Most Recent

Wednesday, January 01, 2020

TAHAN Instant Sport Hijab Sangat Selesa Dipakai Ketika Aktiviti Luar

TAHAN Instant Sport Hijab Sangat Selesa Dipakai Ketika Aktiviti Luar | Assalamualaikum. Hai semua! Petang ni bosan duduk di rumah, Mimi ajak suami pergi City Park S2 nak exercise. Siapa kata ibu mengandung tak boleh exercise. Buat aktiviti ringan pun sudah memadai.

Nak buat aktiviti luar ni Mimi akan pastikan pakai baju dan tudung yang bersesuaian. Memandangkan Mimi sejenis yang mudah berpeluh, Mimi memang akan cari baju dan tudung yang serap peluh. Tudung terutamanya. Kalau pakai shawl confirm bercapuk sana sini dengan peluh. Sendiri pakai pun rasa tak selesa. Masa nak keluar tadi Mimi terus capai TAHAN INSTANT SPORT HIJAB SELESA DIPAKAI KETIKA AKTIVITI LUAR.


TAHAN Instant Sport Hijab jadi pilihan Mimi untuk dipakai ketika aktiviti luar kerana ciri ciri yang ada padanya buatkan Mimi selesa pakai dalam masa yang lama walaupun dalam keadaan berpeluh.

Ciri ciri TAHAN Instant Sport Hijab ialah :

🌸 Fabriknya yang sangat selesa : Direka khas agar hijab cepat kering terutama buat hijabis yang aktif dengan larian
🌸 90% polister dan 10% spandeks
🌸 Cengkaman di seluruh wajah yang sangat selesa dan kemas
🌸 Bebas kedutan sesuai dipakai ketika travel
🌸 Sesuai dipakai untuk aktiviti lasak serta aktiviti rekreasi
🌸 Sesuai di pakai untuk aktiviti indoor dan outdoor



TAHAN Instant Sport Hijab merupakan hijab yang sangat ringan untuk dipakai ketika melakukan aktiviti luar tau korang. Mimi sendiri pun selesa pakai TAHAN Instant Sport Hijab sebab mudah untuk dipakai. Sarung saja terus siap. Tak payah nak lilit atau pin sana sini.

Ia juga direka bentuk moden dengan menggunakan fabrik berkualiti tinggi dan ia nelambangkan wanita kontemporari ke arah gaya hidup sihat.

Sumber : PTT Outdoor


TAHAN Instant Sport Hijab juga direka agar membolehkan penyerapan peluh yang lebih baik. Jadi, si pemakai tidak akan rasa tidak selesa ketika berpeluh. Hijab ini juga memberikan daya tahan tinggi serta sangat selesa untuk dipakai lama.



Yang buat Mimi suka dengan TAHAN Sports Hijab ni sebab ia sangat fleksibel untuk kepala, bahu dan pergerakan badan ketika kita melakukan aktiviti. Korang tak perlu risau jika memakai hijab ini ia memberikan korang keselesaan dan reka bentuknya mengelakkan rambut korang terdedah semasa melakukan aktiviti.

Ia sangat sesuai dipakai untuk semua jenis keadaan cuaca serta boleh dipakai oleh semua peringkat umur wanita. Potongan hijab ini juga sangat sporty tau korang. Yang penting tak perlu pakai pin dan buang masa korang mengadap cermin lama untuk bersiap.



Mesti korang tertanya tanya di mana Mimi dapatkan hijab yang bagus ni. Pernah dengar PTT Outdoor? Sebelum ni ada juga beberapa item yang Mimi beli di PTT Outdoor ni. Kali ni PTT Outdoor mengeluarkan produk khas untuk Sports Hijab Malaysia iaitu TAHAN Instant Sport Hijab.

Harga TAHAN Instant Sports Hijab? Murah saja korang harga mampu milik tau. Harga asal RM79.00 sahaja. Tapi sekarang ini ada potongan harga sehingga 27%. Jadi, kalau korang grab sekarang harganya jadi RM58.00. Terdapat dalam tiga warna menarik iaitu Active Green, Cool Blue dan Gray. Yang Mimi pakai ni warna Gray. 

Sumber : PTT Outdoor
Untuk maklumat lanjut boleh layari web dan media sosial seperti di bawah :

Web :

Facebook :

Instagram :

3 comments:

  1. Memang cari tudung serap peluh ni lagi Kat Malaysia. Peluh mencurah-curah macam air terjun.
    Tq sebab kongsi maklumat ni.

    ReplyDelete
  2. cantik dan syariah compliance.. buat swimming pun boleh gak kan

    ReplyDelete
  3. Macam berkenan juga tudung macam nie Mimi.. cantik dan labuh. Boleh pakai untuk aktiviti luar nie..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.