Lunch Roti Wap Cheese

Assalamualaikum. Hai semua! Semalam satu hari suntuk tak up entry sebab letih teramat plus dah mula sakit sakit. Hari ni up entry semula. Rajin kan diri up entry walaupun entry santai. Entry review coming soon. Kena settlekan sebelum check in hotel 5 bintang.

Ni pun up entry dah lambat. Ni saja masa yang ada nak up entry. Waktu pagi sibuk dengan tugas plus bila dah sakit itu ini nak blog walking dan up entry pun jadi malas. 

Semua tahu Mimi GDM on insulin kan. Sampai sekarang still on insulin ikut apa yang doktor nasihatkan. Unit dos insulin yang Mimi ambil tak tinggi mana pun kan. Memang dah jadi rutin selepas cucuk insulin pukul 11.30 pagi, 30 minit selepas tu Mimi kena makan. 

Nampak tak lelehan cheese kat tepi roti tu. Tu yang buat sedap tau Roti Wap Cheese ni. 


Lunch Mimi tadi cuma makan ROTI WAP CHEESE 2 ketul. Roti wap cheese ni Mimi beli di Kedai Nasi Ayam Gemencheh, Rahang. Kebetulan jumpa Auni kat sekolah nak bagi dia gambar keluarga untuk homework, singgah sekejap Kedai Nasi Ayam Gemencheh order roti wap cheese.

Masa makan roti wap ni cheese dah sejuk dan keras sikit tapi still sedap sebab roti lembut. Roti wap ni sedap kalau makan time panas panas. Terasa lembut roti tuh bersatu dengan cheese yang cair. Harga untuk seketul roti wap cheese ni RM2.50 saja tau. Murahkan. Dah lama tak makan tu yang teringin makan. Tapi tak boleh selalu sebab sedar diri tu tengah on insulin. Kena kawal makan tapi kadang terderhaka jugak. Dah teringin kan nak buat macam mana? Lepas ni tunggu berbulan lagi lah baru merasa makan roti wap cheese ni. 

Post a Comment

12 Comments

  1. sedap..sedap..akak pun suka apa2 yang buh cheese ni..

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dengan roti wap cheese. Harap dapat cuba.

    ReplyDelete
  3. aduhaii.. nampak menarik tertarik ni.. bikin lapar.. hahaha

    ReplyDelete
  4. kalau dapat makan time panas-panas mesti lagi nikmat kan mimi

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. perghhh telan ayaq liur terus kami kat sini. haha

    ReplyDelete
  6. Pertama kali dengar roti wap cheese. Nampak sedap

    ReplyDelete
  7. nampak macam lembut je roti tu walapun dari gamabr je :-)

    ReplyDelete
  8. akk pun lama menyepi blog ahaha...mood xde

    ReplyDelete
  9. Belum pernah lagi makan roti wap cheese nie, macam sedap je..

    ReplyDelete
  10. gebu gebas roti sampai tak muat bekas tu nampak sedap dan lembut

    ReplyDelete
  11. Kat seremban macam payah je nak cari tempat sarapan best..nanti la nak terjah

    ReplyDelete
  12. sedap nyer,mimie.
    teringin nak tgk bahagian dlm roti tu.
    yummy!

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com