Hari Jumaat Hari Yang Sibuk

Hari Jumaat Hari Yang Sibuk | Assalamualaikum. Hai semua! Salam hari Jumaat penghulu segala hari. Hari ni memang hari sibuk sedunia seorang Mimi. Seawal 7.32 pagi dah sampai office terus hantar laporan perbelanjaan bulanan peruntukan ke HQ.

Sekali dapat whatsapp, HQ nak sekali laporan penuh dari Januari sehingga Disember 2019 untuk di hantar kepada pegawai Isnin nanti. Makanya, bertungkus lumuslah siapkan laporan yang HQ nak. Faham faham sajalah bila dah mengadap laporan yang banyak bermain dengan nombor ni kena fokus lebih. Tak boleh silap sikit memang tak tally.



Jangan buat pasal hantar laporan salah kat HQ sebab akan beri kesan pada peruntukan yang akan datang. Bila dah sibuk ni memang kerja orang lain Mimi tak dapat nak bantu buatlah.



Ni pun Mimi tak tahulah pukul berapa boleh siap. Hopefully tengahari nanti dah siap. Petang nanti boleh fokus tolong buat kerja failing pulak. Officemate cuti kan, tak ada siapa nak tolong buat kerja dia, jadi Mimi tolong buatkan. Harap harap tak stress lah, kalau stress habislah. Tapi tengok gaya Mimi akan stress jugak.. Hahaha... 


Post a Comment

9 Comments

  1. Boss akak dah pencen, skrg tgh cuti..so akak sekarang jadi hantu raya tak bertuan..hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Semoga diberi ketenangan dan dapat laksanakan tugas dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  3. semoga urusan mimi di permudahkan ;)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam. Keep fighting! Pasti boleh 😍

    ReplyDelete
  5. Semoga dimudahkan urusan ya Mimi..

    ReplyDelete
  6. bertuah betul la hq ni nak report last minute, mimie.
    if ada maklumat depan mata, ok.
    if not, kena la at least 3 days earlier.
    jumaat dah le pendek masa keje, kan.

    ReplyDelete
  7. kena macam ni memang sabar jelah. Sebab jumaat selalunya dah masuk mode weekend

    ReplyDelete
  8. Mimie, kewangan kan. allah, pening. kalau akak failed la tengok angka-angka tu..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com