Goodies Bag Kahwin Murah juga Sesuai untuk Kenduri Aqiqah, Majlis Tunang, Doa Selamat

Goodies Bag Kahwin Murah juga Sesuai untuk Kenduri Aqiqah, Majlis Tunang, Doa Selamat | Mengadakan sesuatu majlis penting seperti perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu di ambil kira seperti jumlah jemputan, menu yang disediakan dan goodies bag. Jika dahulu, tetamu hanya dibekalkan telur rebus berbalut dengan tisu tetapi sekarang ini sesuai dengan perubahan zaman, pemberian goodies bag sangat penting buat tetamu. Ada pelbagai jenis goodies bag kahwin yang diberikan kepada tetamu bergantung kepada tuan rumah.

Teringat dulu masa Mimi nak kahwin. Goodies bag yang Mimi sediakan untuk kawan kawan sekolah dan tempat kerja Mimi beri mug comel. Untuk para tetamu Mimi sediakan goodies bag kahwin yang ada kerepek dan telur. Pening juga masa tu nak cari dan kira bajet untuk goodies bag kahwin. Yalah, masa itu agak susah dan terhad nak cari goodies bag kahwin murah. Terpaksa ambil cuti semata mata nak cari dan survey harga goodies bag yang murah. 

Dulu mana ada perkhidmatan menjual goodies bag doorgift kahwin murah secara online. Sekarang ini, cari saja di Google, ada beratus laman yang menjual goodies bag kahwin murah. Salah satunya ialah laman Greenworks.


Greenworks : Eco, Promotional, Premium, Gifts Menawarkan Goodies Bag Kahwin Yang Sangat Murah


Tidak dinafikan, memang mudah nak dapatkan perkhidmatan menjual goodies bag murah. Kalau cari di Google pasti akan keluar pelbagai laman web yang menawarkan goodies bag kahwin yang murah dan banyak pilihan. Salah satu laman web yang menawarkan goodies bag doorgift kahwin murah yang juga sesuai untuk kenduri aqiqah, majlis tunang dan doa selamat ialah Greenworks. 

Greenworks didaftarkan sebagai syarikat berhad swasta di bawah suruhanjaya syarikat SSM Malaysia. Ia adalah pemborong dan pembekal hadiah promosi dan premium di Malaysia, di mana syarikat ini berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk menjadi syarikat barangan promosi mesra alam terkemuka di Malaysia. 

Di laman Greenworks, bukan sahaja menjual goodies bag kahwin malahan ada juga menjual pelbagai produk lain custom made yang sesuai dijadikan sebagai hadiah atau doorgift. Buat bakal pengantin yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan yang sedang mencari goodies bag kahwin murah, boleh baca artikel ini dari awal hingga akhir.


Sebenarnya saudara terdekat Mimi akan melangsungkan majlis perkahwinan pada hujung tahun hadapan. Jadi, dia minta tolong survey kan goodies bag kahwin yang murah untuk dia. Cari punya cari terjumpa laman web Greenworks ni. Bila view satu persatu berkenan pula dengan Jute Drawstring Pouch ni. Lain dari yang lain. Selalunya orang gunakan paper bag untuk isi doorgift. Kali ini tampilkan kelainan pula untuk goodies bag. 



Bila dah berkenan, mestilah nak tengok kualiti dan harga Jute Drawstring Pouch ni. Kualiti Jute Pouch ini memang jenis tahan lama dan sesuai nak isi pelbagai jenis dan bentuk doorgift. Jute pouch ini didatangkan dengan tiga saiz iaitu kecil, sederhana dan besar mengikut pilihan masing masing.  Jute Pouch ini yang juga boleh custom made dengan gambar dan logo dijual dengan harga semurah dari RM1.20 mengikut kuantiti dan saiz yang diinginkan.



Antara contoh Jute Pouch yang di custom made dengan gambar pilihan. nampak comel dan cantik, bukan? Lagi cantik kalau dicetak gambar pengantin disertakan dengan kata ucapan buat para tetamu jemputan sebagai menghargai mereka.


Cara Buat Tempahan Goodies Bag Kahwin Murah di Laman Web Greenworks

Bila dah jumpa goodies bag kahwin yang murah dan sesuai pastilah terus nak buat tempahan. Bagaimana nak buat tempahan? Boleh baca artikel ini selanjutnya.

1) Home > Eco Bags > Jute Bags > Jute Drawstring Pouch

Seperti tertera pada gambar di bawah, boleh nampak saiz, harga dan kuantiti Jute Drawstring Pouch disertakan. Ini bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan saiz dan kuantiti yang diperlukan untuk menyediakan goodies bag doorgift kahwin. Malahan membantu bakal pengantin membuat kira kira bajet yang diperlukan untuk menyediakan goodies bag istimewa buat para tetamu jemputan.



Dah ada pilihan saiz dan kuantiti  yang dikehendaki bolehlah buat pilihan saiz dan warna di bahagian yang disediakan seperti di bawah.




Bahagian ni yang penting sekali iaitu printing options. Bagi mereka yang inginkan cetakan pada Jute Drawstring Pouch boleh buat pilihan seperti dibawah dan bayaran tambahan disertakan bagi  jumlah warna dan bahagian cetakan yang diinginkan.



Selesai buat pilihan, boleh klik Add to Quote dan akan terpapar Check Quote List yang berwarna hijau. Klik Check Quote List dan paparan seterusnya akan keluar.



 2) Request an Official Quote

Paparan seperti dibawah akan keluar selepas klik Check Quote List di mana ia akan memaparkan pilihan saiz, warna dan printing options (jika ada) yang telah dipilih.



Skrol di bahagian akan terpapar ruangan isi borang seperti di bawah. Boleh isi maklumat seperti yang dinyatakan. Jangan lupa isikan bahagian target tarikh penghantaran serta muat naik gambar yang dikehendaki untuk cetakan pada Jute Drawstring Pouch. Isi special request (jika ada) dan klik Send Your Request dan tunggu saja proses seterusnya di mana pihak Greenworks akan terima dan semak quotation serta akan memberi maklum balas secepat mungkin. 




Pelbagai Pilihan Goodies Bag Doorgift Kahwin Simple dan Murah di Greenworks

Selain pilihan Jute Drawstring Pouch, boleh juga pilih produk lain yang berkenan di hati. Selain goodies bag kahwin murah, di sini juga ada menawarkan doorgift simple dan doorgift murah sesuai untuk kenduri aqiqah, pertunangan dan doa selamat. Ada pelbagai produk yang boleh dipilih mengikut kategori seperti Eco Bags, Lanyards, Daily Use, Stationary, Eco Friendly Gifts, IT Gadgets dan Outdoor & Travel

Jika berhajat untuk mencari doorgift ataupun hadiah untuk majlis di tempat kerja seperti seminar, kursus, pertandingan dan sebagainya juga ada dijual di sini. Pilih sahaja hadiah yang berkenan dan sesuai untuk majlis yang akan diadakan nanti, pasti pihak Greenworks akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memenuhi dan merealisasikan kehendak pelanggan dengan layanan yang baik. 

Semakin banyak kuantiti yang dibeli semakin murah harga produk yang dipilih. Dahlah harga murah, boleh custom made lagi dengan gambar ataupun logo pilihan. 














Mengapa perlu membeli goodies bag doorgift kahwin?


Pasti ada yang bertanya, mengapa perlu membeli goodies bag doorgift kahwin? Sebenarnya terpulang pada kehendak masing masing mengapa dan kenapa beli goodies bag doorgift kahwin. Pada pendapat Mimi, tidak dinafikan zaman sekarang ini ramai orang suka menerima goodies bag doorgift daripada pengantin.

Kenapa Mimi berpendapat sedemikian? Antara salah satu sebabnya ialah pemberian goodies bag kahwin ini menandakan bahawa pengantin dan seluruh ahli  keluarga  menghargai kehadiran para tetamu jemputan ke majlis yang dianjurkan. Ia juga membuatkan tetamu jemputan berasa istimewa kerana diraikan oleh tuan rumah.

Siapa yang tidak seronok apabila menerima goodies bag doorgift kahwin istimewa daripada pengantin. Malahan kalau hadir ke suatu majlis seperti aqiqah, tunang dan doa selamat dapat goodies bag daripada tuan rumah pun sudah mampu membuat para tetamu menerimanya dengan senyuman yang manis. 

Tidak Kira Di Mana Lokasi Tempahan Menjadi Mudah Kerana Semua Di Hujung Jari Anda


Tidak kira di mana sahaja lokasi anda berada, semua tempahan menjadi mudah kerana semuanya di hujung jari, hanya buka laman web. Pilih, isi dan buat bayaran semudah abc. Selesai buat tempahan, yang perlu dilakukan hanya menunggu di rumah sahaja dan tempahan yang dibuat akan sampai sehingga depan pintu rumah.

Yang ingin adakan majlis penting seperti majlis kahwin tidak lama lagi, dah boleh mula cari goodies bag doorgift kahwin yang murah dari sekarang. Lebih elok siapkan yang penting lebih awal supaya tidak kelam kabut di saat saat akhir. Bila buat persediaan awal, semuanya jadi mudah hati pun tenang.

Pelbagai pilihan goodies boleh dibuat di Greenworks. Yang berada di lokasi berhampiran, boleh datang sendiri melihat sendiri produk mereka tapi pastikan buat appointment terlebih dahulu. Ia bagi memastikan produk yang ingin dilihat ada dan anda dilayan dengan baik.

GREENWORKS MARKETING SDN BHD

Alamat : No.230, Jalan KIP 7, Taman Perindustrian KIP, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia

Email : sales@greenworks.com.my


Nombor untuk dihubungi :
Sales: +6012 302 7093
General: +603-6273 1210
Fax: +603-6730 2186

Masa Operasi :

Isnin - Jumaat: 9am - 6pm
Sabtu - Ahad (Cuti Umum) : Tutup
* Lawatan Showroom hanya melalui appointment sahaja, sila buat panggilan terlebih dahulu sebelum datang.

Post a Comment

21 Comments

  1. Cantiknya...senang boleh tempah kat sini nanti..boleh la servey tengok2

    ReplyDelete
  2. hari tu kendiri kahwin ank buah tak jumpa pulak web ni, next time bolehlah beli dekat sini

    ReplyDelete
  3. Kebetulan pulak, macam tau-tau aje tengah mencari goodies untuk majlis anak nanti, bolehlah tengok sini...comel plak bag uncang tu..

    ReplyDelete
  4. senang la kalau nak cari goodies boleh cuba ni nanti

    ReplyDelete
  5. hah saper2 nk wat majlis cari googdiesbag murah bole tgk la promo ni...mcm2 design ada..tq for sharing

    ReplyDelete
  6. Bagus bila ada one stop centre untuk kita cari goodies bag mcm ni. Jika tak penat nk cari dr satu tempat ke lain.

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni orang dah tak buat kenduri ramai-ramai semua buat kenduri secara online jer hehehehe kena tunggu hujung tahun baru boleh tapi tengok hasil kerja mereka pun cantik dan menarik boleh lah kita order untuk majlis harijadi kita wakakakakka..

    ReplyDelete
  8. Menariknya goodies bag dia..lain dari yang lain. Orang memang cari goodies bag murah mcm ni sebab nk beli banyak kan..nty boleh lah cadangkn kt kawan2 yg nk buat kenduri :)

    ReplyDelete
  9. wah !! kalau tau ada tempat murah camni memang ramai yang oder.. tambahan ada banyak pilihan plak tu.. sukanya !!

    ReplyDelete
  10. comelnya goodies bag tu. btw ada banyak jugak ya bnda boleh tempah kat sini. memang menarik.

    ReplyDelete
  11. cantik2 goodie bag ni, zaman skrang diorang buat goodie bag yang ada multi purpose supaya blh digunakan dlm tempoh lama

    ReplyDelete
  12. Cantiknya gift beg dia siap boleh customize lagi.. Atleast bagus mcmni bole reuse balik, xde la membazir

    ReplyDelete
  13. wah, macam² pilihan ada ni, senanglah borong macam ni. kualiti pun bagus

    teringat masa nak kahwin dulu, jenuh cari goodies yang murah, ada murah kualiti pulak tak okay.

    ReplyDelete
  14. byk pilihan ekk. bagus la.
    cantik plak tu. org yg dpt gudis ni sure gembira.
    and beg tu boleh digunakan semula dgn bergaya :)

    ReplyDelete
  15. Ok gak kalau goodies guna jenis jute pouch ni. Takde la bocor kan. Kalau dapat yang beg kertas tu selalu bocor, nak2 plak kalau buh air mineral. berat kan

    ReplyDelete
  16. Jute pouch ni memang sesuai as goodies bag and can be used to store my knick-knacks too

    ReplyDelete
  17. Yes, nad ada tengok web ni..memang banyak pilihan goodies. Murah rasanya kan dia jual. Boleh cetak apa-apa kita nak. Cantik beg pouch ni..

    ReplyDelete
  18. Menarik juga beg uncang kecil macam ni. Boleh isi pelbagai badang kan ikut majlis kita mana yg sesuai. Lepas tu tetamu boleh juga beg tu utk kegunaan lain.

    ReplyDelete
  19. Comelnya goodies bag.. boleh simpan buat kenangan juga nanti kan..

    ReplyDelete
  20. "www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com