Tahan Wad Lagi kerana Mild Anemia

Tahan Wad Lagi kerana Mild Anemia | Assalamualaikum. Hai semua! Minggu lepas hari Selasa dan Rabu Mimi sekali kena tahan wad. Kalau sebelum ni kena tahan wad sebab GDM. Kali kedua kena TAHAN WAD LAGI KERANA MILD ANEMIA.

Pasal kes GDM tu sebelum ni Mimi BSP on Diet Control. Bila 3 kali bacaan bsp tak cantik, kena tahan wad terus on insulin. Korang boleh baca cerita selanjutnya seperti di bawah :

12.12 Genap Kandungan 30 Minggu Kena Tahan Wad

Pengalaman Cucuk Insulin. Sakit Ke!?

Masa kandungan 3 bulan Mimi dah buat buku pink masa tu bacaan HB okey lagi 11.7. Lepas tu check up kali kedua turun 11.5. Check up kali ke 3 naik semula 11.7. Hah start check up kali ke 4 dan seterusnya sampailah latest check up 9hb baru ni bacaan terus drop 10.1. Doktor KK minta ambil darah untuk tengok kandungan zat besi dalam darah. Sekali hah hamek, doktor call Isnin hari tu bagitahu ambil surat tahan wad sebab bacaan zat besi dalam darah terlalu rendah.



Ikut doktor KK kalau datang pagi, petang Mimi dah boleh keluar wad. Sebab datang untuk masukkan ubat iron saja. Tapi gerak hati kita tak pernah salahkan. Pagi pagi semalam bangun tidur terus kejut anak anak suruh mandi pergi sekolah. Lepas tu terus Mimi siapkan barang keperluan untuk bawa ke hospital. Hati tu dapat rasa memang kena tahan wad.

Sampai HTJ, daftar semua terus masuk wad. Kali ni tunggu giliran nak dapat katil pun tak lama sebab ramai yang bersalin dah boleh balik. Masa doktor datang, dia tanya semua makkumat pada Mimi dan beritahu kena masuk ubat iron 13ml untuk 2 hari. Semalam 7ml, hari ni masuk lagi 6ml. Maknanya memang kena tahan wad untuk sehari. Gerak hati tak pernah salah. Nasib baik dah bawa siap siap semua keperluan.




Bila mengandung pada usia dah cecah 35 tahun ke atas ni faham faham sajalah kan. Macam macam kena hadap. Kandungan sebelum ni alhamdulillah tak ada masalah macam sekarang. Tapi kali ni memang kaw kaw Mimi dapat. Hahaha... Hadapa dengan pasrah dan redha sajalah. Nak buat macam mana kan. Walaupun sakit dan tak larat tapi dah kita kandungkan anak sendiri hadap sajalah kan. Ada lah hikmahnya betul tak? 

Post a Comment

7 Comments

  1. Semoga Allah beri kebaikan dan kemudahan ketika bersalin. Amin. Yup. Memang Ada hikmah. Jaga diri.

    ReplyDelete
  2. Kesian Mimi...teruk preggy kali ni erk...sabar la..insyaallah lepas ni ok..

    ReplyDelete
  3. syafakillah mimie.. semoga takde apa2 yg membimbangkan

    ReplyDelete
  4. seram pulak baca. semoga dipermudahkan urusan kak dan semoga zuriat yang bakal lahir nanti akan jadi anak yang soleh

    ReplyDelete
  5. moga semua dipermudahkan ye mimie.
    dugaan yg hasilnya pasti indah :)
    jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  6. Dugaan semasa mengandung... sian mimie... bertabahlah ya... kuatkan semangat, nanti baby dah keluar, inshallah semua kambali normal..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com