Kor dan Rejimen Yang Ada dalam Tentera Darat


Kor dan Rejimen Yang Ada dalam Tentera Darat | Bila tengok mereka yang bekerjaya tentera darat ni seronok pula. Mimi sendiri dulu pasang niat nak jadi tentera juga tapi tentera udara lah. Mungkin bukan rezeki Mimi dalam bidang ketenteraan tapi dalam bidang perakaunan. Takpelah asalkan kerja kita halal. Betul tak? 

Dulu tak ambil tahu pun kor dan rejimen yang ada dalam tentera darat ni. Kalau terserempak dengan mereka bila pakai uniform loreng, jenuh memikir apa benda KAD, RAMD semua tu. Yang ni lain yang tu lain kan. Tapi bila dah berkahwin dengan seorang tentera darat ni kenalah ambil tahu. 


Sumber : Google

Rupanya banyak juga kor dan rejimen yang ada dalam tentera darat ni. Kor dan rejimen dalam tentera darat ialah Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Rejimen Sempadan (RS), Kor Armor Diraja (KAD), Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Rejimen Artileri Diraja (RAD), Kor Polis Tentera Diraja (KPTD), Kor Risik Diraja (KRD), Kor Jurutera Lektrik dan Jentera Diraja (KJLJD), Kor Perkhidmatan Am (KPA), Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Kor Ordnans Diraja (KOD), Kor Kesihatan Diraja (KKD), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Rejimen Askar Wataniah.

Setiap kor dan rejimen berbeza mengikut kategori kelompok. Boleh lihat dengan jelas seperti dalam gambar. Bila tengok gambar dan baca sedikit maklumat baru faham. 

Kalau nak tahu setiap kor dan rejimen ada banyak unit tau. Sebagai contoh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Ada 1 RAMD, 3 RAMD, 5 RAMD dan seterusnya. Bab ni belum khatam lagi. Banyak sangat unitnya. Jenuh nak hafal satu satu. 

Lepas ni kalau terserempak dengan mana mana tentera darat yang pakai baju loreng digital tu dah boleh tahu diorang kor atau rejimen mana berdasarkan pada singkatan kor dan rejimen pada uniform tu. 

Post a Comment

2 Comments

  1. oooo baru paham, paham la sikit lagi lah siap dengan dia orang punya lencana tu, eh panggil lencana ke...

    ReplyDelete
  2. waa byk betul lah kor dan regimen. akak baru tau

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com