7 Cara Bentuk Family Time Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

7 Cara Bentuk Family Time Ketika Perintah Kawalan Pergerakan | Malam tadi tepat pukul 20 malam, PM kita telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia kerana Covid-19 yang semakin berleluasa di mana kesnya meningkat setiap hari. 

Ini bermakna, kita semua perlu duduk di rumah untuk mengelakkan daripada dijangkiti dan membendung Covid 19. Hanya mereka yang terkecuali saja perlu bekerja seperti biasa. Namun langkah langkah keselamatan dan kebersihan perlulah dititikberatkan.





7 Cara Bentuk Family Time Ketika Perintah Kawalan Pergerakan



Bila perintah telah dikeluarkan kita, sudah tentu masa kita banyak dihabiskan di rumah. Bila dah duduk di rumah sudah tentu banyak masa kita bersama keluarga. Masa inilah kita dapat Family Time dengan suami dan anak anak. 


Macam mama kita nak bentuk famiky time ni. 7 cara bentuk family time ketika Perintah Kawalan Pergerakan ialah : 


Malam Keluarga


Selepas makan malam, perut pun dah kenyang. Masa itulah kita bersantai, pasang televisyen. Buka netflix atau download saja apa-apa movie bertema family atau komedi. Selain itu, boleh juga kita buat aktiviti yang semua orang boleh buat bersama. Contoh main Jutaria ke, buat teka teki ke, main UNO ke. Mesti seronok, kan?

Ubahsuai Kedudukan Perabut Rumah


Sekali sekala ajaklah semua ahli keluarga kerjasama. Bina strategi jadi orang ala-ala pakar Interior Designer. Guna kreativiti untuk ubah kedudukan kerusi di ruang tamu. Kasi luas sedikit. Nak lebih rajin, ajak mengecat. Dah siap semua tu, punyalah lega tengok hasil. Kita sendiri makin seronok nak duduk rumah.

Bersenam Bersama


Boleh buka Youtube. Search apa saja video tentang senaman mudah. Lakukan terus awal pagi. Jangan kasi anak-anak tidur berdengkur sampai tengahari. Masa wabak begini lah kena kerap bersenam dan keluarkan peluh bagi kuatkan sistem tubuh badan. Keluarga sihat, hidup pun tenang.

Membaca Bersama


Kalau kita tak boleh mengembara ke luar. Kembarakan minda melalui pembacaan. Bawa diri kita kepada satu perjalanan mencari pengetahuan dengan lebih luas melalui buku. Bagusnya, kita duduk sebelah anak-anak, baca dengan gaya bercerita. Tarik minat mereka dengan buat nada ikut watak. Mereka akan tertarik untuk kekal duduk dengan kita.

Bersenilah Bersama


Ambil kertas lukisan. Terokai kreativiti bersama keluarga. Guna segala water colour atau krayon. Buat lukisan tentang sesuatu yang menyenangkan. Contohnya suasana kampung atau sesuatu lukisan yang cantik.

Berkhidmat Untuk Kebajikan


Didik keluarga untuk sama-sama buat perkara kebajikan. Buang sampah di kawasan rumah atau bersihkan taman perumahan. Jadi sebuah entiti keluarga yang buat hal ini tanpa disuruh. Hanya tanam rasa tanggungjawab untuk pelihara persekitaran dan jadikan ia lebih baik dan selamat untuk semua.

Luang Masa Di Dapur


Boleh masak bersama-sama. Didik keluarga untuk cuba resipi yang lazat dan menarik. Dari situ hubungan keluarga semakin erat dan hebat.


Kredit : FB SuzyHoney


Itulah 7 cara bentuk family time ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang korang boleh lakukan nanti. 

Mungkin korang ada juga aktiviti lain yang bermanfaat boleh dibuat bersama sama dengan keluarga. Selain daripada 7 cara di atas, Mimi juga print soalan soalan kertas ujian atau peperiksaan untuk anak anak jawab. Isi masa lapang mereka. 

Mimi juga ajak anak anak bermain bersama contoh main permainan tradisional congkak. Bila kerja rumah semua dah siap, ajak main congkak. Memang seronok. 

Banyak cara sebenarnya kita boleh bentuk family time ni kan. Kadang fikir semula ada hikmah semua ni berlaku. Kalau sebelum ni mungkin masa kita agak terhad dengan keluarga kerana sibuk dengan tugas, sekarang ni kita ada masa untuk mereka. Betul tak? Peluang yang ada gunakan sebaik baiknya. Pasti meninggalkan kenangan terindah. 

Yang penting jaga diri, jaga keluarga saling melindungi antara satu sama lain. Ikutlah nasihat tdan saranan kerajaan demi kesejahteraan semua. Semoga wabak Covid-19 ini dapat dibanteras sebaiknya. 

Post a Comment

16 Comments

  1. terima kasih, ada beberapa cdgn tu, ada dlm list sy utk family sempena perintah kawalan pergerakan..

    ReplyDelete
  2. Boleh praktikkan ketujuh-tujuh cara. Sementara dalam perintah berkurung ni. Xd la blurrr je

    ReplyDelete
  3. Ada hikmahnya kan disebalik semua yang berlaku..yang sebelum ni sibuk takde masa bersama family, now Allah tu bagi kelepasan bersama family, manfaatkanlah, sambil kita membanteras virus ni...

    ReplyDelete
  4. itulah kan kak mimi.. dah dpt cuti ni, kita spend time la dgn anak2 ... Allah nk beri kita kelonggaran tu sebenarnya.. mungkin kita lalai atau terlalu busy utk anak2.. apa2 pun tips ni mmg bagus kita buat dgn anak2.. baru la ada family bonding time ...take care kak mimi

    ReplyDelete
  5. Rawlins hari nie dah mengemas rumah. Esok lusa nak membaca dan netflix. Tu je mampu buat sebab sorang2 hahaha

    ReplyDelete
  6. Ini la masa untuk betul kan mana yang tertinggal. Good tips and great time to membentuk anank anak dan juga perhubungi suami isteri.

    ReplyDelete
  7. hope we can overcome wabak covid-19 a.s.a.p

    ReplyDelete
  8. Dan juga masa inilah kita boleh ajak anak anak sembahyang berjrmaah berimankan ketua keluarga iaitu suami merangkap ayah kan?

    ReplyDelete
  9. Sis time sekarang ni mmg tak keluar kalau tak ada keperluan. So banyak masa masak2 je gan anak..tgok tv..makan..hehehe

    ReplyDelete
  10. betul tu, kena cari aktiviti untuk buat sama-sama. insyaAllah kita mampu zero kan virus corona

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing! This would be a great time to have a closer bond with our family members. Be safe!

    ReplyDelete
  12. Penting untuk dudik rumah. Demi kwmaslahatan bersama. Moga rantaian ini segera putus

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas tips. Untuk keluarga saya, dah plan beberapa aktiviti di rumah jugak

    ReplyDelete
  14. Seronok. Mcm2 nak buat. Tapi tak mampu betul sekarang ni. Rasa rugi cuti 2 minggu melepek di buatnya.

    ReplyDelete
  15. banyak sebenarnya aktiviti yang kita boleh buat dirumah masa dalam perintah berkurung ni, cuma kita nak dan tak nak buat je.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah banyak aktiviti boleh dilakukan bersama-sama. Semua happy duduk rumah dan spend masa bersama.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com