Kebaikan Bertangas Untuk Wanita Berpantang

Kebaikan Bertangas Untuk Wanita Berpantang | Assalamualaikum. Hai semua! Bila dalam pantang ni macam macam penjagaan kena buat untuk pastikan badan sihat dan pulih. Salah satu penjagaan dalam berpantang ialah bertangas.

Memandangkan Mimi bersalin secara pembedahan, jadi ada yang Mimi tak boleh lakukan ketika berpantang iaitu bertungku. Ada juga amalan yang boleh Mimi buat iaitu bertangas. Nak tahu bahan apa yang Mimi gunakan untuk bertangas dan apa kebaikan bertangas ni.



Amalan bertangas yang Mimi lakukan ni ikut petua nenek Mimi. Memandangkan nenek dulu bidan kampung, jadi banyak petua dan amalan yang dia beri pada Mimi untuk diamalkan. Salah satunya amalan ketika berpantang. Ingat lagi masa Mimi pantangkan Auni, nenek Mimi jaga tau. Memang capailah berat badan ideal tu. Bayangkan berat masa mengandung 9 bulan 70 ++ kg, habis pantang berat cecah 55kg.

Hah, macam mana boleh dapat berat ideal macam tu? Salah satunya yang nenek Mimi buat ialah dia suruh Mimi bertangas. Cara bertangas tu menang betul cara kampung dia ajar. Bahan yang digunakan satu bahan sahaja iatu serbuk teh.

Ya! Nenek hanya guna serbuk teh sahaja dan itu juga bahan yang Mimi gunakan untuk bertangas bila pantang anak bongsu ni. Rendamkan serbuk teh guna air panas dalam baldi. Pakai kain batik atau tuala dan lalukan wap dari bawah. Memang rasa segar je badan tau.



Apa Kebaikan Bertangas Untuk Wanita Berpantang?

Apa itu bertangas? Bertangas ni mempunyai fungsi yang sama seperti bersauna dan mandi wap. Amalan ini biasanya dilakukan selepas bersalin atau selepas habis haid. Bertangas ini mampu membantu proses pembakaran lemak selain daripada mewangikan badan serta mengeluarkan peluh.

Menurut nenek Mimi, bertangas ini juga bagus diamalkan oleh perempuan yang selepas bersalin di mana ia mampu membantu dalam proses menyembuhkan dan mengecutkan rahim dengan cepat.

Sebab itulah, Mimi mampu capai berat 55kg sebab setiap kali selepas mandi memang Mimi akan bertangas. Sekarang ni buat sendiri saja sebab senang saja amalan bertangas ni. Siapa yang boleh amalkan bertangas ini. Sebenarnya semua kaum wanita boleh saja melakukan amalan bertangas ni cuma ada tempoh tertentu yang perlu diikut.

Untuk wanita sudah berkahwin dan anak dara seeloknya lakukan 1 hingga 3 kali seminggu untuk dapatkan kesan yang terbaik. Ia mampu membantu merawat masalah keputihan dan bau, menegangkan kulit, mengelak pelbagai penyakit kelamin dan rahim, mengelak rahim jatuh dan tombong.

Untuk wanita berpantang boleh dilakukan selama 44 hari sepanjang berpantang. Ia membantu mengeringkan dan menyembuhkan luka dan jahitan, mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian sulit, nifas lawas dan cepat kering, kembali ketat, kecutkan rahim serta mengelakkan keluar tombong.

Untuk wanita yang berusia pula juga seeloknya amalkan 1 hingga 3 kali semimnggu untuk kemablikan "lembapan kewanitaan" terutamanya wanita yang mengalami pra monopos atau nyang telah mengalami monopos. Selain daripada itu ia juga menegangkan dan mengembalikan lembapan pada kulit bahagian sulit.

Banyak kebaikan bertangas ni. Cuma bahan yang digunakan untuk bertangas setiap orang berbeza. Memang dari dulu Mimi bertangas hanya menggunakan serbuk teh saja. Beli sahaja serbuk teh lambak yang dijual di kedai. Jimat belanja dan tenaga. Amalan bertangas menggunakan serbuk teh ni memang dah lama nenek Mimi amalkan dan dia turunkan ilmu kebidanan pada anak cucu pula.



Selepas pantang pun Mimi akan amalkan amalan bertangas ni. Nak kekal sihat dan cantik kenalah rajinkan diri, betul tak? Korang pula gunakan bahan apa untuk amalan bertangas? 

Post a Comment

19 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing. Nak try buat la. Ni fiza anak da setahun badan tak mau slim huhu

    ReplyDelete
  3. Baru tau kebaikan bertangas ni..orang tak berpantang pun boleh buat rupanya..bahan yg mimi guna pun senang je. Tq atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. wahh.. seriously dilah x pernah buat bertangkas dan bertungku ni mimi.. bagus juga info ni..

    ReplyDelete
  5. akak pun kdg2 buat time lepas habis period..kadang buat sendiri tapi bahan rempah ratus beli yang dah siap. cuma panaskan je..kalau ada bajet lebih, akak amik pakej urut yg ada tangas ni..mmg suka tangas..rasa fresh kat tut..hehe

    ReplyDelete
  6. Yaya pernah baca kebaikan bertangas ni tapi tak berkesempatan lagi nak buat. Lepas ni boleh buat hee untuk kesihatan dan kebersihan dalaman juga kan. Kaum wanita memang kena alert dengan petua orang zaman dulu :)

    ReplyDelete
  7. Bagus juga perkongsian ini. Tak sangka serbuk teh pun boleh digunakan untuk bertangas. Ini info yang saya baru tahu.

    ReplyDelete
  8. dulu aida bertangas juga, mimie. wajib, kan.
    badan rasa fresh lepas tu.
    now aida bersauna 2-3 kali seminggu.
    bagus. sememangnya aida x byk masa nak gi jogging, bersenam semua bagai.
    bersauna memang beri kesan yg ok la pada aida.

    ReplyDelete
  9. kalau duduk rumah mak rajin jugak bertangas dengan daun lengkuas, serai semua. Sekarang dah malas. nanti nak buat lah

    ReplyDelete
  10. Never heard of this. Sounds interesting. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  11. Good post and good knowledge sharing. This is the first time I heard about bertanggas. Thank you.

    ReplyDelete
  12. dapat ilmu baru harini. tak salah kan kaum lelaki nak ambil tahu hal hal macam ni.

    ReplyDelete
  13. Dah umur 30 tahun ni, memang terasa nak bermula bertangas. Ada yang rajin buat, nampak betul naik seri. Thank for sharing Kak Mimi..... excited pula nak bertangas..

    ReplyDelete
  14. Masa berpantang dulu memang bertangas jugak. Bila dah tak bersalin pun kadang2 aada panggil tukang urut, dia suh bertangas kita ikutkan aje leee..x salah apa pun..lagi bagus adalah kan..:D

    ReplyDelete
  15. kita pernah dengar pasal filem Tangas jer hehehe tak tahu cara pengamalannya dan juga kebaikannya bila baca sini baru tahun memang bagus amalkan cara tradisional ni kerana mereka dah berpengalaman kan...

    ReplyDelete
  16. My mum memang amalkan bertangas nie dan sekali untuk my sisters sebab memang amalan orang Iban. Moga sihat semuanya dengan amalan istiqamah sebegini

    ReplyDelete
  17. Bab pantang nie mmg kena jaga kan. Macam2 petua org tua2 kena buat utk pastikan badan betul2 elok

    ReplyDelete
  18. time pantang la dapat manjakan badan...

    ReplyDelete
  19. Sebenarnya kalau tak berpantang pun bagus bertangkas ni, buang toksin dalam badan tapi tu lee tak tahan panas gilee selubung hahahaha

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com