Thursday, January 30, 2020

Perasmian Pembukaan Street Churros Malaysia Outlet ke 17 di Aeon Mall Seremban 2 Bersama Tomok

Perasmian Pembukaan Street Churros Malaysia Outlet ke 17 di Aeon Mall Seremban 2 Bersama Tomok | Hai semua! Ahad lepas pada 19.01.2020, Mimi dan beberapa orang rakan berpeluang hadir ke Perasmian Pembukaan Street Churros Malaysia Outlet ke 17 di Aeon Mall Seremban 2 Bersama Tomok.


Untuk pengetahuan semua, pembukaan Street Churros di Seremban ini merupakan outlet yang ke 17. Buat korang yang masih tidak tahu asal usul Street Churros, ia berasal dari Korea di mana orang Korea sangat menyukai Street Food. Siapa sangka Street Food kini menjadi kegemaran ramai tidak terkecuali rakyat Malaysia! 

Majlis dimulakan dengan sesi perkenalan dan soal jawab oleh juruacara majlis iaitu Muaz berkaitan dengan Street Churros dan Tomok. Tepat jam 3.00 petang Muaz menjemput Tomok ke pentas untuk memulakan persembahan secara live beliau di hadapan peminat dan pengunjung.


Selesai persembahan yang memukau dari Tomok, diadakan pula sesi kuiz bersama peminat dan pengunjung mengenai Street Churros dan Tomok. Sesi kuiz yang diadakan ternyata menghiburkan para peminat dan pengunjung dengan melihat telatah masing masing yang berebut rebut ingin menjawab soalan yang diajukan oleh Muaz. Para pemenang yang menjawab dengan betul berpeluang memenangi hadiah istimewa dari Street Churros Malaysia.

Yang paling menyeronokkan ialah pertandingan makan Street Churros terpantas di kalangan para peminat dan pengunjung yang mengambil bahagian. Pemenang yang berjaya menghabiskan Street Churros mengikut masa yang ditetapkan dinobatkan sebagai pemenang. Pertandingan ini berlangsung dengan sangat meriah dan menghiburkan hati para peminat dan pengunjung yang sama sama memberi sokongan.

Tepat jam 4.00 petang, bermulalah acara yang dinanti nantikan ramai iaitu sesi Perasmian Pembukaan Street Churros oleh Tomok selaku pemilik Street Churros di Aeon Mall Seremban 2 dengan acara memotong reben yang turut disertai oleh Dato’ Joe Tan, Pengarah Urusan Street Churros Malaysia dan juga isteri Tomok, Rahayu.




Setelah itu, para peminat dan pengunjung berpeluang membeli Street Churros di mana masing masing akan dilayan oleh Tomok sendiri. Para peminat dan pengunjung juga berpeluang mendapatkan mug dan botol Street Churros Eksklusif ditandatangani oleh Tomok jika membeli mana mana set Street Churros yang terdapat pada menu yang disediakan di kaunter.

Korang boleh lihat senarai menu dan harga Street Churros yang dijual. Harganya sangat berpatutan dan murah. Street Churros juga mempunyai perisa Coklat, Cinnamon dan perisa baru iaitu Taro dan Filling Churros berperisa Coklat, Cream Cheese dan Taro. Mimi juga tak lepaskan peluang membeli beberapa set Street Churros yang ada. 


Mimi sempat beli My Treasure Box yang mengandungi 10 mini Street Churros ( 5 perisa Coklat dan 5 perisa Taro) didatangkan  sekali dengan sos coklat dan cream cheese yang sedap dan berkrim. Selain itu, Mimi beli juga set Filling Churros perisa Coklat with Drink, Long Fries dan Churros Fries. Tak rugi beli banyak sebab rasanya yang sedap tau. Street Churros di sini rangup di luar tetapi lembut di dalam.





Korang yang belum cuba Street Churros, apa kata cuba Street Churros sekarang! Rugi kalau tak cuba Street Churros yang sedap, rangup dan lembut ni sebab terdapat banyak pilihan set yang ada di sini. Lepas ni boleh Mimi bawa satu keluarga datang beli dan cuba Street Churros di Aeon Mall Seremban 2. Gerenti puas hati. Sekali makan pasti nak lagi!

Untuk maklumat lanjut mengenai Street Churros boleh layari :

Instagram : @streetchurrosmy

27 comments:

  1. Best jadi orang terawal cuba Street Churros

    ReplyDelete
  2. Kat Johor belum ada ni, kalau ada bestnya..walaupun Sis kurang minat makan Churos tu, tapi yang ini nampak macam sedaplaaa pulak..tapi memang ramai kata sedap...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Tomok.. sedapnya Mimi, feveret anak dara Kak Sue churos nie..

    ReplyDelete
  4. terasa oldfashion nya akak nih, maklum jarang sangat makan churros nih dik oi... ni kan lagi lah kedai churros gini...

    ReplyDelete
  5. Alahai missed event ni padahal AEON Mall Seremban 2 tempat LZ lepak..
    Kalau tidak tentu jumpa Mimi..

    ReplyDelete
  6. Sedap churros makan time pns² kan mimi. Banyak juga pilihan. Senang dh org somban nk makan churros

    ReplyDelete
  7. Street Churros memang sedap! Tak sangka Tomok jadi owner untuk franchise dekat Seremban! Good for him sebab churros ni sedap. Happy sangat kalau dapat makan

    ReplyDelete
  8. waa untung la tomok layan buat churros.. terbaik tomok

    ReplyDelete
  9. Banyak nya cawangan street churros ni. Pernah pergi makan dekat sini hari tu. Memang sedap. Macam macam perisa ada. Tapi yang baru taro tu tak rasa lagi

    ReplyDelete
  10. Street Churros memang lokasi Rawlins jika inginkan churros sebab di sini je Rawlins temui rasa authentic Australian churros. Tahniah Tomok!

    ReplyDelete
  11. boleh tahan jugak popular produk ni.. cawangan pun banyak.. opening pun meriah..

    ReplyDelete
  12. Saya dah repeat minggu lepas sebab anak dara teringin nak makan, hr tu pergi masa grand opening dia tak ada ... ucapan Tahniah Tomok sekali lagi!

    ReplyDelete
  13. tak pernah lagi makan churos ni. bolehlah cari outlet terdekat nnti. harga pun berpatutan. thanks share ya :)

    ReplyDelete
  14. dekat terengganu ada tak street churros ni

    ReplyDelete
  15. wah makin berkembang pesat street churros ni kat Malaysia ya. memang tak mustahil sebab ramai yang suka dengan churros dr brand ni.

    ReplyDelete
  16. street churos memang sedap. tapi liez tak cuba lagi yang purple tu.. tahniah street churos untuk pembukaan di seremban. tomok pulak tu jadi duta.. aduhh teteiba teringin nak makan churos pulak hari ni

    ReplyDelete
  17. Cawangan ke 17 dah! Tahniah Street Churos, moga terus berkembang dan panggil paid review utk promote lagi hahah dah 17 cawangan kan?

    ReplyDelete
  18. Lama xmakan street churros ni.. Sukanya... Tpi kt penang ada 1 ja tak silap... Dan2 rasa nak cari churos ni satgi

    ReplyDelete
  19. Wahhh.. tahniah Tomok. Dah bergelar businessman dah.. Street Churros plak tu. Memang pilihan bijak sebab ramai suka street churros ni. Selalu tengok ramai beratur nak beli

    ReplyDelete
  20. Kita mmg peminat churros..dan kuddos pada tomok atas penglibatan bisnes terbarunya ini

    ReplyDelete
  21. Wah... Tahniah Churros! Nina suka singgah seremban, pasni yeahhh.... dah ada churros kat seremban.

    ReplyDelete
  22. lama tak makan churros dekat street churros..wah tomok owner kedai dekat seremban..tahnaiah tomok..bgus dia pilih untuk buka churros ni..sebab churros dh ade peminat dia sendiri

    ReplyDelete
  23. Wah Churros dah smp seremban.Memang fav ni.Nak try nnti

    ReplyDelete
  24. tau dak, tak pernah try street churros ni walaupun dah glamer merata orang duk share. haha. adeh ketinggalan sikit part ni...

    ReplyDelete
  25. bestnya churros. tahniah atas pembukaan cawangan baru. memang ramai peminat churros la ni

    ReplyDelete
  26. Tahniah Tomok dan street churros.
    Alhamdulillah dah rasa sebelum Tomok rasmi officially lagiks! ehh!

    ReplyDelete
  27. Kalau teringin nak makan churros, memang akan beli dekat street churros je. Puas hati sebab sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.