Ikan Bawal Goreng Belado, Sup Sayur Sawi Fishcake dan Telur Dadar Menu Tengahari Ahad Yang Lepas

Ikan Bawal Goreng Belado, Sup Sayur Sawi Fishcake dan Telur Dadar Menu Tengahari Ahad Yang Lepas | Assalamualaikum. Hai korang! Tajuk kemain panjang lagi. Macam ni lah bila blur tak tahu nak letak tajuk apa. Jadi suri rumah separuh masa macam ni lah tak lari dari tanggungjawab memasak.

Ahad lepas Mimi masak lauk ringkas saja. Senang dan mudah nak disediakan. Bila suami beli ikan bawal, kepala otak terus terfikir nak buat Goreng Belado je. Dah sarat sarat ni nak masak pun tak larat tapi gagahkan juga masak untuk isi perut suami dan anak anak. 


Sebenarnya, sambal belado Mimi tu tak cukup bahan iaitu belacan dan bawang putih. Lupa nak beli bila stok habis. Hahaha. Kalau ada belacan lagi sedap kan. Tapi tak apa guna saja bahan yang ada dekat rumah.

Ikan Bawal Goreng Sambal Belado
Gambar tak sharp pulak. Bergoyang, jadi tak berapa clear gambar. Resipi nak buat sambal belado senang saja korang. Guna bahan sedia ada pun sedap. Kalau bahan cukup lagi bertambah sedapkan.

Boleh baca ini juga :

Variasi Menu Dinner Yang Mimi Masak

Menu Lunch Hari Ini

Untuk resipi asal ada bawang putih dan belacan tau korang. Tapi ada yang tak suka bawang putih dan tak boleh makan belacan boleh saja tak letak. Kira nanti resepi sambal belado macam Mimi buat nih lah.

Resipi Ikan Bawal Goreng Sambal Belado Versi Mimi

Ikan Bawal yang telah digoreng
Cili padi
Lada merah
Air asam jawa
Gula
Garam
Bawang merah

Tumbuk cili padi, lada merah dan bawang merah sehingga sederhana lumat. Jangan terlalu kasar arau lumat sangat. Agak agak saja. Kemudian boleh ditumis sehungga masak dan naik bau. Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Gaul dan kacau kacau. Dah masak boleh diangkat dan curah terus atas ikan bawal goreng. Dah siap.

Untuk resipi sambal belado ni Mimi tak bagi kuantiti bahan sebab ni bergantung pada korang sendiri nak letak banyak mana. Mimi bukan apa kang Mimi letak kuantiti bahan ikut Mimi, korang tak tahan pulak pedas. So sukatan tu ikut korang. Pandai pandai nak adjust pedas, manis dan rasa masam tu. 

Korang tengok gambar kat atas pun mesti dapat agakkan berapa banyak bawang, lada dan cili padi Mimi letak. Nak sambal banyak letak banyak. Nak sikit kurang kuantiti. Senang saja kan?



Sup sayur sawi dna telur dadar tu rasanya tak payah bagi resipi pun ramai tahu. Paling senang dan mudah nak sediakan. Sap sapnsoi saja dah siap masak! 

Nak masak ni kita kena kreatif dan bijak untuk olah resipi. Mana yangbkurang kita boleh imlrove lagi. Betul tak? 

Post a Comment

11 Comments

  1. pesal sedap nauuu ni... nyummmmmm

    ReplyDelete
  2. Akak suka jer lauk macam ni..lagi simple lagi best...eh malam ni nak masak apa erk utk bekal esok..masalahnya sempat ke nak buat bekal malam ni..

    ReplyDelete
  3. Kena sangat judu lauk-lauk tu.
    Mrs.A pun kalau masak jenis-jenis gini jugak simple tapi habis je bila makan panas-panas hehheeehe... lainlah kalau ada request kenalah bersilat lebih sikit kan

    ReplyDelete
  4. Menu ni dah terliur dibuatnya 🤤

    ReplyDelete
  5. rajin betul lah mak yong ni masak macam-macam, akak kalau beli ikan bawal selalu kalau tak masak 3rasa, mesti masak lemak kencur... tapi tengok masak berlado ni pun menarik jugak nih

    ReplyDelete
  6. Sedapnya ikan bawal tu k.mimi, makan dgn nasik panas, letak kicap sikit, yummy!.

    ReplyDelete
  7. tak cukup bahan pun dah sedap dah ni uii

    ReplyDelete
  8. goreng berlado ni kena pedas baru kick.

    ReplyDelete
  9. kebetulan ptg ni nak buat ikan goreng belado.
    tapi aida beli ikan kembung jer lah.
    tu jer yg ada dlm peti ais :)
    sayur - ntah la nak masak pe. ada few jenis sayur / ulam.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com