5 Tempat Makan dengan Menu Pizza Terbaik di Petaling Jaya

5 Tempat Makan dengan Menu Pizza Terbaik di Petaling Jaya | Siapa saja yang tidak suka makan pizza signature dari Itali ni. Rasanya yang lembut, topping sedap yang pelbagai rasa dan dipenuhi dengan lelehan cheese menambahkan lagi keenakkan pizza itu sendiri. 

Dulu nak makan pizza, susah sedikit nak dapatkan kerana penjualan pizza agak terhad. Kalau nak makan pizza orang akan tuju ke Pizza Hut. Sekarang ni, cakap saja nak makan pizza, sudah banyak tempat makan  dengan menu pizza boleh kita tuju. Tapi itulah, memandangkan kita sedang melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, tak dapat nak walk in ke restoran berhampiran untuk menikmati kesedapan dan kegebuan pizza. Masa inilah kita perlu menggunakan perkhidmatan pizza delivery. 

5 Tempat Makan dengan Menu Pizza Terbaik di Petaling Jaya


Buat korang yang tinggal di Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya, korang boleh dapatkan pizza terbaik di 5 tempat makan yang Mimi kongsikan di bawah. Jom baca 5 tempat makan dengan menu pizza terbaik di Petaling Jaya. 

1. Brulee Brasserie

Sumber : Google

Pernah makan nasi lemak? Mestilah pernah. Sedap bukan? Tapi pernah ke makan nasi lemak yang dijadikan topping pizza? Wow sangat. Topping nasi lemak yang diletakkan di atas pizza yang nipis dan rangup sudah pasti memikat selera. Harga pizza di Brulee Brasserie ini boleh didapati dari harga RM10 hingga RM20. 

Lokasi : Di 2nd floor atas KK Mart

2. BGT Lakeview Restaurant 

Sumber : Google

Antara restoran yang ada di Petaling Jaya ini menghidangkan pelbagai menu pizza yang sedap. Pizza yang ada di sini bukan sahaja sedap malahan ada menu unik yang disediakan untuk pelanggan. Salah satu pizza unik yang disediakan ialah pizza durian yang bercirikan rasa tempatan dan aromatik. Kerak pizza yang nipis dan juga rangup. Eh sedap ke durian pizza tu? Hah nak tahu sedap ke tidak apa kata korang cuba pizza durian dari BGT Lakeview Restaurant ini. 

Lokasi : C-06, Plaza Kelana Jaya, Jalan SS7/13A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya Selangor. 

Waktu operasi : 
Isnin hingga Sabtu
11.00 am - 2.30pm
5.00pm - 11.30pm

Ahad
5.00pm - 11.30pm

3. Library Coffee Bar @ 1 Utama

Sumber : Google

Menyediakan mini pizza yang sangat rangup dan flaky. Topping pizza yang dipenuhi kombinasi cheese, cendawan, ham, tomato sos di atas doh yang nipis. Harga pizza dari RM8 hingga RM15. 

Lokasi : FK3, 1st Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi : 
Setiap hari 10.00am - 10.00pm

4. Cone Pizza

Sumber : Google

Di sini pelanggan boleh menikmati keenakkan makanan Itali kegemaran yang lebih futuristik dalam satu cone pizza dengan harga RM10 - RM20. 

Lokasi : 3, Jln PJS 11/15, Bandar Sunway 47500 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi : 10.00am - 10.00pm

5. Grumps Restaurant & Cafe

Sumber : Google

Menghidangkan makanan dari Jerman dan Itali di mana restoran ini menyediakan pizza dan sosej terbaik. Pizza dipenuhi dengan topping dan cheese yang banyak di atas crust yang sangat nipis dan rangup. Harga dari RM20 sehingga RM35. 

Lokasi : LG 57, Lower Ground Floor, SSTwo Mall 40 Jln SS2/72 47301 Petaling Jaya, Selangor. 

Waktu operasi :
Selasa hingga Ahad
11.00am - 3.00pm
5.00pm - 11.00pm

Inilah 5 tempat makan dengan menu pizza terbaik di Petaling Jaya. Mesti ada yang tak sabar nak rasa keenakkan dan kesedapan pizza yang ada di salah satu tempat makan yang terbaik ini kan? 

Memandangkan sekarang ini kita sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan sudah tentu pergerakan kita agak terbatas untuk memesan pizza. Tekak dah teringin sangat nak makan pizza tapi pergerakan terhad pula. Apa lagi kita gunakan pizza delivery yang ada. Jimat masa dan tenaga. Tak perlu susah payah keluar rumah waktu Perintah Kawalan Pergerakan ni. 

Apa yang perlu korang lakukan cuma pesan saja pizza yang diingini melalui FoodPanda Malaysia Delivery. Hanya duduk saja di rumah dan tunggu sehingga pizza yang dipesan sampai ke depan pintu rumah. 

Post a Comment

24 Comments

  1. baby lomak ngidam makan pitja musim pkp ni 😅

    ReplyDelete
  2. Fuuhhh.. Sib baik dah pindah. Ni kalau duk area sana lagi ni memang dah buat pesanan delivery ni.. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. Suasana kedai pizza Lakeview tu cantiknya..nyamannya kalau makan pizza di situ..anak Sis yang kat Shah Alam tu suka laaa kalau pizza ni...kalau tak PKP, tentunya boleh terjah ni..

    ReplyDelete
  4. Wahh banyak tempat makan tu. Semua belum cuba lagi

    ReplyDelete
  5. akak suka mkn pizza....tq share 5 tmpt menarik hidangan pizza ni..bole la cuba nanti sbb biasa mkn pizza hut or dominos pizza je kan

    ReplyDelete
  6. Peminat Pizza boleh la mencuba kat tempat kat atas ni. Pizza ni ada masanya teringin nak makan.

    ReplyDelete
  7. very good info. boleh la tukar selera sesekali. ni asyik order kat 2 restoran pizza yang famous tu. dah boleh hafal rasa pizza tu haha

    ReplyDelete
  8. teringinlah pizza nampak pizza kat sini. nasib pizza hut kat bawah rumah je. betul, kini mudah dengan Food Panda Delivery.

    ReplyDelete
  9. Menarik juga beberapa tempat piza ni. Berada di sekitar Bella je pun. Harga pun not bad, boleh la tak mahal sangat. Kadang2 pizza di restoren macam ni lagi best dari Pizza fast food restaurant.

    ReplyDelete
  10. Bab makan pizza ni sis tak berapa nk ambi tau sgt sbb kurang minat mkn pizza.

    ReplyDelete
  11. menarik. i love pizza.
    tapi tu la, kat Melaka not so byk kedai pizza gini, mimie.
    tapi di KL is so best lah. byk pilihan.
    aida biasa ke pizza hut. delivery prefer dominos pizza.

    ReplyDelete
  12. Blm pernah lg order pizza kat atas dgn foodpanda, baguslah share nect time blh terjah tempat2 tu

    ReplyDelete
  13. Lama betul tak makan pizza ni. Ke e order ni.. Sedap pulak tengok.. Pkp ni semua benda nak makan.. Hehehe

    ReplyDelete
  14. Kreatif sungguh cara dekorasi pizza dia kan. Rawlins pernah makan kat Grumps je - yang lain tu mengundang keinginan gak nak try. InsyaAllah lepas PKP kita terjah

    ReplyDelete
  15. Lama tak makan pizza.. Hari tu ms gi rmh akk kt pj gak.. Selalu gak order guna food panda

    ReplyDelete
  16. Antara lima tempat ni, i pernah try Grumps Restaurant & Cafe makanan dia memang puas.

    ReplyDelete
  17. sedappnyaa pizza.musim pkp ni rabia buat sendiri pizza. selama ni tak pernah buat pizza pun heheh

    ReplyDelete
  18. Sedapnya pizza, lama x makan pizza. Lagi2 sejak pkp ni. Untung ada food panda, boleh terus order kan

    ReplyDelete
  19. Banyak pilihan tempat makan, menarik.. tetiba rasa teringin pulak nak makan Pizza. Boleh lah order dengan Food Panda nanti..

    ReplyDelete
  20. Aaa first time dengar pizza topping dgn nasi lemak, wowwww! ehh library coffee tak silap kt tmpt kita ada jgkk, nk kena try jgk ni hee

    ReplyDelete
  21. Bilalah Boleh pegi jalan2 Cari makan lagi ni

    ReplyDelete
  22. Alalallaa.. Terbayang bayang je pizza dimata ni haaaa..
    Sedapnya.. Masa PKP ni laaa semua terngidam2. Haha

    ReplyDelete
  23. banyak rupanya tempat menarik yang kita boleh nak makan pizza. semua nampak sedap dan menyelerakan...

    ReplyDelete
  24. Aduhai bestnya JJCM dah lama tak makan kat luar, lepas PKP dah mula puasa tak sabarlah nak pergi lepas raya... JJCM PJ

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com