Tips Tampal Lencana Sekolah dan Tag Nama Menggunakan Gam UHU

Tips Tampal Lencana Sekolah dan Tag Nama Menggunakan Gam UHU

Tips Tampal Lencana Sekolah dan Tag Nama Menggunakan Gam UHU | Assalamualaikum. Hai semua! Bila tinggal beberapa hari saja lagi sesi persekolahan 2020 akan bermula, ramai ibu bapa yang sibuk buat persiapan sekolah anak anak. Yang paling sibuk sekali mak mak lah kan. Mimi pun tak terkecuali tau. Salah satu perkara wajib Mimi kena buat ialah tampal lencana sekolah tag nama anak anak.

Tahun sebelum ni lencana sekolah dan tag nama anak anak Mimi jahit. Kalau senget jenuh tetas benang dan jahit semula sampai puas hati. Tapi tahun ni, sekolah dah ubah bentuk lencana sekolah. Sebelum ni lencana sekolah jenis kain dan berbentuk empat segi, kali ni lencana mengikut bentuk logo dan boleh ditampal menggunakan gam UHU atau dijahit. Dah alang alang boleh tampal, baik tampal je terus, senang cerita. 

Macam mana nak tampal? Okay, Mimi kongsi dengan korang TIPS TAMPAL LENCANA SEKOLAH DAN TAG NAMA MENGGUNAKAN GAM UHU. 

Barang barang yang diperlukan untuk sesi menampal lencana dan tag nama ialah :

1) Kad keras (Mimi guna kotak je yang dipotong)
2) Gam UHU
3) Lencana sekolah
4) Tag nama
5) Botol spray berisi air
6) Tuala



Pastikan korang dah tahu dekat mana nak tampal lencana sekolah dan tag nama anak korang. Letakkan kad keras atau kotak di belakang tudung atau baju. Kemudian sapu gam UHU di belakang lencana dan tag nama dan susun ikut aturan. Pastikan kad keras atau kotak tadi terletak betul betul di bawah lencana dan tag nama.

Kemudian letak tuala di atas lencana dan tag nama yang korang dah lekatkan tadi. Spray air di kawasan lencana dan tag nama. Kemudian tekap dengan seterika panas. 




Memang akan keluar asap tapi jangan risau. Biasalah kan bila basahkan kain dengan air, bila tekap dengan seterika panas memang berasap sikit lah. Biarkan beberapa ketika. 



Kemudian, dah boleh angkat seterika tu. In shaa Allah tips yang Mimi kongsikan ni tahan lama hingga tamat persekolahan nanti.

Tips ni Mimi dapat dari blog kawan blogger Mimi, blogger Kak Adda. Beliau ada kongsikan tampal lencana guna gam UHU. Lepas ni, tak payah susah susah nak jahit, kita tampal saja. 

5 Comments

  1. akak pun buat tetiap tahun ni mimie alhamdulillah mmg tak tanggal

    ReplyDelete
  2. Wah bagus ya tips nie.. boleh lah cuba nanti..

    ReplyDelete
  3. sangat berguna tips ini. biasanya sy antar tudung anak2 utk dijahit je. upah rm1/badge.

    done follow your blog. No 1783.

    ReplyDelete
  4. aida bukan x nak buat gini lagi, mimie.
    sebab aida recycle those nametags & lencana, pernah buat skali, bila ditanggalkan nak guna lagi, tak cantik dah.
    tu yg terasa serik nak tampal gini. bertabahlah menjahit hu hu hu...

    ReplyDelete
  5. Wahh tips baru.. Tp tips ni sesuai kalau thn setahun je guna .. Sbb kesan gam yg tgl msti ade ...wawa dlu jahit kai tangan je.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie