Meja Komputer Baru untuk Mini Ruang Kerja

Meja Komputer Baru Untuk Mini Ruang Kerja | Bila buat partime job sebagai blogger ni penting sangat ada ruang kerja untuk mudahkan kerja update blog dan snap gambar produk.

Sebelum ni Mimi buat kerja kerja blogging menggunakan handphone saja tapi kadang banyak sangat typo. Kadang letih juga update entry guna handphone ni. 

MEJA KOMPUTER BARU UNTUK MINI RUANG KERJA

Sebelum ni Mimi tak ada laptop untuk uodate keeja blogging sebab rosak. Anak tumpahkan air sirap atas laptop. Bila kena dah kena air sirap ni faham faham sajalah. Dah hantar repair pun tak jadi apa. So, ada duit Mimi beli laptop baru. Yang ni laptop ketiga Mimi beli.

Dah ada laptop, mestilah nak ada meja dan printer kan. Jadi, Mimi decide beli meja komputer. Lepas ni beli printer pula. 

MEJA KOMPUTER BARU UNTUK MINI RUANG KERJA ni Mimi beli di kedai perabot biasa di kawasan perumahan Mimi. Harga asal RM190. Suami tawar menawar harga dapat RM150. Disebabkan tak besar mana, angkut saja naik kereta. Bukan jauh mana pun kan.

Lepas ni nak beli printer pula. Beli yang jenis 3 in 1. Boleh print, scan dan fotostat. Senang. Yelah, kadang kadang anak anak Mimi kena buat tugasan yang cikgu suruh cari di internet.

Meja komputer ni Mimi letak di sudut depan ruang tamu. Tak besar mana pun ambil space. 



Tara!!! Mini ruang kerja Mimi. Abaikan dinding tu ya sebab cat dah lama sangat, bertahun lepas tu jadi bercapuk. Memang dah plan nak cat baru nanti. Raya nanti beraya sakan dengan dinding warna baru.

Alhamdulillah dah ada ruang kerja sendiri. Mudah kepas ni nak buat kerja kerja blogging. Nak simpan barang barang review pun mudah. Lepas ni nak Google deko deko ruang kerja pula. 

Post a Comment

9 Comments

  1. Alhamdulillah
    memudahkan kerja2 blogging

    ReplyDelete
  2. Cantikkkk..cantikkkkkk.hehehhe...selamat mendekoooo ya...saya takde ruang camtu..huhuu

    ReplyDelete
  3. nampak selesa meja ni.. tentu lebih bersemangat nak buat keje kan

    ReplyDelete
  4. dalam pantang ligat lagi dia ya... cantik dan kemas je meja tuh

    ReplyDelete
  5. Wah..gigih ni siap dah ada ruang kerja sendiri dah...

    ReplyDelete
  6. Senang kan Mimi ada ruang keja sendiri.. Kak Sue pun memang ada dan buat ruang keja untuk Kak Sue. Senang tak ada sapa kacau.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. bila ada meja kerja baru ni, jadi bersemangat sikit nak buat kerja kannnn

    ReplyDelete
  8. Yeah... Mesti lagi rajin berblog kan... LeYa pun dah ada bilik khas untuk kerja-kerja online ni.. Masuk pun ada time macam masuk office.. Hehehe..

    ReplyDelete
  9. Mudah lah nak update blog lepas ni bila guna laptop kan. Kalau guna hp byk nau typo dia. Leceh nk betulkan balik.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com