Fragrance Mist Victoria's Secret Vanilla Lace

Fragrance Mist Victoria's Secret Vanilla Lace | Assalamualaikum. Hai semua! Penat badan ni tak habis lagi sebab ulang alik klinik, pusat rawatan harian dan hospital. Yelah bacaan kuning baby tinggi, memang kenalah ulang alik. Dah tak macam pantang dah. Tadi baru balik dari hospital, baby boleh discharged.

Masa di hospital dapat panggilan dari adik posmen beritahu ada barang untuk Mimi. Mimi assume barang untuk review lah. Yelah sebelum bersalin memang ada deal dengan PR untuk produk review. Sampai di rumah bukan satu parcel untuk Mimi tapi dua. Ah sudah kepala otak duk fikir barang apa pula lagi satu. Nak kata beli barang online memang tak ada.



Fragrance Mist Victoria's Secret Vanilla Lace

Masuk je dalam rumah kemas sikit sikit apa yang patut, uruskan baby lepasntu baru buka parcel. Yang lagi satu memang barang untuk review. Yang lagi satu buat Mimi tertanya tanya tu rupa rupanya hadiah top Komentator dari blogger kak Adda, mamapipie.com.

Tepuk dahi bila baca nota tu, Allahu macam mana boleh lupa. Hadiah yang Mimi dapat daripada kak Adda ialah FRAGRANCE MIST VICTORIA'S SECRET VANILLA LACE. Saja test bau spray kat pergelangan tangan. Wanginya.. Bau aiskrim vanila oii.. Mulalah tekak seorang Mimi ni jadi jahat nak makan aiskrim. Hahaha..



Boleh tahan baunya. Kekal lama. Rasa tak sabar nak habis pantang nak melaram sakan pakai minyak wangi kak Adda bagi ni. Minyak wangi Mimi yang ada banyak nak habis dah. Kak Adda macam tahu tahu aje stok minyak wangi kat rumah Mimi tinggal sikit. 

Terima kasih kak bagi hadiah Fragrance Mist Victoria's Secret Vanilla Lace ni. Suka sangat! Eh sebelum terlupa, Mimi nak ajak korang ramai ramai join giveaway yang sednag berlangsung di blog kak Adda sekarang ni. Hadiah wang tunai untuk 17 pemenang tau korang. Yang belum join cepat cepat join.

Korang klik saja link ni untuk join giveaway ya g kak Adda anjurkan. Jangan lupa join tau!

http://www.mamapipie.com/2020/02/giveaway-wang-tunai-rm1000-by-mamapipie.html

Post a Comment

4 Comments

  1. Memang lazim lepas bersalin memang bayi akan kena kuning.
    Tak ingat menang hadiah ye.

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Bestnya hadiah. Saya pun suka perfume victoria secret

    ReplyDelete
  3. tak penah try perfume VS ni..wangi yeak..nnti boleh usya2 time sales...

    ReplyDelete
  4. Tahniah Mimi... Bestnya dpt VS. 14 feb ni, akk pun dpt VS juga hehe.terkwjut husband surprised

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com