Sunday, January 12, 2020

Cara Ikat dan Simpulan Tali Leher Dengan Betul

Cara Ikat dan Simpulan Tali Leher Dengan Betul | Assalamualaikum. Hai semua! Bila anak dah mula kena pakai uniform sekolah sekali dengan tali leher, mulalah berpeluh belajar cara ikat tali leher. Sebelum ni Mimi tak pernah ambil tahu pun. Yelah suami kerja pakai uniform je tak perlu pakai tali leher memang tak ambil tahu langsung cara nak pakai tali leher dengan betul.

Tahun ni kakak Aina dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) jadi dia kena pakai dua jenis uniform sekolah. Setiap hari Isnin perlu pakai kemeja, kain dan tali leher. Baju kurung pakai hari Jumaat. Selasa dan Khamis pakai baju sukan sekolah dan hari Rabu pakai uniform kokurikulum. Apa lagi Mimi kena jalankan misi mencari tali leher warna datk purple untuk kakak Aina.

Contoh tali leher untuk budak sekolah pakai. Mimi bagi gambar ni pada suami.

Tapi dia dapat cari tali leher yang macam ni. 

Semalam cari tali leher warna dark purple di Zulda Masri tapi tak ada stok pulak. Nak tunggu stok baru sampai katanya ambil masa jugak. Terpaksa voice note kat suami yang masa tu hantar barang pindah di Perak carikan tali leher warna dark purple. Nak harapkan Mimi cari di kedai lain memang taklah. Mak buyung malas dengan Adhwa pulak memerut dalam pampers.

Suami dapat jugak cari tali leher warna dark purple tapi hat orang dewasa punya saiz lah. Budak punya saiz tak ada. Kalau saiz budak tu dah siap bergetah kan, diorang just sarung dan tarik saja tak perlu nak belajar cara ikat dan simpul (macam gambar first tu). Dah suami Mimi beli jenis ni, terpaksalah belajar CARA IKAT DAN SIMPULAN TALI LEHER DENGAN BETUL. Gigih tau google cara ikat dan simpulan tali leher.

Belajar langkah demi langkah cara nak ikat tali leher

Akhirnya berjaya jugak. Yeayyy! Tapi Mimi buka semula ikatan tali leher ni dan adjust bagi pendek lagi. 
Ambil masa lama juga Mimi belajar CARA IKAT DAN SIMPULAN TALI LEHER DENGAN BETUL ni. Bukan tak pandai, sekali ikut saja dah dapat cara nak ikat. Cuma ambil masa yang lama nak adjust saiz tali leher tu ikut kesesuaian kakak Aina dan perkemaskan lagi ikatan tu. Takkan dia nak pakai tali leher yang labuh sangat. Mimi kena cari, kaji dan adjust tali leher ikut kesesuaian kakak Aina. Akhirnya, dapat juga cara ikat dan simpulan tali leher yang bersesuaian.

Suami pulak suruh anak dia pakai sementara. Dia dah order yang baru di Shopee macam tali leher gambar yang first. Sementara tu pakai sajalah yang dia beli ni. Katanya tali leher ni nanti boleh simpan. Mana tahu satu hari nanti dia kena pakai long sleeve dan tali leher untuk kursus. 

Yang nak belajar cara dan simpulan tali leher yang betul, Mimi ada tepek gambar di bawah. Ada 18 cara kesemuanya. Setiap ikat dan simpulan tali leher ada nama khas yang tersendiri.

Mimi ikut cara yang akhir sekali iaitu Christensen Knot untuk ikat tali leher kakak Aina sebab nak adjust bagi pendek.

Cara Ikat dan Simpulan Tali Leher Dengan Betul




















Sumber : steemit.com

Berpinar biji mata tengok ada 18 jenis ikat dan simpulan dan tali leher ni kan. Kalau perempuan ada banyak cara nak lilit shawl, lelaki pun apa kurangnya kan? Ada banyak cara ikat dan simpul tali leher. 

Selamat belajar cara ikat dan simpul tali leher ye korang!




10 comments:

  1. Oh my..saya memang tak pandai ni. Pernah belajar dulu, kot lah kahwin laki mintak tolong ikat tapi sebab tak kahwin sampai ke sudah so sekarang dah lupa. Apa pun, semoga Aina dapat menjadi ahli PRS yang terbaik. Chaiyok!

    ReplyDelete
  2. Susah juga nyimpul tali heher ni ek

    ReplyDelete
  3. mujur sekolah anak guna yang dah siap. kalau tak memang jadi hijau mak di anak bagi jadi elok tali leher tu

    ReplyDelete
  4. pening nengok cara buat tu, nasibla laki akak reti ikat tali leher jadi kalau untuk aiyan dia la yang buatkan... cuma sekarang ni aiyan punya pakai tali leher yg zip tu je heheheh

    ReplyDelete
  5. Ada macam-macam cara nak ikat tali leher yer. Akak suruh husband yang buat.

    ReplyDelete
  6. Nad pun tak pernh ikat tali leher.. Seumur hidup tak pernah.. Kalau la teyiba kene ikat, mesti stress... Hahahhha... Ada tak jua yang dah siap.. Hahahha

    ReplyDelete
  7. Adudududu.. Tgn akk tak ber seni.. Walau ada cara2, tp selalunya tak kemas juga buat.. Kena praktis selalu la kot kan..

    ReplyDelete
  8. Cantik plak tie kaler pepel tu..eh apesal tahun ni akak minat pepel jer erk..

    ReplyDelete
  9. Dulu dulu masa bersuami selalu jugak le ikat tali leher dia, ni dah lama tak praktikkan so dah lupa dah cam mana nak buat..hehehe

    ReplyDelete
  10. aida x pantai ikat tie.
    sib baik asben tak pakai tie gi keje. selamaaaatt.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.