Jambangan Coklat Untuk Adik Ke 5 Sempena Perbarisan Tamat Latihan Tentera Darat

Semalam merupakan hari Perbarisan Tamat Latihan Tentera Darat Siri 190/2019 di PUSASDA. Adik Mimi yang ke 5 yang kitorang panggil Amin terlibat dalam perbarisan tersebut. Alhamdulillah berjaya juga dia tamatkan latihan. Syukur.

Bila dapat tahu dia nak tamat latihan, Mimi dan adik adik yang lain sibuk buat persiapan nak bagi hadiah pada Amin. Asyik bagi jambangan bunga bosan pula kan bukan boleh makan pun. Akhirnya kitorang yang kakak kakak ni sepakat nak buat jambangan coklat untuk Amin. Boleh juga makan dan kongsi dengan kawan kawan dia yang lain kan.

Mimi tak dapat sumbang tenaga pun hanya kirim dekat adik adik Mimi je beli apa yang patut. Yang lain semua adik Mimi yang nombor 2, Dian dan nombor 3, Cuya uruskan. Yelah dah kakaknya dalam pantang kan. 

Maka terhasillah tiga jambangan coklat hasil tangan adik Mimi, Dian dan Cuya. 

Wrap pink ni beli yang dah siap ada, adik mimi beli di kedai Eco. 

Yang jambangan coklat pink kecil ni hadiah daripada Mimi. Ni saja mampu belikan untuk Amin. Dalam pantang banyak guna duit. Hahaha. 


Yang ni jambangan coklat dari Mama kitorang untuk Amin. Dian juga buatkan. 


Yang last ni jambangan coklat guna box daripada adik adik yang lain. Diorang share. Hasil kesemua jambangan coklat ni memang adik Mimi, Dian dan Cuya yang buat. Tapi banyaknya Dian lah. Tangan dia memang berseni dan sejenis kreatif bab bab ni.

Kalau Mimi bab bab ni sorry to say lah memang failed. Sejenis tangan tak berseni. Tapi kalau bab kira kira memang laju saja. Kesemua barang untuk jambangan coklat ni beli kedai Eco saja. Coklat tu saja beli kedai lain. Jumlah semua tak sampai RM50 pun. Jimat kan. Tak perlu susah payah tempah beratus ratus. Buat sendiri jimat banyak! 

Post a Comment

7 Comments

  1. Lagi jimat bagi coklat berbanding bunga. Tahniah ye adik Amin

    ReplyDelete
  2. masa baca tajuk tu, akak terbaca jambatan coklat.. dalam hati jambatan coklat mana lak ni heheheh
    sekali salah baca da...

    ReplyDelete
  3. Cantik hasil kraftangan adik2 mimi....dah boleh buat business dah ni...tahniah buat Amin...

    ReplyDelete
  4. sib baik terjah sini, mimie.
    terus teringat nak order bouquet utk besday nurin ahad ni.
    tq tq tq for reminding me.

    ReplyDelete
  5. kalau jenis tangan berseni ni, tak ada hal nak hias macam ni..kacang je untuk dorang..tangan kita serupa, mimi..tak berseni..haha..

    ReplyDelete
  6. Bestnya, tgn verse I.. Akk ni tgn keras juga.. Non hado nk gubahnya.. BTW, congratulations Amin...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com