Most Recent

Monday, February 10, 2020

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 | Assalamualaikum. Hai semua! Malam ni timeline Facebook, Instagram dan Twitter agak sunyi sebab mesti ramai tengok Anugerah Juara Lagu 34 katakan. Nak nak artis yang bertanding malam ni bukan kaleng kaleng tau. 

Sumber : Google

Mimi pun tak ketinggalan tengok AJL 34 tau. Pantang pantang jugak, hiburan kena ada sekali sekala. Lagu lagu yang dipertandingkan malam ni pun best best tau.

Peserta AJL 34
Sumber : Google


Mesti masing masing berdebar debar kan nak tunggu keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 34. Yang tengok AJL 34 mesti dah tahu keputusan penuh. 

Buat korang yang tak berkesempatan nak tengok AJL 34 mungkin nak tahu keputusan penuh AJL 34 kan? So, KEPUTUSAN PENUH PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 34 ialah : 

Persembahan Pilihan Peminat - Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) 
Persembahan Terbaik - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip) 
Vokal Terbaik - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip) 
Tempat Ketiga - Anta Permana (Bob Yusof) 
Tempat Kedua - Bangun (Aman Ra) 
Juara - Sumpah (Naim Daniel)

Hah!! Amacam?! Terkejut tak dengan keputusan AJL 34 malam ni? Macam Hafiz Suip tu Mimi dapat agak dia memang akan menang mana mana kategori yang ada. Sebab setiap kali dia masuk AJL, mesti dia ada luck untuk rangkul trofi. Dan tekaan Mimi tak salah bila dia berjaya rangkul dua anugerah malam ni. Vokal dia memang tak boleh nak pertikaikan lah. Memang terbaik.

Lagu Anta Permana pun Mimi memang rasa akan menanh tapi tak pasti tempat keberapa. Tapi bila dapat tempat ketiga kira not bad lah kan. Yang Mimi tak jangkakan menang lagu Bangun, Aman radan Sumpah, Naim Daniel tu. Duk fikir lagu Ragaman menang atau Lembah Kesepian. 

Tapi tak apalah, mungkin juri profesional lebih tahu kekuatan dan keistimewaan sesebuah lagu tu dan mereka mesti ada alasan tersendiri kenapa lagu Bangun dan Sumpah jadi pilihan mereka untuk menang tempat kedua dan juara. Thaniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Juara Lagu 34. Ingat ya, ini anugerah untuk lagu bukan anugerah untuk artis favourite korang! 

16 comments:

  1. Ruby tak tengok tadi sebab kat luar. Tahniah semua pemenang.

    Nanti nak tengok kt u tube lah

    ReplyDelete
  2. Best lagu kisah cinta kita tu sweet kan Hafiz dgn wife dia

    ReplyDelete
  3. Tahniah ND. Kemenangan yang tak di sangka2. Tp lagu tu mmg berhantu sedap dia.

    ReplyDelete
  4. tahniah kpda smua pmenang..:)

    ReplyDelete
  5. Best semua lagu-lagu yang tercalon AJL34 tahniah pada pemenang...

    ReplyDelete
  6. Siyes terkejut..semalam tengok sikit je..nasib baik Dania dah rakam

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Wrmbth Sis Mimi. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  8. tahniah semua, akk br sempat tgk kat youtube

    ReplyDelete
  9. Tak tengok AJL 34 ni.. 😅😅

    Tahniah semua yang menang...
    ~🤣🤣 gelak baca ayat mimi yg lastu tu, Ingat ya, ini anugerah untuk lagu, bukan anugerah untuk artis favourite korang!🤣.. 'baik puan. Saya akan beringat😆'

    ReplyDelete
  10. Kak Sue tengok sikit je sebab keluar lepas tu.. apapun, tahniah pada semua pemenang..

    ReplyDelete
  11. saya terlepas nak tengok. last2 tengok je la result kat media sosial ^_^

    ReplyDelete
  12. bila tgk persembahan naim daniel mmg terasa meremang. he deserve it

    ReplyDelete
  13. aida x tgk ni, mimi.
    layan antu kak limah di astro prima :)
    terkenang zaman dulu, zaman remaja, memang aida minat layan JL ni.
    tapi sejak JL ni ada 3 kategori dulu tu, minat berkurang.
    and now terus minat tu dah tak datang-datang :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  14. betul..setuju, mimi..ni pertandingan untuk lagu bukan artis favourite kita. Yang juara AJL tu akak dah boleh agak lepas je ND berjaya masuk ke final.

    ReplyDelete
  15. betul..setuju, mimi..ni pertandingan untuk lagu bukan artis favourite kita. Yang juara AJL tu akak dah boleh agak lepas je ND berjaya masuk ke final AJL 34.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.