Sunday, January 19, 2020

Meraikan Valentine Chinese A 'Squeaky' di Festival Chap Goh Mei Tahunan IJM Land

Meraikan Valentine Chinese A 'Squeaky' di Festival Chap Goh Mei Tahunan IJM Land | Hai semua! Petang semalam memang free jadi Mimi berkesempatan hadir ke sidang media Sambutan Chap Goh Mei di IJM Land, Seremban 2.

Kehadiran Mimi di sambut mesra oleh staff IJM Land. Mimi berkesempatan hadir majlis ni untuk sama sama kongsi dengan semua mengenai festival menarik yang akan berlangsung tidak lama lagi sempena Sambutan Chap Goh Mei di tahun tikus ini.






Semua orang tahu, mengikut kalendar Cina tahun ini merupakan tahun Tikus. Tikus merupakan bintang haiwan yang pertama dalam kitaran 132haiwan zodiak Cina. Bintang tikus dilambangkan oleh dahan duniawi . Pada zaman silam, tikus disanjung sebagai pelindung pembawa kekayaan. 




Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengacara majlis dan seterusnya pengacara majlis menjemput Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land, Dato' Hoo Kim See untuk memberi sepatah dua kata mengenai sambutan Festival Chap Goh Mei yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Memandangkan kita semakin dekat musim perayaan yang meriah, pemaju terkemuka IJM Land Berhad akan menjadi tuan rumah sambutan Chap Goh Mei tahunan dengan tema "Reunion in S2 with Joys Anew" pada 8 Februari 2020. Perayaan Chap Goh Mei menjadi hari yang ditunggu tunggu oleh warga Seremban yang berbilang kaum selepas enam tahun berturut turut diraikan.



Terletak di tengah tengah pembangunan perdana milik IJM Land Berhad sendiri, City Park Seremban 2, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan zon foto khusus dengan tema "Kerlipan Tikus di Lautan Bunga"  di sepanjang taman yang akan menarik perhatian warga Seremban. 

Mimi dah dapat bayangkan kemeriahan pada malam 8 Februari 2020 nanti. Mesti City Park Seremban 2 sesak dengan kenderaan pengunjung yang datang. Sambutan Festival Chap Goh Mei belum tiba tapi dah dapat rasa bahang kemeriahannya.

Buat pengunjung yang aktif di Instagram memang sesuai sangat datang ke Festival Chap Goh Mei ni sebab banyak dekorasi dan tempat yang disediakan "Instagrammable Shot". 

Ucapan daripada Dato' Hoo Kim See Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land 


Para pengunjung yang datang pada malam tersebut akan dapat melihat pelbagai persembahan yang menakjubkan yang akan dimulakan pada 7.45 malam dengan persembahan Tarian Kebudayaan.

Kemudian diikuti dengan persembahan 24 Seasons Drum dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa dimana ia merupakan satu bentuk seni yang dirancang oleh IJM Land kerana ia merupakan sebahagian daripada warisan dan budaya bangsa komuniti tempatan. 

Pada malam itu juga, pengunjung berpeluang belajar dan mengetahui mengenai teka teki Cina dalam usaha untuk menjaga tradisi budaya Cina agar ia terus dikenali oleh generasi muda. Teruja pula Mimi bila tahu ada teka teki Cina. Yalah, selalu main teka teki Bahasa Melayu kan. Rasa beruntung sangat jadi rakyat Malaysia kan sebab banyak budaya dan tradisi yang tak ada di negara lain.


Yang paling seronok pada malam tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan yang akan diadakan dimana pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan band live. Para pengunjung boleh mengambil peluang untuk mendedikasikan lagu dan menghantar mesej kepada orang yang tersayang. 

Sudah menjadi tradisi, Festival Chap Goh Mei tahun ini sekali lagi bakal bekerjasama dengan artis dan selebriti ASTRO Cina. Antaranya ialah Jentzen, Phei Yong, Kien Yong, Yih Ching, Hua Hee Avengers sepwrti Hock Chye, Hsiao Ling dan ramai lagi dengan konsert bertema Astro, "Say Cheese, Fortune is Yours"



Apa maknanya Festival Chap Goh Mei kalau tiada persembahan tarian singa yang bagi Mimi cukup unik. Dari dulu memang suka tengok tarian singa ni sebab kelincahan dan kecekapan penarinya. Pada malam tersebut pengunjung juga akan dihiburkan denganpersembahan tarian singa akrobatik LED  High-Pole.

Para pengunjung juga boleh bersiar siar di taman yang dihiasi dengan perhiasan yang cantik dan menakjubkan sambil mengambil gambar yang boleh dimuatkan di Zon Foto Dedikasi seperti Jambatan Cinta, 3 Brother's Tower  dan banyak lagi pameran yang mempesonakan.

Paling best malam itu juga ada Meet & Greet dan persembahan khas dari Mickey dan Minnie Mouse dan ada giveaways kejutan untuk para pengunjung.

Untuk 800 orang pengunjung pertama pada malam tersebut juga berpeluang menerima hadiah perayaan di kaunter penebusan mulai jam 7 malam sehingga stok hadiah masih ada. Acara pada malam itu akan berakhir dengan pertunjukan bunga api pada pukul 11 malam.

"Sambutan tahunan Chap Goh Mei ini diadakan tahun demi tahun selaras dengan komitmen kami untuk mewujudkan kesan positif terhadap masyarakat. Dengan berbuat demikian, kami berharap ini akan mengukuhkan perpaduan dan ikatan komuniti di kalangan masyarakat multinasional Seremban 2 dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang menyenangkan," kata Dato' Hoo Kim See.

"Sambutan tahunan Chap Goh Mei ini dilakukan tahun demi tahun selaras dengan komitmen berterusan kami untuk mewujudkan kesan positif terhadap masyarakat. Dengan berbuat demikian, kami berharap ini akan mengukuhkan perpaduan dan ikatan komuniti di kalangan masyarakat multinasional Seremban 2 dan seterusnya, mewujudkan persekitaran yang sangat menyenangkan bagi semua orang." simpul Dato Hoo Kim See mengakhiri ucapan beliau.

Setelah itu majlis diserikan dengan penyerahan Chinese Paper Cut kepada Dato' Hoo Kim See. Seterusnya para artis dan selebriti ASTRO Cina dijemput ke pentas untuk berkongsi dengan para tetamu mengenai konsert Chap Goh Mei "Say Cheese, Fortune is Yours" oleh ASTRO dan seterusnya kami para jemputan dihiburkan dengan nyanyian artis dan selebriti ASTRO Cina. Rasa terhibur pula dengar lagu nyanyian mereka. Muziknya yang catchy dan sedap di dengar. Tak percaya korang boleh dengar lagu yang dinyanyikan di video yang Mimi sertakan.

Penyerahan Chinese Paper Cut kepada Dato' Hoo Kim See




Sesi bergambar bersama Dato' Hoo Kim See bersama para artis dan selebriti ASTRO Cina dan para jemputan turut diadakan menandakan berakhirnya majlis sidang media pada petang itu.

Sesi bergambar bersama Dato' Hoo Kee Sim, artis dan selebriti ASTRO Cina dan para tetamu


Sesi bergambar bersama Dato' Hoo Kee Sim, artis dan selebriti ASTRO Cina dan para tetamu

Jangan lupa datang beramai ramai pada 8 Februari 2020 di City Park Seremban 2 untuk sama sama memeriahkan Festival Chap Goh Mei nanti. Pasti meriah dan menyeronokkan! 

25 comments:

  1. Meriah pelancaran sambutan Cap Goh Meh.

    ReplyDelete
  2. Ye tahun ni tahun tikus kan?....Bagus IJM ni buat event ni sambil2 memperkenalkan projek perumahan baru ye?.

    ReplyDelete
  3. macam meriah je festival chap goh mei ni tapi jauh la pulak nak pergi. Hopefully dekat sini pun ada jugak

    ReplyDelete
  4. IJM memang meriah bila mengadakan acara bersama umum. Dan mereka pun tidak lokek untuk memberikan cenderamata pada umum. Ok. Rawlins nak datang la perayaan nie kelak.

    ReplyDelete
  5. Meriah betul sambutan CNY tahun ni ye! Macam menarik aktiviti2 yang bakal diadakan. Kalau sempat boleh lah singgah 8hb tu nanti :)

    ReplyDelete
  6. Kemain meriah uolls.. Jem la S2 ni nanti..hehe..

    ReplyDelete
  7. Masuk betul dgn tema tahun tikus ni. Mesti meriah 8/2 nanti kan. IJM land punya event selalu meriah

    ReplyDelete
  8. Saban tahun IJM buat sambutan besar2an bila tiba CNY..tp tu lah..nak kesana tu mcm jauh sgt..sis ni malas nk drive jauh2. Melepas lah lagi nak kesana

    ReplyDelete
  9. bestnya..banyak persembahan menarik dan aktiviti yang dijalankan..rugi la siapa tak pergi..

    ReplyDelete
  10. Meriahnya sambutan chap go meh kat ijm land. Ada banyak aktiviti disediakan

    ReplyDelete
  11. meriahnya sambutan CNY tahun ni, banyak aktiviti menarik nampaknya bakal diadakan. syok

    ReplyDelete
  12. Wahhh meriah sungguh ye sambutan tahun tikus di sini hehhe..memang nampak menarik dan meriah sangat2

    ReplyDelete
  13. Baru tahu maksud simbol tikus bg kpercayaan masyarakat cina. Wahh mesti meriahkan sambutan disana.

    ReplyDelete
  14. Macam macam aktiviti IJM Land buat aktiviti sempena chap goh mei. Ada tikus berkelip tu. Mesti cantik

    ReplyDelete
  15. Excited bila baca mcm2 ada tuu, lagi2 tak sabar betul nk tgk deco kat sana nnt, mesti cantik2! Looking forward nak pergi nnt dgn family hehee 😍😍

    ReplyDelete
  16. Meriahnyaaaaa.... Kita kan suka sgt festive season dekat Malaysia ni.. Best gila.. Terasa kemeriahan setiap perayaan tu kan

    ReplyDelete
  17. tahun ni tahun tikus. agak meriah berbanding tahun lalgi. dah start dengar banyak lagu raya dan banyak lampu dipasang.

    ReplyDelete
  18. tak sabar nak tgk kemeriahan sambutan ni nnt! kalau sempat nak jugak pi "Instagramable Spot" tuuu...lama tak potosuuuuttttt~ hahaha

    ReplyDelete
  19. Wow meriah sambutan dari IJM Land, Tahun ni, tahun tikus comel jer tengok gubahan tikus

    ReplyDelete
  20. Wah menarik dan meriah sambutan kat sini Mimi. Kalau dekat boleh juga Kak Sue datang..

    ReplyDelete
  21. Wah.. siap ada tarian singa tu.. tu yang best tu.. meriah

    ReplyDelete
  22. Menarik aktiviti ni ya.. Bln feb tak lama dah.. Yg dekat2 tu blh la datang nanti

    ReplyDelete
  23. Amboiii meriahnya sambutan Chap Goh Meh IJM. Teringin nak turut serta acara di IJM, tengok semua seronok

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.