Hand Sanitizer Bloop Germ Blaster Untuk Suami dan Anak Anak

Hand Sanitizer Bloop Germ Blaster Untuk Suami dan Anak Anak

Hand Sanitizer Bloop Germ Blaster Untuk Suami dan Anak Anak | Sekarang ni semakin menjadi jadi Covid-19 di Malaysia. Setiap hari kes meningkat mendatangkan kerisauan di hati rakyat Malaysia. Mimi sekeluarga tak terkecuali juga! Siapa yang tak risau kan?

Bila virus ni merebak memang berkurung dalam rumah saja pilihan utama. Kalau keluar pun atas urusan penting saja. Selesai semua terus balik rumah. Tak ada dah nak plan bercuti sana sini. Nak nak ada baby lagilah kena berhati hati. Sebagai langkah pencegahan memang Mimi belikan mask dan hand sanitizer untuk suami dan anak anak. 



Hand Sanitizer Bloop Germ Blaster Untuk Suami dan Anak Anak ni beli di Watson. Sebenarnya nak cari Dettol tapi stok memang laku keras. Habis licin. Yang ada jenama Bloop Germ Blaster ni saja. Hand sanitizer ni beli untuk suami dan anak anak saja ke? Mimi punya hand sanitizer tak ada ke? 

Eh siapa cakap tak ada. Ada tau tapi jenama Dettol. Beli masa mengandungkan Amani lagi. Sejak mengandung dan sebelum muncul Covid-19 memang Mimi amalkan pakai hand sanitizer. So stok diri sendiri adalah. Nak kongsi dengan suami dan anak anak memang tak cukup. Sebab tu usaha cari untuk diorang pula. Merata cari kebanyakan store semua habis! 


Hand Sanitizer Bloop Germ Blaster Untuk Suami dan Anak Anak ni sudah tentu fungsinya sama dengan hand sanitizer yang lain iaitu melindungi dan mencegah daripada sebarang kuman dan bakteria. Harga sebotol Hand Sanitizer Bloop Germ Blaster ni ialah RM6.90. Mimi beli 4 botol kesemuanya. 

Selain daripada hand sanitizer penyediaan mask pun penting. Anak anak memang Mimi dah belikan mask awal awal dulu sejak kes influenza A. Tuala muka pun sorang satu Mimi belikan. Siap pesan kalau batuk atau bersin tutup mulut dengan tuala. Lepas tu basuh tangan dengan sabun dan apply hand sanitizer. Hari hari kena ingatkan anak anak ni mudah leka dan lupa kan.

Nanti nak try cari hand sanitizer online pula. Hopefully ada stok. Korang pun jaga diri dan kesihatan sama tau. Sama sama ambil langkah pencegahan untuk kebaikan bersama. 

21 Comments

  1. mmg kt farmasi tkde stock hand sanitizer...nasibaik kt opis ada supplier bole order..tu pn limited stock

    ReplyDelete
  2. kalau ada lebih cer belikan utk akak mimi... kat area kl ni semua habis... tak tau mana nk cari entah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok kak.. Nanti saya try cari dan belikan ya.

      Delete
  3. Selarang ni hand sanitizer memang laku habis diaebabkan Covid-19. Memang satu keperluan dalam bag tangan.

    ReplyDelete
  4. harga sebotol tu agak mahal ekk.
    harga sekarang la tu.
    aduhai...
    bila perlu, gitu la jadik nyer.
    tapi apakan daya, sgt perlu nowadays. covid-19 yg amat merisaukan!

    ReplyDelete
  5. Memang kena standby sanitizer ni. Buatnye kena lock down macam negara lain tu. Jenuh. I can check this out soon.

    ReplyDelete
  6. Yeah!!!!!!! I like Bloop Hand Sanitizers. It’s an important essential now.

    ReplyDelete
  7. Susahnya nak cari stock sanitizer buat masa ni! Bila ada je nanti nak restock Bloop Germ Blaster ni banyak2!

    ReplyDelete
  8. Comelnya packaging sanitizer ni heheh. Tapi tu lah. Sekarang ni nak cari hand sanitizer memang susah. Kalau ada pun, mahal

    ReplyDelete
  9. Boleh tahan juga harga utk 29ml. Bella pun baru beli online 100ml rm13 brang Au Fairy. Nak cari mask je skrg belum dapat.

    ReplyDelete
  10. Nowadays dah makin sukar mencari mask dan hand sanitiser. Pastu ada plak yang cari peluang jual mahal-mahal. Kang lapor kat KPDNKK baru padan muka ye tak

    ReplyDelete
  11. Macam-macam gak kan nama HS ni keluar, ye laa nama yang biasa dah susah nak jumpa dah, licin manjang...janji ada dan pakai sudah...dari nan ado kan..

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing! Luckily I got stocked up before this season.
    By the way the packing looks adorable , nanti saya belum guna, anak saya telah habiskan

    ReplyDelete
  13. cantik packaging dia. memang sangat diperlukan musim2 penyakit skrg ni

    ReplyDelete
  14. This is so true Mimi... saya ni pun dah paranoid dah semenjak tercetusnya gelombang Covid-19 dari yang first lagi... huhuhuhu... memang penting untuk kita bawa sanitizer ke mana-mana buat masa ni...walaupun begitu, basuh tangan dengan menggunakan sabun dengan sempurna paling penting untuk kita pastikan sentiasa dilakukan ya... itu jualah antara pesanan yang sering saya titipkan buat my better half juga anak-anak4... semoga kita semua dilindungiNya...

    ReplyDelete
  15. menda ni dah jadi kewajipan kan, apabila keadaan mendesak tu harga pun naik terus :(

    ReplyDelete
  16. I always keep a bottle with me too. Hand Sanitizer Bloop Germ Blaste ini looks so cute and nice to use

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum sis Mimi Azirah, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete
  18. Sis sebelum kes pun sis dah pakai hand senitizer. Bila time nk ke luar negara atau jalan2 sure ada dlm handbeg. Sis selalu guna dettol tapi laa ni cpt sgt habis. Bolehlah cuba yg ni

    ReplyDelete
  19. sana sini hand sanitizer pn dah naik harga

    ReplyDelete
  20. Great job for publishing such a beneficial web site. Your web log isn’t only useful but it is additionally really creative too. battery sprayer

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie