Aktiviti Tulis Nama di Buku dan Balut Buku Sekolah Anak Anak

Aktiviti Tulis Nama di Buku dan Balut Buku Sekolah Anak Anak

Assalamualaikum. Hai semua! Memang dah jadi perkara wajib setiap awal tahun sebagai ibu bapa memang sibuk tulis nama anak anak dan balut buku teks diorang. Macam tu juga Mimi dan suami. Selalunya part tulis nama Mimi yang buat, balut buku suami yang buat.



Bab balut buku Mimi tak nak buat sebab Mimi memnag cerewet. Selagi tak puas hati satu buku tu ambil masa yang lama dan selesai. Kalau suami settle balut 2,3 buah buku, Mimi belum tentu sampai 2,3 buah. Sebuah buku pun tak lepas. Hahaha. Sebab tu Mimi lebih suka ambil part tulis nama anak anak pada buku. Biarlah banyak macam mana pun, tangan lenguh ke apa Mimi tetap buat.

Tapi semalam terpaksa ambil part balut buku sekolah anak anak. Nasib baik 3 buah saja. Nak tunggu suami balutkan dia balik kerja lambat. Nak tak nak Mimi balut juga. Lepas tulis nama balut buku diorang pulak. Tuh pun tergunting pladtik pembalut senget sikit je muka Mimi dah macam cencurut. Siap pesan dekat anak jangan bergerak langsung bila ummi buat kerja. Hahaha.. Teruk nau kan tahap nak perfect sangat. Padahal anak anak cakap okay dah ni Ummi.



Bab bab ni memang cerewet sikit seorang Mimi. Gosok baju pun sama. Kalau tengok semua part baju dah cantik bergosok sekali ada kat satu part kedut sikit pun sanggup gosok balik. Punyalah cerewet.

Alhamdulillah walaupun 3 buah buku saja kena balut sebab yang lain masih cantik berbalut rasa lega selesai juga. Walaupun ambil masa..Macam tuhlah kan kalau dah jadi mak mak ni. Memang tak lari dari buat semua ni bila awal persekolahan bermula. 

7 Comments

  1. Nasib baik 3 buku je kalau banyak agaknya sampai malam pun tak habis.
    Apapun cermat dan teliti tu bagus.

    ReplyDelete
  2. akak pun macam mimie suka balut style manual mcam ni lagi puas ati kan

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. kak suka balut guna plastik macam ni yg manual ni. penah beli yg plastik express tu tapi tak puas hati :(

    ReplyDelete
  4. part balut buku saya pun malas bukan sebab perfectionist tapi sebab tangan tak stabil. cermat cmane pun still senget

    ReplyDelete
  5. Dah lama akak tinggalkan bidang ni..sejak kakak dania dah besar dan semua dia buat sendiri,anak dara ni susah, dia ada cara dan piawaian dia sendiri bab balut buku ke apa..dari dia bising baik mama duk dendiam kat tepi

    ReplyDelete
  6. haha..jenuh kalau jenis cerewet..akak jenis asal boleh je..nmpk kemas..dh okey dah tu..

    ReplyDelete
  7. aida lom settle balut buku anak2.
    weekend asyik la ada hal.
    weekend ni pun mcm ada hal - naik KL.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
Mimie