BOXY Microfiber Round Neck Long Sleeves Plain T-Shirt dari Boxy.my

BOXY Microfiber Round Neck Long Sleeves Plain T-Shirt dari Boxy.my | Semalam Mimi ajak suami pergi jalan jalan di sekitar City Park S2. Bosan tau duduk terperap saja dalam rumah. Hari ni kan dah mula sesi persekolahan anak anak, nak happykan anak anak kita bawa diorang jalan jalan.

Cuaca sekarang kan tak menentu sekejap hujan sekejap panas. Nasib baik cuaca semalam okay je sedang elok. Sakanlah kitorang jalan jalan pusing satu taman sambil tengok gelagat ikan berebut rebut makan roti yang diberi pengunjung. 

BOXY Microfiber Round Neck Long Sleeves Plain T-Shirt dari Boxy.my



Eh eh Mimi nak kongsilah dengan korang yang semalam Mimi keluar berjalan jalan pakai t-shirt baru yang Mimi beli di Boxy.my. Masa nak pilih t-shirt jadi rambang mata pula. Semua nampak cantik. 

Korang mesti tertanya tanya apa bendalah Boxy.my ni. Apa itu Boxy.My? Boxy.my merupakan kedai atas talian yang menjual t-shirt yang berkualiti pada harga yang sangat berpatutan. Boxy.my telah ditubuhkan sejak 2009. Hah, dah lama jugak Boxy.my mulakan operasinya. Kini, Boxy.my semakin mendapat tempat di hati para pelanggan dan kini berusaha untuk menjadi kedai t-shirt pertama yang popular dan terkenal. Hah dah tahu serba sedikit mengenai Boxy.my, jom baca selanjutnya mengenai produk yang ada di Boxy.my.

Macam Mimi beritahu tadi, Mimi pakai baju dari salah satu koleksi t-shirt yang ada di Boxy.my. Pilih punya pilih, akhirnya Mimi pilih BOXY MICROFIBER ROUND NECK LONG SLEEVES PLAIN T-SHIRT. Warna yang Mimi pilih ialah Dark Violet. Rasanya Mimi belum ada lagi T-Shirt warna violet. Kebanyakan warna pink. Kali ni pilih warna lain pula. 

Ada juga koleksi lain yang boleh didapati di Boxy.my. Koleksi t-shirt yang ada dijual di Boxy.my ialah :

🌸 Microfiber Shirts
🌸 Cotton Shirts
🌸 Polo Shirts

Kenapa Korang Perlu Beli T-shirt di Boxy.my? 

Korang yang suka pakai T-Shirt apa kata beli saja t-shirt di Boxy.my. Kenapa korang perlu beli t-shirt di Boxy.my? 

1) Selesa dan serap peluh 

T-shirt yang Mimi pakai ni jenis Microfiber tau. Sangat selesa bila pakai. Serap peluh dan tidak panas bila dipakai walaupun ketika cuaca panas. Kira microfiber ni t-shirt cool fit lah. Patutlah suami Mimi banyak koleksi t-shirt jenis Microfiber ni. Dia cakap selesa bila pakai. Bila dah pakai, Mimi setuju dengan kata kata suami.




2) Harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi

Harga t-shirt yang dijual di Boxy.my sangat berpatutan dan mampu milik. Dahlah harga berpatutan, kualiti baju pun terbaik. Jahitan pun kemas. Suka sangat. Bab jahitan ni Mimi agak cerewet sikit. Tapi bila sampai saja Microfiber t-shirt di tangan terus Mimi check jahitan. Memang kemas.




3) Saiz dari XS hingga 3XL

Korang yang berbadan kecil mahupun besar jangan khuatir jangan bimbang kerana di Boxy.my ada menyediakan t-shirt dari saiz XS sehingga 3XL. Baju yang Mimi pakai ni saiz XL. Bayangkan Mimi yang pregnant pun muat pakai saiz XL. Labuh baju pun sampai tutup punggung. 



4) Pelbagai pilihan warna yang cantik dan menarik

Boxy.my juga menyediakan pelbagai warna yang cantik dan menarik untuk dipilih oleh pelanggan mereka. Banyak sangat pilihan warna tu yang buat jadi rambang mata nak pilih.



5) Sesuai dijadikan sebagai t-shirt sukan atau syarikat/jabatan

Hah, buat korang yang bekerja di syarikat swasta atau jabatan kerajaan, mesti ada join sukan tertentu seperti boling atau badminton kan? Mesti korang memerlukan t-shirt khas melambangkan korang wakil syarikat atau jabatan. Apa kata korang beli saja t-shirt di Boxy.my yang menyediakan pelbagai jenis pilihan t-shirt yang ada. Bila pakai ramai ramai baju yang sama nampak cantik dan seragam je kan. 

5) Pelbagai pilihan design t-shirt

Korang boleh saja pilih jenis design t-shirt yang korang nak. Nak jenis Microfiber? Cotton? Nak leher bulat atau berkolar? Lengan pendek atau lengan panjang? Pilih saja yang mana korang berkenan. Semua ada di Boxy.my.





Sumber gambar : Boxy.my

6) Servis cepat dan pantas

Terkejut tau bila Mimi dapat parcel ni hari Selasa. Bayangkan Mimi order lebih kurang beberapa minit saja lagi nak pukul 4.00 petang pada hari Isnin. Hari Selasa petang, Mimi dah terima bungkusan yang Mimi order. Punyalah cepat dan pantas servis Boxy.my. Mimi assume akan terima hari ini. Rupanya jangkaan Mimi meleset sama sekali. Terbaik sangat servis Boxy.my ni. 

7) Kupon diskaun 

Yang bestnya Boxy.my ada menyediakan pelbagai jenis kupon diskaun untuk pelanggannya. Korang hanya pilih mana satu kupon yang korang nak tebus. Best kan?



Sebab itu Mimi highly recommended pada korang semua kalau nak beli t-shirt, sila beli di Boxy.my. Pasti korang berpuas hati dan tak rugi shopping baju di Boxy.my.

Berita baik buat korang semua!! Sekarang ni Boxy.my sedang mengadakan jualan murah tau. Potongan harga memang murah sangat sangat. Potongan dari 39% sehingga 45%. Tak payah tunggu lagi cepat cepat grab!

Bagaimana Nak Buat Belian Atas Talian di Boxy.my?

Senang saja kalau korang nak beli atas talian di Boxy.my ni. Di web Boxy.my pun ada diterangkan secara terperinci cara nak buat belian atas talian. Mimi kongsikan korang cara beli atas talian di Boxy.my.

1) Pilih produk


2) Pilih saiz dan kuantiti yang diinginkan dan tambah di cart



3) Jika nak tambah produk klik Continue Shopping atau klik Checkout jika selesai memilih


4) Pilih kupon untuk diskaun dan klik apply dan Proceed to Checkout

5) Daftar akaun atau log masuk menggunakan akaun Facebook


6) Isi maklumat penghantaran dan confirm shipping method



7) Pilih cara pembayaran

Sumber : Boxy.my

Mudah saja kan nak beli atas talian. Tak susah mana pun. Ikut saja langkah langkah yang diberikan satu demi satu.

Korang yang ingin maklumat lanjut mengenai Boxy.my boleh layari laman web seperti di bawah:



Post a Comment

24 Comments

  1. kenapaaaa murah sangaaat!? ee tak sabar nak beli pulak. geram tengok kualiti dan warna2 dia

    ReplyDelete
  2. Murah sangat! Dah la ada banyak warna. Kejap lagi nak order la

    ReplyDelete
  3. waa.. menariknya.. pelbagai size ada ni

    ReplyDelete
  4. wahh pelbagai warna yang ada tu..comel2 pulak tu warnanya

    ReplyDelete
  5. Eh not bad harga dia. Murah. Macam tak percaya pun ada baju long sleeve macam ni harga murah. Warna pun banyak pilihan

    ReplyDelete
  6. Belum pernah pakai baju jenis microfibre. Ingatkan kain jenis macam ni panasa dan tak menyerap peluh. Harga murah nya RM10 dah boleh dapat beli. Oklah nanti Bella cek kat Boxymy.

    ReplyDelete
  7. Murah juga harga t.shirt nie Mimi.. pilihan kain dan warna pun menarik. Boleh lah Kak Sue tengok-tengok nanti.. mana tau berkenan kan..

    ReplyDelete
  8. Murah ya..ingat mahal, maklum baju2 macam ni kena kualiti yg bagus. Bolehlah nanti sis cuba, hope dgn adany produk ni bersemangat sikit nk bersenam

    ReplyDelete
  9. wah suka kain ni sekarang mmg selesa. lagilah murah pulak tu, insyaAllah boleh order

    ReplyDelete
  10. jahitan dia nampak elok yer.. kemas. nak bersukan mmg kena pandai pilih kain .. baru sedap nak berlari

    ReplyDelete
  11. saya suka kain jenis microfiber jugak, sebab selesa. bolehlah beli nnti. harga2 yg mcm ni , memang saya mampu :)

    ReplyDelete
  12. microfiber mmg terkenal dengan keselesaan dan ketahanannya. mesti selesa bila pakai. banyak pilihan warna pulak tu

    ReplyDelete
  13. wahh murah jugak harga untuk sehelai baju plain dia siap ada code discount lagi

    ReplyDelete
  14. Seriuslah kak... Material dia guna pun bagus2 pulak tuu... Bkn senang nak jumpa tshirt material kain cmtu. Harga dia murah pulak.. Adoiii nk try la nnti

    ReplyDelete
  15. wah best ni, dah la murah sangat, material best, shipping pun laju! nak kena beli gak ni, baju untuk jogging best ni

    ReplyDelete
  16. byk juga pilihan warna dia..harga dia pun berpatutan..siap ada diskaun lagi..haii sis pun nak try pilih satulah buat untuk tshirt hiking..

    ReplyDelete
  17. Murah2 harga baju tshirt nya.. Warna akk amik tu pun cantik purple pekat..

    ReplyDelete
  18. Tshirt mcm ni memng best.. Sejuk je.. Tengok pun memng nampak selesa.. Takde ketat.. Boleh usha ni

    ReplyDelete
  19. Wah ada banyak pilihan warna dan saiz nak jugalah beli... sekodeng web dia jap! tq info Mimi

    ReplyDelete
  20. CR suka material tshirt mcm ni. Jersi2 yg dpat masa funrun pun jnis ni. Selesa je pakai kan

    ReplyDelete
  21. Sekarang dh mudah...semua dihujung jari...xyah susah nk berpnas p mall membeli...online order saja..jimat masa..

    ReplyDelete
  22. Wow material bagus, pilihan warna pun banyak and harga ok juga

    ReplyDelete
  23. waaa.. Ada website baru. Nanti nak terjah la. Senang shopping online je kan skrng ni..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com