Resipi Bihun Goreng Sosej Ringkas

Bila selalu sangat masak kadang kadang jadi buntu jugak kan. Nak masak menu apa. Kadang sampai tengok ig nak cari idea masak lauk apa. Tengahari semalam malas nak fikir masak lauk apa, terus terfikir nak masak bihun goreng.

Tengok dalam peti sejuk ada cili yang dah diblend, fishcake, sawi, sosej, telur, lada merah hah terus capai je. On jelah masa bihun goreng. Ringkas sangat bihun goreng kali ni. Bihun goreng malas namanya ni. 

Bihun Goreng Sosej Ringkas


Mimi nak kongsi dengan korang RESIPI BIHUN GORENG SOSEJ RINGKAS versi malas. Hahaha.

Bahan bahan senang saja korang. 

Bawang merah
Cili yang diblend
Sawi
Fishcake
Sosej
Telur
Lada merah
Kicap
Bihun (rendam dalam air bagi lembut) 

Cara nak masak senang saja. Lada merah, fishcake dan sosej dihiris. Ketepikan. Panaskan minyak tumiskan bawang merah sehingga naik bau dan masak. Kemudian masukkan cili yang diblend. Biarkan sampai pecah minyak. Kemudian masukkan fishcake dan sosej. Jangan lupa masukkkan garam kang tawar pulak bihun korang tuh. 

Agak agak dah masak masukkan bihun yang direndam. Kemudian masukkan sedikit air untuk lembutkan bihun. Gaul sehingga rata. Akhir sekali masukkan sawi dan kicap. Gaul lagi. Dah siap ketepikan.

Bihun Goreng Sosej Ringkas


Kemudian pecahkan telur untuk dibuat telur dadar. Terpulang dekat kornag nak berapa biji. Mimi guna 2 biji telur sahaja. Pecahkan telur masukkan sedikit saja garam. Pukul telur. Tuang ke dalam kuali panas. Biarkan sehingga garing terbalikkan sebelah lagi. Dah garing kedua dua angkat dan gulung. Hiris dan tabur atas bihun. Jangan lupa tabur sekali lada merah ye. Dah siap!

Boleh hidang dan makan! Cili yang diblend tu tak pedas tau korang sebab anak anak tak makan pedas sangat nak nak Aina dan Adhwa. Auni memang hantu pedas. Mimi tak boleh makan pedas buat masa ni sejak kena buasir beberapa bulan lepas. Doktor tak bagi. So, kita rehat dulu dari makan makanan pedas melampau. Tunggu masa nanti baru mula balik tabiat suka makan pedas. Hahaha... Tu pun kadang kadang ngelat jugak oi. Lidah dah biasa pedas, sekali tak dapat makan pedas mengelupur jadinya. 

Bihun goreng sosej ni bihun yang memang ringkas dan versi malas. Kalau versi rajin macam macam Mimi masukkan dalam bihun. Kot ada adik adik yang baru nak belajar masak bihun goreng cubalah menu ringkas ni. Senang sangat! Selamat memasak! 

Post a Comment

6 Comments

  1. ringkas macam ni pun sedap gak kak. Saya suka bihun goreng macam ni

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap bihun tu. Paling stress nak mengacau bihun sebab berat. Boleh sado lengan kalau hari-hari goreng bihun ☺

    ReplyDelete
  3. Kalau bab bihun akak failed, tak cantik bihun akak..akak jenis x suka makan bihun kalau potong2 halus..suka yang kasar2 tu

    ReplyDelete
  4. setuju dengan Fiza, part nak mengacau bihun tu letih sikit. lenguh tangan. kalau sesekali masak mihun, okey la..tpi dlm kuantiti sikit..klu macam akak, masak utk makan ber2 ngan asben..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita.
      kudrat tak brape nak ada, kan :)
      tapi gigih la jugak kan, nak makan punyer pasal.

      Delete
  5. sedap nyer.
    ijat x brape makan mihun.
    tu yg aida jarang goreng mihun kat rumah tau.
    aida suka letak byk fishball and fishcake :)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com