesarean, Mimi juga menjalani proses BTL (Bilateral Tubal Ligation) atau bahasa mudahnya ikat saluran peranakan. Cerita lanjut boleh baca sini https://www.mimiazirah.com/2020/02/pengalaman-bersalin-anak-bongsu-part-1.html dan https://www.mimiazirah.com/2020/02/pengalaman-bersalin-anak-bongsu-part-2.html

 

8 haribulan nanti Mimi bawa Amani check up untuk 2 bulan. Harap sangat berat Amani naik dan melepasi area kuning. Masa usianya sebulan berat Amani hanya 2.9kg dan berada di area kuning. Yelah selepas lahirkan Amani dia ada jaundis tau. Memang lama lah kira dia satu satunya anak Mimi yang ada prolonged jaundice. berat badan dia memang turun kemudian naik sikit saja. Harap sangat check up 2 bulan nanti beratnya naik dan lepas area kuning tu nanti memandangkan dia sekarang ni kuat menyusu. Menyusu tidur menyusu tidur. Menyusu memang banyak kali lah. Dukung dia pun terasa lenguh dah tangan.

Alhamdulillah masa mengandungkan dan pantangkan dia, Mimi melalui saat saat yang sukar. Tapi selepas habis pantang dan bila dia dah makin besar ni alhamdulillah mudah sangat jaga dia. Menangis pun sebab nak menyusu. Kalau dia tidak selesa sebab membuang air besar dan air kecil, dia akan keluarkan suara menggeram. Macam macam perangai tau Amani ni. Kadang ketawa saja tengok perangai dia.

Doakan Amani baik baik saja tau korang. Doakan supaya dia membesar menjadi anak yang taat dan solehah!

Post a Comment

5 Comments

  1. Alahai comelnya, tak sempat nak melawat baby lagi, tunggu abes PKP ye. Moga membesar dengan sihat. Ameeen

    ReplyDelete
  2. Hi Amani...alololo...comelnya sebiji muka Adhwa kan Mimi...geramnya..nanti nak jumpa la...nak gomol dia...

    ReplyDelete
  3. kejap je rasa dh 2 bln kan..semoga nur amani maisara trus membesar & sihat..pipi tu best dpt cubit...gebooo

    ReplyDelete
  4. Alalalalalala dak mutakkkk omeinya mcm omak eh ghoman dia. Semoga membesar dgn sihat ya syg.

    ReplyDelete
  5. alololo sedap nyer nama dia.
    moga sihat ye nur amni maisara.
    jgn notty.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com