Most Recent

Sunday, March 08, 2020

Hadiah daripada Blogger Fieza Sani dan Hidana Miswan

Hadiah daripada Blogger Fieza Sani dan Hidana Miswan | Assalamualaikum. Hai semua! Bila jadi blogger ni rasa seronok tu tak tergambar dengan kata kata. Nak nak bila kita kenal ramai blogger yang baik hati dan pemurah tau. Tu kira rezeki bila kita di kelilingi dengan kawan kawan blogger yang positif. Rasa syukur sangat!

Bulan lepas dan bulan ni Mimi terima rezeki yang tak disangka daripada kawan kawan blogger. Bulan lepas Mimi disenaraikan sebagai top komentator bulan Januari di blog kak Fieza Sani.

Hadiah  yang Mimi terima tu ialah beg yang diperbuat daripada jeans dan juga kerongsang.



Dua dua hadiah Mimi suka. Comel sangat! Secomel orang yang memberi. Terima kasih kak Fieza😘😘

Semalam pula Mimi terima kejutan daripada seorang lagi blogger. Tahu tahu saja dapat parcel dari poslaju. Tertanya tanya juga siapa yang hantar sebab barang untuk review semua dah dapat. Nak kata beli online pun tak ada. Bila suami bagi parcel tu terus tengok nama pengirim.

Terkejut masa tengok. Allahu!! Rupanya parcel tu daripada kak Hidana Miswan. Sebelum ni memang kak Dana ada minta alamat. Tak fikir apa apa terus bagi. Lepas bagi tu terus lupa dah.. Hahaha.. Orang dalam pantang ni memang cepat lupa. Bila dapat parcel terkejut jugalah.

Dalam parcel tu ada sepasang baju baby, kerongsang dan cermin. Terima kasih kak Dana. Kak Dana ni salah seorang blogger yang rajin singgah blog Mimi. Selalunya Mimi akan balas kunjungan kak Dana tapi lambatlah balasnya. Tapi tetap balas tau!






Cantik dan comel je baju baby, cermin dan kerongsang kak Dana bagi tu. Terima kasih kak Dana. Nanti baby pakai baju ni saya tag akak ya. 

Korang yang suka blogwalking tu jangan lupa singgah sekali blog kak Fieza dan kak Dana tau! 

7 comments:

  1. Tq mimi rajin singgah blog akak..hehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah sampai baju nya ya mimi... kita ni takde anak kecil bila tengok kawan ada baby seronok lak

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah comey semua hadiah ^_^

    ReplyDelete
  4. sronok dpt adih dr kwn blogger kn

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak, comel ja hadiah2nya

    ReplyDelete
  6. tahniah Mimi. cantik2 semua hadiahnya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.