Assalamualaikum. Hai semua. Kan kecoh sebelum ni ibu bapa yang ada anak kecil wajib ada car seat. Macam macam isu yang timbul dikala kerajaan mengumumkan kewajipan memasang car seat, jika tidak akan disaman.
Mimi sendiri 3 orang anak dan bakal terima seorang lagi anak tak lama lagi. Kakak Aina dan Auni tak perlu pakai car seat sebab diorang boleh pakai seat belt macam biasa. Spesis tinggi. Tapi Adhwa dan bakal baby kenalah ada baby car seat yang best dan selamat.
Portable Baby Safety Car Seat |
Tapi memandang keadaan kereta Mimi hanya Saga BLM, ruang agak terhad kalau nak beli dua car seat. Bayangkan kalau dua seat dah reserved untuk car seat, Aina dan Auni memang sempitlah kat belakang tu.
Nak berjalan jauh memang agak payah sebab ruang kereta yang sempit. Mesti ada yang berbunyi kenapa tak beli saja MPV kalau dah tahu ruang kereta sempit. Bukan tak cuba beli ya, dah pernah cuba tapi tak lepas. Walaupun buat kira kira, kami suami isteri mampu bayar tapi bila sampai dekat bank kena reject sebab katanya komitmen kami tinggi. Nak buat macam mana kan. Belum ada rezeki!
Lagipun, kereta pun dah habis bayar. Memang niat nak beli MPV tu ada tapi masih belum ada rezeki. Jadi, Mimi cari alternatif lain untuk pastikan ruang kereta tidak terlalu sempit.
Portable baby Safety Car Seat |
Survey punya survey Mimi buat keputusan belikan Adhwa PORTABLE BABY SAFETY CAR SEAT. Portable yang Adhwa pakai ni sesuai untuk baby 9 bulan sehingga kanak kanak berusia 12 tahun.
Masa beli ni risau juga Adhwa tak nak. Sebab masa dia baby letak dia di car seat pun dia tak nak. Renyah sana sini. Tapi tak sangka pula yang portable ni dia nak pakai. Bila masuk kereta, dia dah bising suruh pakaikan. Cara nak pasang portable ni pun bukan susah mana. Senang saja. Adjust ikut keselesaan anak.
Portable ni Mimi beli di Shopee je korang. Beli tahun lepas masa kecoh kerajaan wajibkan penggunaan car seat. Masa tu ada sale. Bila ada sale cepat cepatlah grab. Portable ni Mimi pasang di seat depan sebelah pemandu.
Nanti ada baby, car seat baby pasang di seat belakang pemandu. Mimi, Aina dan Auni duduk berhimpit sikit kat belakang bila nak berjalan jauh nanti. Nampak gaya lepas pantang kena pulun kecilkan diameter badan. Hahaha...
Doakan setahun dua lagi Mimi dan suami dapat beli MPV untuk keselesaan anak anak.
21 Comments
Saya doakan Mimi dapat beli MPV. Amin.
ReplyDeleteUntuk keselamatan anak2 juga
ReplyDeleteat least yg portable ni kecik kan, tak mkn ruang sgt.
ReplyDeleteSemoga dimudahkan urusan Mimi ya untuk beli MPV nanti. Sekarang nie memang macam payah nak berurusan dengan bank, kereta ke.. rumah ke.. sama ja.. huhuhu..
ReplyDeleteInsyaAllah... Ade rezeki nanti ade la tu Mimi dan suami dapat beli MPV
ReplyDeleterasanye kedai kete secondhand bole lepas loan utk mpv..cubalah
ReplyDeletesalam tahun baru 2020
in sha Allah ada rezeki mimi untuk beli MPV :-)
ReplyDeletemuka mimie laa.. bagus lah portable macam ni anak pun nampaks selesa
ReplyDeleteAlternatif yang menarik. Nanti saya nak suggest kat kakak saya. Dia pun pening anak 2 kecik lagi. Nasib baik lagi 3 dah besar
ReplyDeleteUntuk keselamatn anak2 memang bagus ada portable car seat ni. Pernah ada kawan..dia dok pangku anak..accident..tercampak anak kat luar, sedih betul bila jadi cam tu
ReplyDeleteinsyaallah..moga murah rezeki mimi & suami beli MPV pulak nanti.
ReplyDeletewaalaikumussalam. semoga dipermudahkan urusan kita semua. anak saya sorang kena duduk dalam car seat tapi tu lah, kereta bukannya besar. tambah dengan kakak 2 orang lagi :D
ReplyDeleteAkk pakai MPV pun macam sempit aje huhu pening jugak ni, apa pun akk doakan Mimi dimurahkan rezeki dpt MPV bsr
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHaaa..adhwa duduk situ dendiam tau...kan dah kena ikat..hahaha
ReplyDeleteMudah sikit ade portable mcm ni kan. Jimat ruang sikit. Kalau x, xmuat dah nk duk dlm blkg kete tu. Smga dipermudahkan ursan mimi n sekeluarga.
ReplyDeletenice jugak beli yg cmni yek.. x de la beso gedabak.. x mkn space..
ReplyDeleteNad ada beli mcm ni utk fariza.. Lama dah beli.. Tapi tu la.. Bapknya bokeh hilangkan satu benda.. Sekrg tak dapat guna.
ReplyDeletePortable baby safety car seat nih nampak sangat bagus dan menjimatkan ruang ank pon nampak selesa
ReplyDeleteBaby car seat ni nampak selesa and bagus kualiti nyer
ReplyDeleteBoleh ke kak pkai jnis mcm ni. Sebab krjn kata kena beli yang ada sirim khas dia tu. Kita pn x beli2 lg ni. Sekarang ni dlm kem pun kena pkai carseat jgk.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com