Ayam Kicap Goreng Resipi Mak Mertua Ringkas dan Mudah Disediakan

Ayam Kicap Goreng Resipi Mak Mertua Ringkas dan Mudah Disediakan

Ayam Kicap Goreng Resipi Mak Mertua Ringkas dan Mudah Disediakan | Bila Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan Perdana Menteri minggu lepas, kita semua kena #stayathome selama 14 hari. Bila duduk rumah ni otak mesti tepu bila masuk bab memasak kan. Mimi pun tak terkecuali tau. Kadang blur je nak masak apa.



Hari ni tiba tiba datang idea nak masak Ayam Kicap Goreng Resipi Mak Mertua Ringkas dan Mudah Disediakan. Selalunya menu ni dimakan dengan nasi ayam. Kalau masak nasi ayam, memang mak mertua akan masak ayam cara ni. Bila dia masak, Mimi suka tengok dan tanya. Sekarang praktikkan di rumah sendiri. Anak anak memang suka lah. Diorang selalu ingat Mimi buat ayam masak madu tapi sebenarnya tak. 

Ayam Kicap Goreng Resipi Mak Mertua Ringkas dan Mudah Disediakan


Bahan bahan dan caranya nak masak ayam kicap goreng ni tersangatlah senang korang. Cuma perlukan tiga bahan saja.

Bahan bahan yang diperlukan untuk memasak Ayam Kicap Goreng Resipi Mak Mertua Ringkas dan Mudah Disediakan ialah ayam, kicap lemak manis dan minyak. 



Cara nak masak pun mudah saja korang. Perap ayam dengan kicap selama 10 minit supaya kicap diserap sepenuhnya. Dah cukup masa perapan, panaskan minyak dan goreng ayam macam biasa. Perlu diingatkan lebihan kicap tadi jangan dibuang pula ya. Curahkan saja ke dalam kuali. Hasilnya nanti seperti gambar di bawah. 




Mudah sajakan. Lepas ni kalau buntu nak masak apa korang boleh cuba resipi Ayam Goreng Kicap  Resipi Mak Mertua Ringkas dan Mudah Disediakan ni. Memang sedap tau korang! Selamat mencuba. 

21 Comments

  1. sedap ni!
    ala-ala masak kicap.
    tapi digoreng gitu.
    tq for sharing ekk.
    aida ni da abis idea dah nak masak pe, mimi.
    hari ni hari ke6, berbaki 9 hari tu dok rumah.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah sekali ko zoom Mimi, terliur nengokk...nanti nak try gak, biasa buat gini bila masak nasi ayam..

    ReplyDelete
  3. Sedap masak time2 macamnie..kegemaran anak2..simple jer

    ReplyDelete
  4. Sepanjang hidup akak, pertama kali kena quarantine sekeluarga macam sekarang ni. Asyik la memasak. Orang dalam rumah ni lapar aje. Ayam masak kicap memang fav bila-bila masa. Hahaha. Telur kicap pun ngam. hahaha

    ReplyDelete
  5. wah senangnya..iena tak pernah buat cmni..menarik gak ayam perap dengan kicapbaru goreng..mesti ayam dia lebih sedap kan..nanti iena nak cuba la..biasa iena goreng ayam dengan kunyit and garam je hehe

    ReplyDelete
  6. this is one of my favourite. ya Allah sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  7. Ya Allah nampak sedap betul kejadian ayam tu. nampak mudah tapi bila buat sendiri habis dapur mcm tongkang pecah. Hahahaa

    ReplyDelete
  8. Belum pernah cuba, tapi ada resepi similar Bella gunakan sos tiram aje. Nanti nak try la combine dgn kicap. Mesti sedap ni sb pakai sos tiram je pun dah sedap.

    ReplyDelete
  9. Uitt sedap weiii...sis ni mmg hantu kicap, apa2 yg letak kicap mmg sis suka gila. Nanti nk cuba le resepi ni

    ReplyDelete
  10. tengok pun tahu sedap! Nasib ada lagi stok ayam kat dalam peti. boleh lah try resepi ni. thanks for sharing

    ReplyDelete
  11. insyaAllah nanti boleh cuba resepi ni. tempoh berkurung ni macam2 resepi kena cuba

    ReplyDelete
  12. Nampak sedapnya. Macam ayam yang makan dengan nasi ayam tu. Bahan-bahan pun mudah nak sediakan. Nanti Qiss cuba pulak ek. Tak sabar ni.

    ReplyDelete
  13. Ok. Rawlins nak pergi beli ayam jap. Harapnya masih ada lagi la di pasar raya waktu-waktu gini kan

    ReplyDelete
  14. Senang jer..lain orang lain caranya kan...paling susah kalau guna daging sebab daging kotak tu liat kan..amik masa lama nak masak

    ReplyDelete
  15. Baru je masak ayam masak kicap aritu tapi stail 3 budak gemuk punya. Hat ni pun nampak sedap dan lebih ringkas penyediaannya. Boleh gak cuba bila dah blur tak tahu nak masak apa nanti.

    ReplyDelete
  16. Mudah sangat ni. Tak pernah tahu ada cara masak macam ni. Menarik. Boleh cuba nanti. Tq share :)

    ReplyDelete
  17. Ringkas betul ni. Bawang pun tak perlu ye. Guna kicap apa ye??

    ReplyDelete
  18. wah sedapnya! berbeza dengan resepi dengan mak saya punya. bolehlah cuba lepas ni :)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie