Wednesday, February 19, 2020

Bagaimana Melindungi Tali Sawat atau Timing Belt Kereta Anda Supaya Tahan Lama?

February 19, 2020 0 Comments
Pertamanya, apakah itu tali sawat dan kenapa ia begitu penting bagi enjin kereta anda?



Pada dasarnya ia adalah tali -  biasanya getah dengan gentian tegangan tinggi - yang menyelaraskan gerakan putaran aci engkol (crankshaft) dan aci sesondol (camshaft) di dalam enjin supaya injap terbuka dan ditutup  pada waktu yang tepat semasa pengambilan setiap silinder dan lejang keluaran (strok ekzos), agar enjin kenderaan boleh bergerak.

Dengan kata lainnya, tali sawat dapat memastikan aci engkol dan aci sesondol dalam enjin kereta berfungsi dengan baik.




Ini adalah bahagian yang rumit dalam enjin, jika tali sawat rosak, enjin tidak akan berfungsi lagi. Sebenarnya ini adalah senario kes terbaik.

Bagi sesetengah enjin, satu atau lebih injap mungkin akan tersekat apabila tali sawat putus, sementara piston akan bergerak ke atas dengan kuat, menembusi injap terbuka.

Oleh itu, enjin anda mungkin akan mengalami beberapa injap dan piston yang pecah. Lebih buruk lagi ialah enjin mungkin rosak sama sekali. Ini berlaku jika injap dan rod menekan penutup enjin, manakala piston boleh pecah kerana aci engkol bengkok dan patah.




Semua ini, boleh mengakibatkan kesan buruk dan membebankan jika tali sawat rosak. Disebabkan itulah, pemilik kereta disyorkan untuk menukar tali sawat mereka pada selang masa yang tetap bagi mengelakkan kerosakan dan kemerosotan.

Memandangkan penukaran tali sawat tidak dapat dielakkan, terdapat cara untuk melindunginya supaya ia boleh tahan lebih lama, sehingga mengurangkan keperluan penggantian yang kerap. Perkara paling penting dalam kehidupan, kuncinya adalah penyelenggaraan.





Untuk tali sawat, sebenarnya hanya memerlukan beberapa semburan WD-40® Specialist™ Automotive Belt Dressing. Ia menembusi gentian tali sawat untuk memberi kelenturan dan fleksibiliti, serta membantu mengelakkan ia berbunyi dan mudah tergelincir.




Untuk menggunakannya, hidupkan enjin terlebih dahulu. Kemudian ambil botol WD-40® Specialist™ Automotive Belt Dressing bersama straw kuning yang tersedia dan goncang  sebelum menyembur produk ini secara perlahan pada permukaan dalam tali sawat - berdekatan takal terkecil atau paling tinggi. Elakkan menyembur secara terus ke arah takal.




Kemudian, biarkan enjin hidup beberapa minit supaya set terbabit dapat dibersihkan. Penyelesaian ini boleh diulang semula jika perlu.

Langkah mudah ini adalah cara yang diperlukan untuk memastikan tali sawat anda tahan lebih lama.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang barisan produk pakar penyelesaian automotif, boleh melayari https://wd40.asia/.

Tuesday, February 18, 2020

Bacaan Jaundis Tinggi Baby Jalani Fototerapi di Pusat Rawatan Harian

February 18, 2020 5 Comments
Bacaan Jaundis Tinggi Baby Jalani Fototerapi di Pusat Rawatan Harian | Ini merupakan pengalaman pertama Mimi hadapi situasi ni. Anak yang sebelum ni semua tak alami BACAAN JAUNDIS TINGGI.

Aina dan Auni dulu bacaan jaundis tak tinggi sangat, jaundis banyak pada muka saja. Adhwa pulak bacaan tinggi tapi masih terkawal. Kira turun naik. Tapi tak sampai kena fototerapi.


Kali pertama fototerapi di pusat rawatan harian. Kesian dia tak selesa sebab kesejukan. Air cond pusat rawatan harian kuat gila. Menggigil badan dia tahan sejuk. 

Tapi baby yang bongsu ni memang ujian sungguh. Bacaan jaundis memang tinggi. Paling rendah 177 paling tinggi 352. Tu yang BACAAN JAUNDIS TINGGI BABY JALANI FOTOTERAPI DI PUSAT RAWATAN HARIAN di HTJ.

Badan penat jangan cakaplah sebab ulang alik rumah, klinik dan pusat rawatan harian. Bila bacaan terlalu tinggi kena warded di SCN, HTJ.

Bayangkan 04 Februari pergi pusat rawatan harian, 05 Februari datang lagi. Petang tu fikir baby boleh balik sekali kena warded SCN. Masa tu dah menangis teruk sebab terpaksa berpisah dengan baby. Lepas tu fikirkan kesian kat baby asyik kena cucuk ambil darah.


Masa ni baby baru lepas menyusu dan Mimi peluk dia untuk kurangkan rasa sejuknya. Kesian tengok baby menggigil kesejukan. Dahlah badan dia halus dan kecil saja. 

Dah discharged SCN, kena berulang pergi KK. Bila bacaan tinggi lagi, KK refer semula ke Pusat Rawatan Harian. Bila bacaan tinggi kena warded lagi sekali. 12 Februari tu kena warded lagi lepas bacaan fototerapi tinggi sampai 352.


Masa ni baru lepas ambil darah, bacaan 352. Kesian tengok dia. Asyik kena ambil darah. Hati Mimi memnag tak kuat bila dengar baby menangis. Mimi pun jadi sedih dan menangis sama. 

Lepas dah tahu keputusan jaundis tu yang kena warded SCN. Warded kali ke 2. Bertabah sajalah. 

Nasib baik masa di SCN, doktor brief so far bacaan okay lagi dan tak sampai nak transfer darah. Doktor sendiri berharap supaya tak berlaku transfer darah ni. 

Doktor juga sejukkan hati Mimi, katanya bila ibu dan ayah darah O+ memang tak boleh buat apa. Memang normal kalau jaundis baby tinggi.

Mimi memang dah pasrah sebab dah sendiri jenis darah O+ nak buat macam mana kan. Apa yang Mimi harapkan, supaya baby bebas jaundis dan tak perlu dah nak ulang alik klinik dan hospital. Korang doakan baby Mimi cepat sembuh dari jaundis ya. 

Monday, February 17, 2020

Pengalaman Bersalin Anak Bongsu Part 2

February 17, 2020 6 Comments

Pengalaman Bersalin Anak Bongsu Part 2 Dah baca pengalaman bersalin Mimi sebelum ni? Sebelum baca entry ni korang kena baca dulu cerita Mimi yang sebelum ni. Takut tak faham pula kan.
Nurse panggil Mimi untuk siap sedia masuk je labor room. So, Mimi kena naik kerusi roda nak ke labor room. Sampai je labor room Mimi dimasukkan ke bilik nombor 7. Dalam labor room macam biasa macam macam prosedur dibuat. Check jalan dan pecah ketuban semua.



Nurse dalam labor room ada beritahu yang tempoh masa Mimi ada dalam labor room hanya 8 jam sahaja. Kenapa 8 jam? Sebab sebelum ni Mimi kan pernah czer, jadi diorang hadkan selama 8 jam sahaja. Tak nak tanggung risiko takut rahim pecah bila terlalu lama berlaku contraction. Kalau dalam tempoh 8 jam tu tak ada progress, memang kena tolak OT room lah jawabnya.

Pukul 10 tu kira semua prosedur dah settle, pecah ketuban semua so menunggulah Mimi dalam labor room tu. Nak tunggu jalan buka. Masa ni boleh borak borak dan ketawa dengan nurse sebab tak ada contraction lagi. Siap boleh tidur walaupun perut ada alat CTG. Tangan pun dah masuk ubat untuk bantu ada contraction tapi dos yang diorang bagi Mimi dos paling rendah. Kira tak kuatlah.

Pukul 2 petang, doktor check jalan dah buka 4 cm. Doktor siap cakap bila dah buka 4cm ni, progress nak buka jalan makin senang dan cepat. Lepas check jalan tu, contraction dah mula rasa walaupun tak kerap mana. Tapi dalam pukul 2.30 petang tu dah mula kerap contraction. Makin lama makin kerap. Memang sakit sangat, sampai menggigil badan tahan contraction dan kepit kaki sebab jalan still 4cm lagi. Bila ada gesa nak meneran je, Mimi tahan lagi sampai menggigil badan.

Pukul 5.20 petang doktor check jalan still 4cm. Maknanya no progress. Pukul 5.30 petang suami Mimi dipanggil masuk ke labor room. Doktor beritahu yang Mimi kena juga operate sebab tak ada progress nak bersalin normal. Banyak jugalah prosedur. Dan masa tu juga suami minta untuk "ikat". Sebelum tu pun Mimi dah tanya doktor boleh ke Mimi "ikat" dan doktor bagi. 

Lepas nurse dan HO siapkan semua dokumen berkaitan, Mimi dan suami kena tandatangan. Dah siap semua, Mimi dan suami kena tunggu sekejap untuk nurse siapkan beberapa dokumen lagi. Masa tu contraction makin kuat. Sempatlah genggam tangan dia kuat kuat. Dah tak tahan sangat. Mulut dah terkumat baca doa Nabi Yunus sambil dalam hati cakap cepatlah.. Allah.

Lepas tu terus Mimi kena tolak OT room sambil ditemani suami. Sampai kat pintu saja sempat salam suami dan dia tepuk perlahan tangan Mimi dua kali tanda bagi semangat. Nampak juga muka dia risau.

Sebelum masuk OT room Mimi ditempatkan di satu bilik untuk beberapa prosedur. Nurse dan doktor tanya beberapa soalan dan mereka tunjuk beberapa dokumen untuk confirmkan Mimi dan suami tandatangan. Bila dah selesai, doktor pakar bius datang tanya beberapa soalan. Kemudian Mimi kena tolak ke OT room.

Dalam OT room, Mimi kena bius untuk mulakan proses pembedahan. Selepas bius, cepat cepat Mimi baring dan pembedahan dimulakan. Mimi macam biasalah tidur. Tapi terasa lah perut kena tekan, kena godek godek. Dah macam jeli perut ni. 

Alhamdulillah tepat pukul 6.44 petang lahirlah anak Mimi yang ke 4 merangkap yang bongsu. Baby yang bongsu ni ialah baby girl dan berat 2.4kg. Mimi dapat jumpa baby sekejap saja. Nurse bagi dia rasa susu badan Mimi sekejap dan nurse beritahu baby kena bawa ke wad SCN. Sempat Mimi cium baby. Lepas tu, Mimi sambung tidur sebab operation tak selesai lagi sebab nak ikatkan.

Mimi keluar OT room dalam pukul 8 malam lebih macam tu. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Syukur Mimi dan anak selamat. Buat korang yang sedang menunggu hari untuk melahirkan baby, Mimi doakan semoga urusan korang dipermudahkan.

Sunday, February 16, 2020

Jambangan Coklat Untuk Adik Ke 5 Sempena Perbarisan Tamat Latihan Tentera Darat

February 16, 2020 7 Comments
Semalam merupakan hari Perbarisan Tamat Latihan Tentera Darat Siri 190/2019 di PUSASDA. Adik Mimi yang ke 5 yang kitorang panggil Amin terlibat dalam perbarisan tersebut. Alhamdulillah berjaya juga dia tamatkan latihan. Syukur.

Bila dapat tahu dia nak tamat latihan, Mimi dan adik adik yang lain sibuk buat persiapan nak bagi hadiah pada Amin. Asyik bagi jambangan bunga bosan pula kan bukan boleh makan pun. Akhirnya kitorang yang kakak kakak ni sepakat nak buat jambangan coklat untuk Amin. Boleh juga makan dan kongsi dengan kawan kawan dia yang lain kan.

Mimi tak dapat sumbang tenaga pun hanya kirim dekat adik adik Mimi je beli apa yang patut. Yang lain semua adik Mimi yang nombor 2, Dian dan nombor 3, Cuya uruskan. Yelah dah kakaknya dalam pantang kan. 

Maka terhasillah tiga jambangan coklat hasil tangan adik Mimi, Dian dan Cuya. 

Wrap pink ni beli yang dah siap ada, adik mimi beli di kedai Eco. 

Yang jambangan coklat pink kecil ni hadiah daripada Mimi. Ni saja mampu belikan untuk Amin. Dalam pantang banyak guna duit. Hahaha. 


Yang ni jambangan coklat dari Mama kitorang untuk Amin. Dian juga buatkan. 


Yang last ni jambangan coklat guna box daripada adik adik yang lain. Diorang share. Hasil kesemua jambangan coklat ni memang adik Mimi, Dian dan Cuya yang buat. Tapi banyaknya Dian lah. Tangan dia memang berseni dan sejenis kreatif bab bab ni.

Kalau Mimi bab bab ni sorry to say lah memang failed. Sejenis tangan tak berseni. Tapi kalau bab kira kira memang laju saja. Kesemua barang untuk jambangan coklat ni beli kedai Eco saja. Coklat tu saja beli kedai lain. Jumlah semua tak sampai RM50 pun. Jimat kan. Tak perlu susah payah tempah beratus ratus. Buat sendiri jimat banyak! 

Saturday, February 15, 2020

Pengalaman Bersalin Anak Bongsu Part 1

February 15, 2020 5 Comments
Pengalaman Bersalin Anak Bongsu Part 1| Entry kali ni panjang dari biasa. Yelah cerita pengalaman bersalin memang lamalah. Kalau rasa bosan sila klik X ya..Kalau sudi baca, baca sampai habis.

Alhamdulillah Mimi selamat melahirkan anak bongsu pada 1 Februari 2020 jam 6.44 petang secara pembedahan. Mesti ada yang tertanya tanya kenapa pembedahan? Tak boleh normal ke? Okay, meh Mimi bak kongsi cerita PENGALAMAN BERSALIN ANAK BONGSU.



Untuk kandungan kali ini, pertama kalinya Mimi GDM on insulin dan anemia. Anak anak sebelum ni semua clear. Yang bongsu ni lain sikit penangannya.  29 Januari 2020, Rabu, by hook or by crook Mimi kena serah diri ke hospital sebab GDM on insulin. Bila dah on insulin ni faham faham sajalah, memang kena bersalin awal. Masa ni usia kandungan Mimi 36 minggu 6 hari.

Selesai proses pendaftaran, masuk wad macam biasa. Untuk hari pertama tak ada apa yang best pun. Macam biasa, rutin nurse datang check bacaan bp dan jantung baby. Lepas tu, Mimi kena masuk bilik pasang CTG nak check jantung baby. Selesai semua, duduk saja atas katil diam diam dengan hati berdebar tunggu hari esok.

Esoknya 30 Januari 2020, pagi pagi sebelum 5 pagi lagi nurse dah kejut suruh bangun makan dan buang air kecil sebab nak pasang CTG lagi check jantung baby. Selesai CTG, Mimi mandi dan solat. Lepas tu sambung tidur sekejap. Pukul 7.30 pagi doktir datang Mimi kena start induce foley catherer. Senang cakap induce belonlah.

Pukul 7.30 pagi doktor datang, maka berdebarlah masing masing yang kena induce tunggu nama di panggil. Sampai turn Mimi, doktor check jalan dah buka 1 cm. Walaupun doktor perempuan tapi sakitnya time dia seluk tu rasa nak bagi penampar je. Doktor tu kecil je orangnya tapi tangan dia nauzubillah..Masa dia pasang induce belon tu sakitnya Allah saja tahu. Sampai Mimi tak sedar Mimi duk angkat punggung dan keraskan badan sebab menahan sakit. Bila dah selesai pasang tu, terus turun katil dan Mimi dinasihatkan untuk berjalan.

Erm, induce belon ni memang tak sakit langsung macam induce pil tapi kita rasa tak selesa sebab terjuntai tiub tu walaupun dilekat dengan plaster. Rupa induce belon tu korang tengok gambar kat bawah ni.

Foley Chaterer
Sumber : Google


So, bermula rutin baru kena berjalan sekeliling wad nak bagi belon tu mengembang. Belon akan kembang kalau kita aktif berjalan. Induce belon ni akan tertanggal sendiri kalau jalan dah buka 3cm atau 4cm ke atas. Hari pertama pasang, tak ada apa apa pun yang jadi. Sampai tengah malam tak ada apa apa progress. Tidur jelah sambung esok.

Keesokkannya 31 Januari 2020 macam biasa pukul  4.30 pagi nurse kejut suruh makan dan buang air kecil nak check jantung baby guna CTG. 7.30 pagi tunggu turn doktor panggil untuk pasang induce kali kedua. Kali ni doktor perempuan lain yang pasangkan. Masa ni jalan dah pun buka 2cm. Proses pasang induce tak sakit macam yang semalam. Tahu tahu dah siap pasang. Macam biasa rutin harian kena berjalan keliling wad, check bp dan jantung baby. Makan dan tidur. Tunggu keesokkan hari.

Esoknya 1 Februari 2020, macam biasa bangun seawal 4.30 pagi kena makan dan buang air kecil nak check jantung baby guna CTG. Lepas selesai, Mimi mandi. Masa mandi tu ada rasa nak buang air besar. Masa nak buang tuh tiba tiba keluar belon tu jatuh dalam lubang toilet. Nasib baik toilet duduk dan Mimi belum sempat nak buang air besar. Masa tu dah ada lendir darah keluar. So, induce belon tu Mimi letak ketepi sambung buang hajat dan mandi.

Foley Catherer yang keluar sendiri


Selesai semua, nurse datang Mimi tunjuk belon dah keluar. Dia suruh buang dan beritahu doktor belon dah keluar. Masa doktor sampai, masuk bilik terus beritahu belon dha keluar. Doktor check jalan dah buka 3cm. Terus doktor dan nurse beritahu nama Mimi akan dorang proceed ke Labor Room dan tunggu turn untuk dipanggil. Pukul 9.30 pagi nurse datang beritahu Labor Room dah panggil.

Hah nak tahu apa jadi seterusnya nanti Mimi kongsi dekat entry seterusnya pengalaman bersalin anak bongsu Mimi nanti ya. Cerita panjang sangat kang bosan pulak nak baca. Stay tune ya korang! 

Peluang Sekali Seumur Hidup untuk Memenangi ‘Gaji untuk Seumur Hidup’!

February 15, 2020 5 Comments
Peraduan terbesar Nestlé Malaysia tawar hadiah wang tunai melebihi RM4 juta kepada Pelanggan Nestlé menerusi peraduan #NestleGajiSeumurHidup

PETALING JAYA, 13 Februari 2020 – Nestlé Malaysia hari ini melancarkan peraduan terbesar di seluruh negara setakat ini, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian mereka dan memenangi “gaji untuk seumur hidup” menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup – hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit. 



Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan peluang kepada 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. Ini menjadikan jumlah wang tunai untuk Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup melebihi RM4 juta, dan akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia. Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup akan berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April 2020.



Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata, “Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada Nestlé dan jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka. Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi “Gaji untuk Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 – hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka!”



Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp. Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini. 



Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup 

Friday, February 14, 2020

Fragrance Mist Victoria's Secret Vanilla Lace

February 14, 2020 4 Comments
Fragrance Mist Victoria's Secret Vanilla Lace | Assalamualaikum. Hai semua! Penat badan ni tak habis lagi sebab ulang alik klinik, pusat rawatan harian dan hospital. Yelah bacaan kuning baby tinggi, memang kenalah ulang alik. Dah tak macam pantang dah. Tadi baru balik dari hospital, baby boleh discharged.

Masa di hospital dapat panggilan dari adik posmen beritahu ada barang untuk Mimi. Mimi assume barang untuk review lah. Yelah sebelum bersalin memang ada deal dengan PR untuk produk review. Sampai di rumah bukan satu parcel untuk Mimi tapi dua. Ah sudah kepala otak duk fikir barang apa pula lagi satu. Nak kata beli barang online memang tak ada.



Fragrance Mist Victoria's Secret Vanilla Lace

Masuk je dalam rumah kemas sikit sikit apa yang patut, uruskan baby lepasntu baru buka parcel. Yang lagi satu memang barang untuk review. Yang lagi satu buat Mimi tertanya tanya tu rupa rupanya hadiah top Komentator dari blogger kak Adda, mamapipie.com.

Tepuk dahi bila baca nota tu, Allahu macam mana boleh lupa. Hadiah yang Mimi dapat daripada kak Adda ialah FRAGRANCE MIST VICTORIA'S SECRET VANILLA LACE. Saja test bau spray kat pergelangan tangan. Wanginya.. Bau aiskrim vanila oii.. Mulalah tekak seorang Mimi ni jadi jahat nak makan aiskrim. Hahaha..



Boleh tahan baunya. Kekal lama. Rasa tak sabar nak habis pantang nak melaram sakan pakai minyak wangi kak Adda bagi ni. Minyak wangi Mimi yang ada banyak nak habis dah. Kak Adda macam tahu tahu aje stok minyak wangi kat rumah Mimi tinggal sikit. 

Terima kasih kak bagi hadiah Fragrance Mist Victoria's Secret Vanilla Lace ni. Suka sangat! Eh sebelum terlupa, Mimi nak ajak korang ramai ramai join giveaway yang sednag berlangsung di blog kak Adda sekarang ni. Hadiah wang tunai untuk 17 pemenang tau korang. Yang belum join cepat cepat join.

Korang klik saja link ni untuk join giveaway ya g kak Adda anjurkan. Jangan lupa join tau!

Tuesday, February 11, 2020

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

February 11, 2020 14 Comments
Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends | Memandangkan baby tengah sedap tidur, Mimi curi masa blogwalking blog kawan kawna yang lain dan join giveaway yang dianjurkan. Salah satu giveaway yang Mimi join hari ni ialah giveaway yang dianjurkan oleh kak Adda blogger Mamapipie. Korang yang belum join tu apa kata join cepat cepat giveaway ni. Jom baca syarat syarat giveaway.


Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.






Giveaway Wang Tunai Mamapipie







Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends



  1. Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  3. Tag 3 rakan 
  4. Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  5. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang
Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..


  • Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020


Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


Untuk giveaway kali ini Mimi tag 3 kawan blogger untuk join iaitu Ana Suhana, Aina dan Kak Sue


Ubat Untuk Lawas Sembelit Bagi Ibu Berpantang

February 11, 2020 8 Comments
Ubat Untuk Lawas Sembelit Bagi Ibu Berpantang | Bila berpantang ni macam macam benda kena hadap tau. Salah satunya ialah bila sembelit. Lepas bersalin part nak buang air besar paling ditakuti sebba takut jahitan terbuka. Tak kiralah bersalin secara normal atau pembedahan.



Ingat lagi masa lepas bersalinkan anak sulung, Aina secara normal 10 hari Mimi tak buang air besar. Nama pun bersalin anak sulung, tak ada pengalaman lagi. Bagi Mimi normal lah tak membuang banyak hari selepas bersalin. Hahaha.. Sekali itu tidak betul sama sekali. 

Betullah orang kata pengalaman dari kelahiran anak sulung banyak mengajar kita supaya lebih matang. Bersalin anak kedua dan ketiga tak kena sembelit pun walaupun awal awal dah standby ubat sembelit. Tapi selepas bersalin anak ke 4 ni Mimi langsung tak ada rasa nak membuang air besar.

Ubat Untuk Lawas Sembelit Bagi Ibu Berpantang

Sebelum ni kalau sembelit Mimi standby ubat warna kuning tu. Novolax nama ubat tu. Rasanya manis manis makan 2 biji cukup. Tunggu la 2,3 jam sekejap saja perut ada rasa gesa nak membuang. Memang kena tahanlah kalau perut rasa sakit memulas mulas tu. 

Tapi disebabkan bersalin kali ni secara pembedahan kali kedua rasa nak buang air besar tu ada tapi tak gesa nak membuang. Mimi suruh suami beli UBAT UNTUK LAWAS SEMBELIT BAGI IBU BERPANTANG Novolax tu.



Dijadikan cerita dia cari di farmasi Alpro. Tapi bukan Novolax yang dibawa balik sebaliknya dia bawa balik ubat Luctal. Dahlah kalau ubat jenis cecair ni Mimi memang bercinta betul nak telan. Lebih rela telan ubat jenis pil daripada cecair tau. 

Mimi dah nak merajuk dah sebab dia bukan beli ubat yang Mimi nak. Dia cakap bukan ubat kuning tu tak ada tapi orang farmasi tu tanya untuk siapa. Dia beritahu untuk isteri yang dalam pantang. So, pharmacist tu syorkan ubat  ni. Katanya tak beri kesan pada baby. Novolax tu kesannya kuat sikit. 

Dah suami beli ambil jela walaupun dia cari juga ubat Novolax tu (memang dia beli ubat kuning untuk sembelit tapi bukan Novolax ya..Dak Mimi is redha jela. Malas dah nak bising

Pertama kali minum ubat ni, adoiii... Manis rasanya macam air gula. Terus terbayang saat saat minum air gula dekat KK. Berpinau kepala dibuatnya. Mimi minum 15ml sahaja. Minum ubat ni kesannya bukan 2,3 jam tapi keesokan harinya.


Sorrylah kalau gambar tak berapa clesr sangat. Maafkan tangan yang snap gambar ini ya. 


Yang bestnya ubat ni tak buat perut kita memulas atau sakit. Cuma angin je asyik nak keluar. Tapi kena ingat tau, kalau kerap sangat kentut tu standby je lah dalam tandas. Nanti memang korang akan membuang. Tak payah teran sebab smooth saja. Harga ubat ni suami Mimi cakap dia beli RM9.00.

So far, walaupun rasanya manis pekat likat tapi memang bagus dan sesuai untuk ibu ibu berpantang. Memang memudahkan korang untuk membuang. Tak payah risau nak meneran ke apa. Ubat ni boleh cari di farmasi Alpro atau farmasi berhampiran. 

Pelan A-Life Medical Regular AIA untuk Mimi dan Anak Anak

February 11, 2020 9 Comments
Pelan A-Life Medical Regular AIA untuk Mimi dan Anak Anak | Assalamualaikum. Hai semua! Alhamdulillah, akhirnya Mimi berjaya juga ambil medical card untuk Mimi dan anak anak. Dah lama duk survey pelan medical card yang bagus dan selepas fikir masak masak akhirnya Mimi pilih pelan medical card AIA. 

Pelan yang Mimi ambil ialah A-Life Medical Regular di mana pelan ni 1 + 4, ibu + 4 anak. Sebenarnya banyak kategori tapi Mimi pilih hat ibu + 4 anak lah. Memang elok sangatkan ambil pakej ni. Mesti ada yang tertanya tanya untuk suami tak ambil ke? Untuk suami dia dah ada insurans dia tersendiri tambahan pula suami kita soljar awak, susah sikit nak ambil insurans luar ni!



Yeay!! Medical card Mimi dan anak anak dah sampai ke tangan. Actually Mimi dah terima 30hb Januari lepas, agen dak Mimi hantar sendiri by hand okay kat hospital. Nak tahu siapa agen insurans Mimi ni? 

Hah tak lain tak bukan, blogger kak Lynda. Kebetulan dah lama kenalkan, apa lagi terus contact kak Lynda beritahu nak ambil medical card. 


Medical card untuk baby ada juga tapi dapat kemudian sebab baru bagi surat beranak baby pada kak Lynda. 

Sebenarnya penting ambil medical card ni. Yelah sekarang ni kan macam macam penyakit yang ada. Kita sebagai ibu bapa kena fikirkan kesihatan anak anak jugak kan. 

Nak nak sekarang ni macam macam yang timbul. Influenza lah Novel Coronavirus lah. Kita jadi risaukan. Elok sangat kita sediakan payung sebelum hujan. 


Dapat juga planner dan kalendar meja AIA. Planner tu mana pergi Mimi bawa. Kalendar meja tu pulak Mimi letak di pejabat. Senang nak tengok tarikh tarikh penting.

Hah, buat korang yang nak dapatkan insurans yang bagus untuk diri sendiri dan keluarga, Mimi syorkan korang ambil AIA. Memang bagus! Nak dapatkan pelan AIA dengan kadar yang rendah atau nak tahu lebih lanjut mengenai pelan pelan yang ditawarkan AIA, korang boleh je contact Kak Lynda.

In shaa allah, korang akan di consult A to Z sampai faham oleh Kak Lynda. Highly recommend!

Hubungi :

Kak Lynda ( 012 - 646 0421) 

Monday, February 10, 2020

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34

February 10, 2020 16 Comments
Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 | Assalamualaikum. Hai semua! Malam ni timeline Facebook, Instagram dan Twitter agak sunyi sebab mesti ramai tengok Anugerah Juara Lagu 34 katakan. Nak nak artis yang bertanding malam ni bukan kaleng kaleng tau. 

Sumber : Google

Mimi pun tak ketinggalan tengok AJL 34 tau. Pantang pantang jugak, hiburan kena ada sekali sekala. Lagu lagu yang dipertandingkan malam ni pun best best tau.

Peserta AJL 34
Sumber : Google


Mesti masing masing berdebar debar kan nak tunggu keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 34. Yang tengok AJL 34 mesti dah tahu keputusan penuh. 

Buat korang yang tak berkesempatan nak tengok AJL 34 mungkin nak tahu keputusan penuh AJL 34 kan? So, KEPUTUSAN PENUH PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 34 ialah : 

Persembahan Pilihan Peminat - Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) 
Persembahan Terbaik - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip) 
Vokal Terbaik - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip) 
Tempat Ketiga - Anta Permana (Bob Yusof) 
Tempat Kedua - Bangun (Aman Ra) 
Juara - Sumpah (Naim Daniel)

Hah!! Amacam?! Terkejut tak dengan keputusan AJL 34 malam ni? Macam Hafiz Suip tu Mimi dapat agak dia memang akan menang mana mana kategori yang ada. Sebab setiap kali dia masuk AJL, mesti dia ada luck untuk rangkul trofi. Dan tekaan Mimi tak salah bila dia berjaya rangkul dua anugerah malam ni. Vokal dia memang tak boleh nak pertikaikan lah. Memang terbaik.

Lagu Anta Permana pun Mimi memang rasa akan menanh tapi tak pasti tempat keberapa. Tapi bila dapat tempat ketiga kira not bad lah kan. Yang Mimi tak jangkakan menang lagu Bangun, Aman radan Sumpah, Naim Daniel tu. Duk fikir lagu Ragaman menang atau Lembah Kesepian. 

Tapi tak apalah, mungkin juri profesional lebih tahu kekuatan dan keistimewaan sesebuah lagu tu dan mereka mesti ada alasan tersendiri kenapa lagu Bangun dan Sumpah jadi pilihan mereka untuk menang tempat kedua dan juara. Thaniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Juara Lagu 34. Ingat ya, ini anugerah untuk lagu bukan anugerah untuk artis favourite korang! 

Sunday, February 09, 2020

Koleksi Doa Untuk Mengelak Penyakit Berjangkit dan Berbahaya

February 09, 2020 4 Comments
Koleksi Doa Untuk Mengelak Penyakit Berjangkit dan Berbahaya | Assalamualaikum. Hai semua! Selamat berhujung minggu buat semua. Alhamdulillah hari ni hari ke 9 berpantang. Kebetulan baby tengah tidur, Mimi curi curi masa sekejap update blog.

Sekarang ni wabak Novel Coronavirus sedang berleluasa di seluruh negara di mana wabak tersebut berpunca dari Wuhan, China. Di Malaysia saja dah ada 16 kes Coronavirus ni. Mahu tak risau kan. Mimi sendiri akan pastikan anak anak keluar pakai mask. Selain tu, sebagai umat Islam kita kena juga amalkan doa doa untuk melindungi diri dan keluarga dari sebarang penyakit.

Koleksi Doa Untuk Mengelak Penyakit Berjangkit dan Berbahaya

Mimi kongsikan beberapa KOLEKSI DOA UNTUK MENGELAK PENYAKIT BERJANGKIT DAN BERBAHAYA untuk kita sama sama amalkan. Semoga kita semua dilindungi dari wabak penyakit berbahaya ini. 








Sama sama kita amalkan doa doa ini untuk keselematan keluarga kita. Aamiin.

Friday, February 07, 2020

Love Is In The Ears Grab audio deals for the beloved with discounts up to 70% this Valentine’s Day!

February 07, 2020 0 Comments

With Valentine’s Day just around the corner, Shopee is playing cupid by showering shoppers with ideas and attractive deals so they can impress their loved ones. Here are some cool ideas to kick-start an avalanche of surprises that will sure to put them in their other half’s good books. 
For her:



The Edifier TWS1 Bluetooth True Wireless Stereo Earbuds is equipped with Qualcomm® aptX™ technology that delivers 24-bit wireless audio over Bluetooth. This means users will be able to hear even the smallest details in their favourite music. With improved signal-to-noise ratio, listeners can now enjoy quality music in reduced background noise. This is definitely the go-to wireless earbuds for her as it comes in limited edition colours this Valentine’s. Apart from the classic black and white variant, it now comes in blue, green and pink which makes it a romantic gift for her. Get it on Edifier Malaysia Shopee Official Store for only RM149 (RRP: RM299).




If she is living an active lifestyle, surprise her with the Soul Transform Wireless Bluetooth V4.0 Performance On-Ear Sports Headphone. This pair of headphones stands up to her rigorous demands of activities and training without sacrificing ultimate comfort. Keep it dry during workouts with moisture wicking and washable mesh ear pads. Lift the weight off with the sporty lightweight design while enjoying a pure balance of powerful bass and clear mids and highs. Comes in classic black and sexy red. Get it on the Soul Electronic Official Store on Shopee at only RM149 (RRP: RM499).
     

The highly sought-after Sudio FEM True Wireless Earphones is a one cute and compact accessory that a girl would love to have! The lightweight and compact design can be fitted into handbags easily. Apart from the classic black and white, it also comes in dreamy colours such as pink and blue. Having the IPX5 water protection, the earbuds are splash proof, rainproof and sweat proof. Stretching the hours further as 10 minutes of charging allows up to an hour of playtime. With 2 extra charges from the case, users will enjoy a total playing time of 20 hours. Get it here at only RM431 (RRP:RM539).

For him:
   

Allow him to put the outside world on hold and enjoy the wonders of the Sony WF-1000XM3, the industry’s leading noise cancellation and stunning sound gadget. Equipped with Digital Noise Cancelling with HD Noise Cancelling Processor QN1e and Dual Noise Sensor Technology, allow the boyfriend or husband to enjoy the finest details, losing himself completely in his music. Be it the smartphone or tablet, the advanced wireless connection syncs what can be seen on screen precisely with what is heard on the headphones for a more enjoyable viewing. The noise cancelling earbuds are ergonomically designed to make contact with three different points of the ear for a secure, comfortable fit. Rest assured, it comes with a one-year warranty from Sony Malaysia. Get it from Shopee at the lowest price in town for RM616 (RRP: RM949).

Unplug the cords and take the show on the road with the lightweight and vintage styled Marshall Kilburn I. With its iconic gold script logo, gold piping, vinyl covering and vintage-inspired fret, the Kilburn is an instant Rock ‘N’ Roll classic. Its supremely good looks draw inspiration from over 50 years of Marshall design. With a built-in battery of up to 20 hours, users will enjoy their jams all day long wirelessly via Bluetooth technology.

Get the best of both worlds when the Kilburn is bundled with the modern go-to classic Major III. Slimmed down ergonomic 3D hinges add a streamlined look, while thicker loop wires with reinforced rubber dampers contribute to a solid build quality unsurpassed by others. This combined with its on-ear cushions and plush straight fit headband provide hours of comfortable listening. Get the special bundle offer from Marshall Official Store on Shopee for only RM949.90 (RRP: RM1,259).


Take away his frustration by presenting him with Jabra’s 4th generation true wireless stability, where play time and calls are more stable without interruption. Making calls only gets better, thanks to the enhanced 4-microphone call technology, which filters out disruptive noise around.  On a single charge, the Jabra Elite 75t can last up to 7.5 hours with the charging case carrying up to 28 hours of battery life. Be worry-free with a 2-year warranty from Jabra Malaysia. Get this deal from the Jabra Malaysia Official Store for only RM949 with a free backpack worth RM480.
 
Escape into the world of music with the Sennheiser’s NoiseGard™ Hybrid adaptive noise cancelling technology. Take control easily by using the touch sensitive trackpads on the earcups to make and receive calls. The specially designed earpads and an ergonomic headband is great for long listening sessions, and for people on the move. There’s also a built-in limiter that avoids sudden and extreme sound level peaks, e.g when he is connected to an in-flight entertainment system that is also used for crew announcements. The product comes with a two-year international warranty. Get it from the Sennheiser Official Store for only RM1,285 (RRP: RM1,690).
Save the date! Enjoy these exclusive one-day only deals on Shopee on Wednesday, 5 February 2020. Use promo code LOVE0510 to enjoy 5% Shopee coins cashback with min spend of RM100; LOVE0625 to enjoy 6% Shopee coins cashback with min spend of RM300; and LOVE0860 to enjoy 8% Shopee coins cashback when users spend a min of RM700. 
For more Valentine’s Day gift ideas, visit https://shopee.com.my/m/love-audio to check out these exclusive deals now!