Resipi Bubur Tepung Pulut Yang Sedap dan Mudah

Resipi Bubur Tepung Pulut Yang Sedap dan Mudah | Bila melalui tempoh PKP kerana wabak Covid-19 ni di rumah memang ada saja mak mak nak buatkan terutamanya bab memasak. Waktu duduk rehat tu, jari jemari mula jalankan tugas scroll media sosial. Ada yang mencari bahan bacaan, ada yang cari movie dan tak kurang juga cari resipi untuk di cuba.

Mimi pula kalau dah bosan, otak mula fikir nak makan itu ini. Semalam macam teringin nak makan bubur tepung pulut. Apa lagi jari tu laju saja google resipi bubur tepung pulut. Sambil tu whatsapp suami minta tolong beli tepung pulut dan santan.



Bila tengok resipi dan cara nak masak bubur tepung pulut tu lebih kurang sama macam nak masak butir nangka dan bubur cindal saja korang. Mudah saja rupanya nak buat bubur tepung pulut ni. 

Bubur ni boleh masak untuk makan pada waktu petang sambil duduk santai dengan keluarga kan. Apa kata cuba resipi bubur tepung pulut ni.

Resipi Bubur Tepung Pulut


Bahan bahan :

1 1/2 cawan tepung pulut
Air
Pewarna hijau
Daun Pandan
Santan Gula
Garam

Cara buat :

Campurkan pewarna dalam air. Kemudian masukkan air ke dalam tepung pulut. Gaul sehingga tepung jadi doh. Pastikan doh tidak melekat di tangan. Kemudian uli tepung jadi kecil kecil sehingga habis. Ketepikan. 




Panaskan santan, gula, garam dan daun pandan. Biar sekejap kemudian masukkan tepung yang diuli kecil kecil. Masak sehingga santan mendidih dan tepung masak. Kemudian boleh diangkat. Siap! 


Tada!!!

Geram pula tengok tepung pulut ni berenang berenang  dalam santan. Tak sangka menjadi bubur tepung pulut ni walaupun kali pertama buat.

Anak anak makan bubur tepung pulut ni siap cakap sedap. Kembang sekejap Mimi kena puji dengan anak anak. Risau juga bubur ni tak kena dengan tekak diorang. Alhamdulillah diorang suka.

Sabtu nanti Mimi nak buat kuih lain pula. Bahan utamanya meatilah tepung pulut. Nak tahu kuih apa, stay tune tau!



Post a Comment

12 Comments

  1. letak halba sikit naik bau dia.. :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa..bahan pun senang je kan..

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap tu. Terima kasih share resepi. Nanti saya nak buat lah hehe

    ReplyDelete
  4. wah nampak sedap....terima kasih kongsi...

    ReplyDelete
  5. This one Chinese pun suka buat but the bubur tu we dont put santan, we only put gula or gula melaka and halia.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. lama Kak Sue tak buat bubur nie. Nanti nak buat lah teringin lah pula bila tengok Mimi buat nie..

    ReplyDelete
  7. Sedapnye...versi mimi berwarna hijau, Bonde pon dah buat Ahad lepas, plain je ala2 biji nangka gitu yummy.

    ReplyDelete
  8. Senang aje kisah nak buatnya ya. Bolehlah sis cuba nanti

    ReplyDelete
  9. suka makan tepung pulut. biasa saya letak dalam bubur labu kuning.
    lepas ni nak try pula resipi mimi ni.

    ReplyDelete
  10. aduhai, mimi. sedap nyer.
    dessert yg gojes ni. kalau dessert omputeh!

    ReplyDelete
  11. so..masak gula melaka jadikan mcm berkuah gitu..then masukan pulut+hirisan halia..macam tu ke?….bgus juga..mcm sedap juga. tq sharing

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com