Cara Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Negeri

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Negeri

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Negeri | Selamat berpuasa bagi mereka yang beragama Islam. Alhamdulillah dah masuk hari keempat kita sebahai umat Islam berpuasa. Puasa di bulan Ramadhan kali ini betul betul rasa lain kan? Bagi Mimi, suasana puasa kali ini tenang saja. Cuaca pun mendung dan hujan lebat.

Sumber : Google

Setiap kali bulan Ramadhan umat Islam pasti akan melakukan satu kewajipan ini iaitu membayar zakat fitrah. Di mana ada akad antara pembayar zakat dan amil. Semasa kerja dahulu masuk sahaja bulan Ramadhan Mimi berpeluang tengok sendiri bagaimana amil menjalankan tugasnya menerima bayaran zakat fitrah. Yela amil di tempat kerja Mimi pun dari kalangan ustaz di pejabat Mimi. Memang senanglah nak tengok depan mata kan.

Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan kerana tularnya virus Covid-19 yang bahaya ini segala galanya berubah. Segala urusan yang melibatkan pertemuan secara bersemuka dua pihak tidak boleh dilakukan lagi. Semuanya kena #stayathome dan penjarakan sosial 1 meter untuk mengelakkan penyebaran virus merbahaya ini.

Jadi, untuk kali ini zakat fitrah yang wajib dibayar setiap tahun perlu dibayar secara online. Pembayaran online zakat fitrah ini melibatkan seluruh negeri di Malaysia.

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Seluruh Negeri


Berikut link untuk bayar zakat fitrah secara online seluruh negeri di Malaysia

4. Perlis : bit.ly/2VMqN5L 
5. Penang : bit.ly/2Ko9zqj
7. Terengganu : bit.ly/2Vrxvz3 
9. Pahang : bit.ly/2KljrRA 
10. N9 : bit.ly/3eEbyEB 
11. Melaka : bit.ly/2RVHb2E 
12.Johor : fitrah.maij.gov.my
13. Sarawak : bit.ly/2zmhimp 

Semua bayaran zakat fitrah boleh mula dilakukan mulai 1 Ramadan 2020 yakni pada waktu maghrib sehingga pagi raya sebelum solat raya.

Langkah Bayar Zakat Fitrah Online di Negeri Sembilan


Di Negeri Sembilan, kadar bagi zakat fitrah adalah RM7.00 sahaja. Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh pembayar zakat seperti bayar menggunakan aplikasi PBMaINS MAINS, MyeG, dan SnapNPay. Kesemua aplikasi ini boleh di muat turun melalui Google Play atau Apple Store.

Boleh juga bayar menggunakan kaedah JomPay melalui perbankan internet. Portal PBMaINS MAINS juga boleh dilayari menggunakan komputer atau laptop.







Bayar zakat fitrah online ni lagi mudah kerana kita boleh bayar di mana sahaja kita berada. Semuanya hanya di hujung jari sahaja. Jangan lupa tunaikan kewajipan masing masing bayar zakat fitrah ya. Selamat beramal! 

16 Comments

  1. Infobyg bagus sgt ni.. Nnt za bgtau husband za kat mana kena buat zakat online ni.. Ye la memandangkan PKP mmg tak leh la bayar by hand.

    ReplyDelete
  2. Bagus info ni sebab memang tercari juga cara nak bayar zakat fitrah sebab selalunya suami bayar kat surau dekat rumah ni je. Ni dah PKP. First time jadi macam ni....

    ReplyDelete
  3. senang ni, tambah2 waktu pkp mcm ni kan..

    ReplyDelete
  4. Memang berbeza puasa tahun ini kan. And alhamdulilah ada kemudahan sebegini, kita membantu kerajaan memutuskan rantaian jangkitan Covid dengan cara sebegini

    ReplyDelete
  5. hope platform bayar zakat tahun ni tak buat hal lah. mesti semua akan bayar zakat secara online nanti

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah, Sis pun baru juga update mengenai cara bayar zakat negeri Johor punya..moga ianya bermanfaat buat semua kan...

    ReplyDelete
  7. sejak pkp ni semuanya di hujung jari je. saya belum bayar lagi ni. nanti kena bayar. thanks sharing

    ReplyDelete
  8. Bagus apabila dilakukan secara online begini untuk membayar zakat fitrah pd tenpoh PKP ni...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih share. Alhamdulillah , tahun ni rasanya banyak perkara yg dilakukan didalam talian sahaja.

    ReplyDelete
  10. terima kasih diatas perkongsian ini, musim PKP ni sangat membantu untuk proses membayar zakat sama-sama putuskan rantaian covid 19

    ReplyDelete
  11. thanks info ni. kat kariah saya ni diorang buka booth kat masjid utk byr zakat. asalkan jaga social distancing dan pakai mask lah

    ReplyDelete
  12. Makin senang bayar zakat mcm ni. Terima kasih sudi kongsi dan juga sebagai peringatan. Musim PKP ni bnyk cabaran, tpi ada je cara untuk selesaikan tugas kami sebagai umat islam

    ReplyDelete
  13. ada ramai juga share di grup whatsapp perkara ni, mimi.
    pkp kan. amil pun takut ler nak jumpa org awam.
    ini memudahkan kita laksana ibadah. alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  14. Eh senang la kansemua di hujung jari je...

    ReplyDelete
  15. mama dtg balik check link zakat

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
๐Ÿ’œIn shaa Allah kunjungan anda akan dibalas๐Ÿ’œ

Lots of ๐Ÿ’–
Mimie