Beli Xiaomi Mi Band 4 Sempena Sale Shopee 3.3

Beli Xiaomi Mi Band 4 Sempena Sale Shopee 3.3

Beli Xiaomi Mi Band 4 sempena Shopee 3.3 | Assalamualaikum. Hai semua! Semalam Mimi ada up status di Instagram pasal BELI XIAOMI MI BAND 4 SEMPENA SALE SHOPEE 3.3. Sebelum ni ada dapat band watch free iaitu Huawei Band 4. Dapat free sebab beli handphone Huawei Y9s untuk suami.

Xiaomi Mi Band 4 + free strap


Mimi guna sekejap saja band watch tu sebab tak boleh link dengan AIA Vitality cuma boleh link dengan Huawei Health saja. Memandangkan Mimi nak link dengan AIA Vitality, so Mimi BELI XIAOMI MI BAND 4 SEMPENA SALE SHOPEE 3.3. Mesti ada yang tertanya tanya apa AIA Vitality tu kan.

AIA Vitality ni merupakan satu aplikasi yang memantau tahap kesihatan kita di mana pelbagai aktiviti yang kita buat ada point yang akan kita peroleh. Dan dari points tu boleh tebus macam macam dari merchant terpilih. Sebenarnya Mimi download AIA Vitality tu sebab Mimi merupakan pelanggan AIA, ambil medical card AIA untuk diri sendiri dan anak anak.

Xiaomi Mi Band 4 



Memandangkan Mimi dalam tempoh berpantang target utama mestilah nak capai berat badan ideal. Sebagai persediaan untuk capai berat badan ideal ialah beli XIAOMI MI BAND 4.

XIAOMI MI BAND 4 ni Mimi boleh pantau heart beat, jumlah langkah sehari, jumlah kalori yang terbakar, data tidur, data lemak dan sebagainya selain daripada jenis workout yang kita buat. Ada walking, cyling, swimming dan banyak lagi. Yang menariknya band watch ni juga boleh dengar lagu tau tapi kena link dengan aplikasi muzik di handphone kita terlebih dahulu.

Kita juga boleh set untuk terima notification sms yang masuk. Kalau malas nak view di handphone, view saja di band watch. Untuk incoming call juga boleh set di band watch ni. Menarik bukan? 

Tukar screen display gambar sendiri


Sebenarnya Mimi ada juga recce band watch jenama lain tapi kan harganya tu tak berapa nak mampulah.. Hahaha.. Masa tengok harga terkejut sekejap dibuatnya. 

Nasib baik ada XIAOMI MI BAND 4 ni. Harga asalnya memang RM1++tau korang tapi memandangkan Mimi beli sempena sale Shopee 3.3 dari harga RM1++ tu terus dapat harga RM91.00.

Bukan setakat tu saja, Mimi guna pula baucer yang diberikan seller diskaun RM3 setiap belian melebihi RM50 dan baucer free shipping. Jumlah sebenar Mimi bayar hanya RM88.00. Apa lagi kan terus buat bayaran cepat cepat.

Mimi pilih XIAOMI MI BAND 4 percuma strap band warna pink. Tapi seller call bagitahu strap pink dah out of stock, Mimi minta tukar warna purple. Boleh lah kan janji ada. Masa dapat paparan pada screen berbahasa cina tau. Nak tukar bahasa Inggeris kena download aplikasi Mi Fit di handphone dulu. Nanti dah link pada handphone bahasa akan bertukar! 

Strap band watch dah bertukar warna! 


Dah habis pantang nanti boleh guna sehabis baik bila nak buat workout nanti. Boleh pantau berapa banyak kalori dah terbakar. Lagipun dah tak banyak kilo Mimi nak turunkan untuk capai berat badan ideal. Korang yang nak beli band watch ni boleh terjah Shopee. Pastikan seller tu yang recommended tau.

Eh kalau nak tahu apa istimewanya XIAOMI MI BAND 4 ni korang boleh baca entry blogger kak Lynda  https://www.azlindaalin.com/2019/09/jam-xiomi-mi-band-4-kami-suami-isteri.html?m=1

20 Comments

  1. waalaikumussalam. saya dulu penah pakai mi band 3, alhamdulillah sangat puas hati dengan mi band ^_^

    ReplyDelete
  2. Wah! Berbaloi beli ni . Rugi tak grab time sale. Cx tak pernah guna pon tapi bagus juga benda ni ya

    ReplyDelete
  3. Ooo dia untuk health jela ye. .okla nak jaga kesihatan kene tau tkan semua tu. .menarik ni

    ReplyDelete
  4. Wow.. Bestnya boleh pantau tahap kesihatan kita kan.
    Erm.. Berbaloi kan beli dekat shopee sekarang ni. Kita pun kerap beli dgn shopee seksrang. Hihi

    ReplyDelete
  5. Bestnyaa ade alat ni. Sng nak pantau kshtn kita. Nk track mase lari pun syok kan yg ni

    ReplyDelete
  6. Ni kalau anak tgok ni sure dia nak ni. Tunggu birthday dia lah nanti bagi hadiah kat dia

    ReplyDelete
  7. Cantik warna tu, iena suka. Bagus guna tuk workout :)

    ReplyDelete
  8. Suami tengah mencari cari benda ni. Banyak yang dia dah survey. Maybe boleh perkenalkan yang ni.

    ReplyDelete
  9. best ni sis.. za pun mmg duk cari jam ni senang nak monitor health kita ...nk tgk heart rate sume... bole la usha brand ni nnt..thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. Wowwieeee!!! Bestnyerssss laaaaaa... 2 in 1 gitu... di samping bergaya siap boleh pantau kesihatan gitu... dah la sekarang ni dok tengah excited dok berdiet secara sihat... memang kena sangat laaaaa kan... nak cuba check la regenya... hehehehe...

    ReplyDelete
  11. Hahaha bila nengok post Mimi ni baru teringat Sis punya, adeii mana pulak letaknya ek..sampai laa ni tak pakai lagi sejak beli..nak kena cari ni..

    ReplyDelete
  12. Husband suka gadget2 macam ni sebab sekarang dah giler jogging. Nak cari yg ada gps sekali pulak katanye

    ReplyDelete
  13. suka benda2 gini, cuma kadang renyah nak guna sebab kena cas2 kan. kalau cam jam tu mudah sikit

    ReplyDelete
  14. Yeah. Dah ada bandwatch nie makin senang nak pantau pergerakan diri kan. Rawlins selalu tengok dan jika tak capai target 10,000 langkah, terus rasa tak tenang hahaha

    ReplyDelete
  15. wah. aida pun da lama teringin nak membeli mi band ni tau.
    tak beli beli lagi.
    sebab tak tau nak pilih yg mana, mimi.
    bagus ni kan. dpt pantau workout kita seharian :)

    ReplyDelete
  16. Menarik jam ni. Sangat membantu terutana mereka yg dalam proses untuk kuruskan badan

    ReplyDelete
  17. Sebelumn ni tak amek kesah pun gadget macam ni. Tapi bila baca ni, rasa macam nak beli 1 laa hihi

    ReplyDelete
  18. Suka la smart watch macam ni banyak function berguna yang membantu memudahkan urusan seharian bagi mereka yang selalu nak cepat untuk dapatkan info dan monitor health hee

    ReplyDelete
  19. Byk betul function jam ni la. Tgok ramai yg pakai. Nampak simple n sporty sgt

    ReplyDelete
  20. Bagus mi band ni you can track your movement and also sleep.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie