Kenapa anda memerlukan pelincir silikon di rumah?

Pernahkah anda berasa kecewa apabila tingkap kuasa sukar digerakkan ke atas dan ke bawah, namun anda terlalu sibuk sehingga anda tidak sempat untuk mendapatkan bantuan mekanik sebelum ia tersekat?

Atau pernahkah anda berdepan dengan masalah getah tingkap kediaman anda atau pintu peti sejuk telah mengeras sehingga tidak boleh berfungsi dengan baik lagi? Secara pada asasnya tingkap dan pintu peti sejuk anda tidak tertutup rapat – malah menyebabkan ada ruang terbuka – dan apa yang anda fikir boleh dilakukan adalah mencabutnya dan mengantikan getah itu dengan yang baharu?





Jelas, keadaan ini menunjukkan bahawa getah dan PVC mudah mengeras dari masa ke masa. Untuk mengatasi masalah ini, selalunya kita memerlukan pelincir bagi mengembalikan getah yang mengeras itu kepada keadaan asal.

Inilah sebabnya mengapa Pelincir Silikon Prestasi Tinggi Pakar WD-40® menjadi penting supaya ada di setiap rumah.


Apa yang perlu anda lakukan adalah sembur pelincir silikon ini pada permukaan yang bermasalah.

Ia adalah formula tanpa pewarna dan berkesan dalam memberikan pelinciran yang sangat baik, tanpa mengotorkan. Ia juga melindungi daripada kelembapan, dan kalis air.

Adakah anda sedang melakukan kerja penyelenggaraan rumah dan mendapati paip saliran plastik tersekat? Tiada masalah. Hanya semburkan pada bahagian terbabit dan anda akan dapati ia akan mudah dibuka.



Selain getah dan PVC, produk ini juga berkesan ke atas logam dan vinil. Jadi, anda boleh menggunakan produk ini pada engsel pintu dan kunci mangga, dan untuk menanggalkan
bahan tampalan seperti tampalan pintu PVC, pemasangan tolak paip dan banyak lagi.




Manakala bagi tingkap kuasa yang bermasalah, curahkan dan semburkan Pakar Pelincir Silikon Prestasi Tinggi Pakar
WD-40® di sepanjang penyisipan getah di kedua-dua sisi serta bahagian atas pintu kereta, dan lapkan lebihan yang ada. Biarkan selama beberapa minit, dan tingkap kuasa anda boleh digerakkan ke atas dan ke bawah seperti biasa.


Untuk maklumat lanjut dan tips, mengenai barisan produk pakar automotif, boleh melayari
https://wd40.asia/my.

Post a Comment

7 Comments

  1. akak ni kurang arif tapi bagus betul ye minyak pelincir ni

    ReplyDelete
  2. Memng guna pelincir ni utk pagar, pintu kerrta maa yang nak licinkan

    ReplyDelete
  3. Boleh beli la nanti.. Menarik jgk tengok product ni..

    ReplyDelete
  4. Yerima kasih atas perkongsian. Selalu kalau jd cam gini mintak tolong kwn je..now dh tahu leh le beli n buat sendiri

    ReplyDelete
  5. Alamak.. Pasal ni kurang arif maklumlah yg sllu pakai kereta suami je.. Suri rumah xkeluar sgt hihi... Tp bgus juga ya pelincir cmni..

    ReplyDelete
  6. Oh yes, i also have one at home untuk celah pintu and tingkap kat ketat

    ReplyDelete
  7. Dekat rumah kita pun ada bnda ni. Tp bukan jenis ni. Lain. Tapi brand sama. Memang bagus benda ni.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com