Most Recent

Monday, March 16, 2020

7 Sebab Gold Huggies Natural Soft Diapers Jadi Pilihan

7 Sebab Gold Huggies Natural Soft Diapers Jadi Pilihan |Sebagai ibu, Mimi amat menitikberatkan diapers yang lembut, selesa, kadar serapan yang baik dan pantas serta tidak bocor dalam pemilihan lampin pakai buang untuk anak.

Nak pakaikan anak diapers kenalah sesuai dengannya, betul tak? Kulit baby ni tak sama macam kulit kita. Kulitnya yang lembut agak sensitif. Salah guna diapers melecet dan kemerahan pula kulitnya nanti. Secara kebetulan Gold Huggies Natural Soft Diapers ada ciri ciri yang Mimi hendak.


7 Sebab ๐†๐จ๐ฅ๐ ๐‡๐ฎ๐ ๐ ๐ข๐ž๐ฌ ๐๐š๐ญ๐ฎ๐ซ๐š๐ฅ ๐’๐จ๐Ÿ๐ญ ๐ƒ๐ข๐š๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ Jadi Pilihan

Apa ciri ciri yang ada pada diapers ni sampai Mimi memilihnya? 

Nak tahu apa bagusnya diapers ini dan sebab Mimi memilihnya? 7 sebab Gold Huggies Natural Soft Diapers jadi pilihan ialah :

100% Kapas Semulajadi

Ia diperbuat daripada 100% kapas semulajadi yang diimport untuk memberi keselesaan bila dipakai. 

Pelekat Renggang Lembut


Pelekat pada bahagian pinggang boleh renggang dan sangat lembut serta memberi keselesaan ketika dipakai. Yang paling bagus ia tidak mudah tercabut atau koyak! ⁣

Petunjuk Basahan


Selain itu, ciri yang paling Mimi suka ialah petunjuk basahan garisan berwarna kuning! Ia akan bertukar menjadi warna biru selepas anak kencing dan ia juga menunjukkan sudah tiba masa untuk menukar diapers Amani. 

Pad Kapas Penyerap Lembut

Pad kapas penyerap yang lembut dan ringan pada diapers juga membantu penyerapan dan mengunci cecair daripada berlakunya kebocoran! Selain itu kadar penyerapannya yang pantas dan cepat untuk mengekalkan keselesaan pada Amani. ⁣

Penutup dengan 100% Peredaran Udara


Ia juga menggalakkan peredaran udara yang membantu mengekalkan kulit Amani kering dan segar! ⁣


Pelapik Penyerap Cecair


Diapers ini menyedut air kencing dan cecair buangan besar dengan pantas dan cepat untujkmengekalkan kulit agar kering dan bersih. 

Penyerapan Sepanjang Malam


Oleh kerana ia pantas dan cepat menyerap, kadar serapan bertahan sehingga 12 jam. Sekarang Amani tidur lebih lena pada waktu malam dalam keadaan kering dan selesa! ⁣



Jadi, Mimi mengesyorkan kepada ibu ibu di luar sana untuk mencuba ๐†๐จ๐ฅ๐ ๐‡๐ฎ๐ ๐ ๐ข๐ž๐ฌ ๐๐š๐ญ๐ฎ๐ซ๐š๐ฅ ๐’๐จ๐Ÿ๐ญ ๐ƒ๐ข๐š๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ untuk anak anak korang yang baru dilahirkan supaya kekal kering, selesa dan segar! ⁣

20 comments:

  1. haaaa boleh beli pampers ni buat hadiah bila ziarah kawan yang ada newborn. Bagus Huggies come up dengan pampers yang tak melecet. Baby selesa, ibu pun senang hati

    ReplyDelete
  2. Huggies ni adalah produk pertama yang memang Sis guna masa melahirkan tiga-tiga anak, semua jenama lain tak boleh guna sampailah keluar Drypers...memang bagus huggies ni, cuma harganya memang agak mahal..tapi alah membeli menang memakai...

    ReplyDelete
  3. huggies mmg jenama boleh dipercayai.. dulu syafi pakai huggies juga

    ReplyDelete
  4. Good baby diapers. Thank you for sharing your review on this product.

    ReplyDelete
  5. Mana tau selepas ni if kawen dan ada anak.. Boleh la beli jenama ni kan.. Hehe

    ReplyDelete
  6. Mana tau selepas ni kawen dan ada anak.. Boleh la beli jenama ni kan.. Hehe

    ReplyDelete
  7. Ana pernah guna Huggies masa syafi kecik dulu. Memang best especially bab daya serapan tu. Takde kes bocor sana sini.

    ReplyDelete
  8. Tak berapa nak tahu bab pampers ni sbb dulu dulu kita org guna lampin je haha... kdg tu pakaikan untuk cucu pun terbalik haha

    ReplyDelete
  9. Masa anak anak I kecil huggies ni memang kitaorang guna best je anak I pakai nampak selesa Dan penyerapan lebih baik.. bay pun dinyahkann

    ReplyDelete
  10. menarik juga ni. saya tak pernah guna huggies, jarang2 la. nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  11. Liez memang guna huggies untuk anak-anak since diaorang new born lagi.. sebab anak-anak serasi dan juga mampu menanggung cecair dengan banyak.. jarang mengalami kebocoran.. memang trusted brand bg Liez

    ReplyDelete
  12. Masa anak akak new born dulu pun akak pilih huggies ni. Cuma selalu takda di pasar raya. Akak selalu beli online je NB diaper ni. Saiz dia just nice utk baby.

    ReplyDelete
  13. Wah menarik.. siap boleh tau bila perlu tukar lampin ya sekarang..

    ReplyDelete
  14. Pernh beli huggies untuk anak-anak mmg elok..memng cepat serap

    ReplyDelete
  15. Brand ni mmg best akk dah guna sejak dulu lagi. Anak2 pun selesa

    ReplyDelete
  16. Banyak benefits huggies ni, nanti nak belikan untuk my cols baby shower

    ReplyDelete
  17. Anak2 sis dulu pun pakai huggies. Memang bagus dan selesa dekat baby. Now packaging nampak menarik

    ReplyDelete
  18. Adik ipar iena pun pakai brand huggies :)

    ReplyDelete
  19. bolehlah saya suggest brand ni dkt kakak saya. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  20. My daughter also using Huggies! High 5 sister! Babies also happy using good nappy

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.