5 Tips Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin

Sumber : Google

Tips Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin | Selepas bersalin perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah susu badan selain daripada berpantang. Sangat penting untuk pastikan susu badan banyak dan cukup untuk diberikan kepada anak nanti.

Anak anak sebelum ni merasa menyusu badan sehingga dua tahun kecuali Aina bertahan hanya selama 6 bulan sahaja kerana dah preggykan Auni. Jadi, anak bongsu ni Mimi nekad nak susukan sehingga dua tahun juga. 

Tapi disebabkan emosi sedikit terganggu gara gara letih dan stress, penghasilan susu badan agak terganggu. Bulan lepas susu memang banyak, seronok bila perah tapi sekarang rasa nak menangis tengok stok susu yang diperah. Jadi, Mimi ambil inisiatif untuk banyakkan susu badan dengan mencuba beberapa tips dan terbukti ia berkesan! 

Tips Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin


Pasti ibu ibu di luar sana ingin tahu juga tips banyakkan susu badan selepas bersalin. Sebenarnya banyak tips  untuk banyakkan susu badan selepas bersalin yang kita boleh amal dna praktikkan. 

Antaranya ialah kerap menyusukan anak, minum air kosong dengan banyak, mengurut payudara, pastikan tidak stress dan pengambilan makanan merangsang pengeluaran susu

Kerap Menyusukan Anak


Mana mana artikel yang kita baca memang akan ingatkan ibu ibu untuk kerap menyusukan bayi bagi merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu yang banyak. 

Minum Air Kosong dengan Banyak


Salah satu petua untuk banyakkan susu badan, minum air kosing dengan banyak. Sekurang kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. Lagi kerap kita minum lagi banyak susu terhasil! 

Mengurut payudara


Salah satu cara nak banyakkan susu badan ialah mengurut payudara. Caranya ialah mengurut secara lembut di kawasan payudara dan belakang badan. Kalau rasa tidak mengurut boleh upah tukangburut yang mahir untuk urut supaya susu jadi banyak. Cara ini memang terbukti berkesan! 

Pastikan Tidak Stress


Sebab utama pengeluaran susu berkurang kerana letih dan stress. Jadi, untuk atasi masalah keletihan dan stress ialah kita hendaklah sentiasa positif  dan gembira setiap masa. Contohnya dengan membaca novel kegemaran atau menonton rancangan lawak. 

Pengambilan Makanan Merangsang Pengeluaran Susu


Amalkan makan makanan yang boleh menghasilkan susu dengan banyak seperti lobak putih, kurma, susu dan oat. Boleh juga amalkan pengambilan sayuran dan buah buahan.

Betul Ke Susu Farm Fresh Kurma Boleh Banyakkan Susu Badan?




Salah satu cara banyakkan susu badan ialah mengambil makanan rangsang penghasilan susu dengan banyak seperti kurma dan susu

Inisiatif yang Mimi ambil untuk banyakkan susu selain daripada cara di atas ialah minum susu Farm Fresh Kurma. 

Betul ke susu Farm Fresh ni boleh banyakkan susu badan? Hah, ternyata amalan minum susu Farm Fresh Kurma ini penghasilan susu badan Mimi menampakkan perubahan ketara! 

Sekali beli memang 3, 4 botol. Sejak amalkan minum susu Farm Fresh Kurma ni memang Mimi perasan susu badan mula jadi banyak semula. Buat korang yang ingin cuba boleh beli susu Farm Fresh Kurma di mana mana pasaraya. 



Kalau rasa malas nak beli dan nak cuba buat sendiri susu kurma pun boleh tau. Boleh tonton video di bawah cara menyediakan susu kurma sendiri hanya menggunakan dua bahan saja. 


Kredit : Cooking Ideas

Sebenarnya terdapat banyak tips untuk banyakkan susu badan selepas bersalin. Cuma bergantung pada diri sendiri sama ada nak atau tak nak usaha saja. 

Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu ibu di luar sana yang berusaha untuk banyakkan susu badan. 

Post a Comment

14 Comments

  1. Bagus sharing Mimi ni, mudah-mudahan dpt tingkatkan motivasi ibu2 lain di luar sana yg tgh tekad nk susukan anak jugak kan. Betul supply and demand susu tu plg utama, jgn give up bila mula2 susu sikit ke pe kan, keep on bg dismping amalkan point2 lain tu insyaAllah berjaya nnt nk susukan smpai 2 tahun atau lebih hehe. All the best!

    ReplyDelete
  2. Lrbih mudah buat susu kurma sendiri kan daripada brli yg siap at least kita tahu itu lebih fresh.

    ReplyDelete
  3. Begup banyak cara nak banyakkan susu badan. Yang penting janggan streess janagn penat tu je.. Minum juga susu fresh ni.. Memng sedap dan banyak susu

    ReplyDelete
  4. Masih ku ingat betapa payahnya nak menghasilkan susu berkualiti lagi konsisten. Hahaha. Adui akak, memang sesuatu yang merunsingkan bila susu kurang. Booster saya adalah susu kurma juga. tapi buat sendiri le. Sekarang dah best ada Susu Farm Fresh. Haha. Selain susu kurma, saya amalkan makan nasi. Sebab saya takleh la susu cair cair bila anak minum. Saya pun tak suka simpan susu utk buat stock. Haha. Memang demand tinggi sebab anak dedua boys. 3 tahun merasa dpt bg susu kat mereka. Alhamdulillah. Hehe.

    ReplyDelete
  5. betul tu sis.. saya masa anak 1st tak byk ilmu di dada..pastu stress.. lagi la susu kurang tapi alhamdulillah la dpt juga myusu anak smpi 2+tahun.. rezeki anak 2nd lepas mama tau tricks and trait ni... melimpah2 pula.. mmg ada masa pun mnum FF kurma tu kalau malas nak buat sendiri.. mmg susu meriahhh...suka FF kurma sbb tak manis sgt..

    ReplyDelete
  6. info baru untuk saya ni hehe. terima kasih atas info ni. sedikit sebanyak dapat memberi pemahaman buat saya :)

    ReplyDelete
  7. Masa lps bersalin dulu..mmg sis kekurangan susu badan..tak ada petia pulak waku tu..so kesian anak berapa minggu je terus minum susu botol. Bagus ada tips mcm ni buat ibu2 yg melahirkan

    ReplyDelete
  8. Betul, utamanya jangan stress...kalau stress, satu apa pun tak boleh..
    Lagi satu kalau pemakanan, makan lobak putih hari=hari, bagus perbanyakkan susu juga...tapi sekarang lagi mudah, minum je susu kurma Farm Fresh tu, adik Sis minum tu jee...

    ReplyDelete
  9. Teringat pulak time dok menyusukan my babies (4) dulu... alhamdulillah, saya ni memang ada banyak susu... sampai penuh la nursing bra tu dengan susu dulu... habis basah-basah baju siap kena letap napkin baby kat baju untuk mengelakkan basah teruk... tapi, pernah dua kali rasanya kalau tak silap... masa tu agak stressed dengan kerja... susu tak nak keluar... huhuhuhu... jenuh dok urut... pakai pam pun tak nak keluar susunya... alhamdulillahlah tak bengkak... pastu, try makan kurma (saya ni intolerent susu) sebab masa tu ada sorang kakak tu dia suggested me to drink susu kurma... alhamdulillah, slowly susunya keluar lepas saya amalkan makan kurma... kiranya, nak bagitau yang setuju sangatlah bahawasanya susu kurma ni memang merupakan booster untuk ibu-ibu menghasilkan lebih banyak susu... hehehehe...

    ReplyDelete
  10. perkongsian yang bagus. Boleh la sharing dengan adik ipar sebab dia baru je abis pantang. Ni cuti sekolah dia nak bawa baby balik kampung. Happynya dapat jumpa anak buah baru.. yeayyy

    ReplyDelete
  11. good info. kalau lah akak baca masa syafi baby dulu mesti xde masalah susu x cukup

    ReplyDelete
  12. Owhh baru tahu susu kurma boleh memperbanyakkan susu utk ibu yg menyusukan anak.

    ReplyDelete
  13. Bagus sangat kongsi tips ni jd ibu2 yg baru bersalin boleh la dapat info berguna

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing, memang bertuah siapa yang awal-awal dah ada susu banyak. Macam I dulu sikit je keluar, stress jugak sebab nak cukupkan stock susu untuk anak sebab bekerja. Tapi Alhamdulillah bila ikut tips dan petua banyak je susu lpas tu.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com